Bab 71

111K 5.6K 569
                                    

Dibutangkan kot yang tersarung ditubuhnya sebelum melangkah masuk ke dalam hotel. Tujuan utamanya ke Paris kerana jemputan ini, majlis yang diadakan ini bagi meraikan pewaris baru kepada empayar Mercier yang mempunyai cabang dalam setiap bidang. Rakan kongsi niaganya ini banyak melabur untuk syarikatnya di Malaysia.

Tengku Aiden memerhatikan tetamu lain yang turut tiba di situ. Syed Syafiq ada menemaninya juga pada malam ini. Sudah seminggu dia dan rakannya berada di sini, lusa mereka akan pulang semula ke Malaysia.

Sebelum itu, dia ingin mencari Melissa semula. Selepas makan malam dua hari yang lalu, Melissa hilang tanpa jejak. Tengku Aiden mencari di setiap tempat yang menemukan mereka namun Melissa tiada di situ. Keluhan dilepaskan apabila teringatkan kejadian dua hari lalu, sepatutnya dia tanya di mana isterinya itu tinggal.

"Asyik mengeluh je kau ni," tegur Syed Syafiq.

"Patutnya aku tanya, dia tinggal kat mana," kata Tengku Aiden. Selepas pertemuan mereka kali kedua, boleh dikatakan setiap masa dia ekori Melissa namun hampa kerana selalu terlepas.

"Lepas ni boleh jumpa lagi. Dia akan balik Malaysia kan? Nadya nak kahwin." Syed Syafiq mengingatkan tentang hal itu.

"Yang tu aku tahu, tapi-"

"Tapi apa lagi? Kau tengok sendiri kan? Dia sihat, kandungan dia pun okay kan?" Tengku Aiden hanya terdiam. Sudah tidak tahu untuk berkata apa lagi. Kalau boleh dia ingin bawa Melissa pulang bersamanya lusa.

"Dah jom lah," ajak Syed Syafiq untuk terus melangkah masuk ke dalam hotel. Dari luar ballroom sudah jelas kelihatan jemputan yang hadir agak ramai. Kalau tak kerana Tengku Aiden yang memaksanya untuk ke sini, sudah lama dia angkat kaki. Majlis yang terlalu formal, dihadiri pula oleh orang korporat yang langsung tidak sesuai dengan dirinya.

"Nadya dah nak kahwin ni, kau okay tak?" Tengku Aiden tanya secara tiba-tiba. Meja peyambut tetamu dihampiri terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam ballroom.

"Apahal dengan aku pulak?! Dia nak kahwin tu dia punya pasal." Tiba-tiba rasa membahang semacam sekarang ini. Kenapa pula boleh timbul soalan sebegini?

"Aih, marah nampak? Ada hati lagi ke? Lain kali, kalau suka cakap suka bukan cari gaduh. Kan dah kena rembat dengan orang lain." Tengku Aiden menyemarakkan lagi api kemarahan Syed Syafiq. Dulu pernah sekali sahabatnya itu menyuarakan rasa suka terhadap Tengku Nadya, namun tidak sangka pula ini yang terjadi. Siapa suruh slow sangat?

"Baik kau diam sekarang, kang tak pasal-pasal ada yang kena tahan kat wad malam ini," ujar Syed Syafiq dengan amaran.

Tengku Aiden hanya ketawa selepas itu, nampak kecewa juga Syed Syafiq ketika di awal ikatan pertunangan sepupunya belangsung. Matanya ketika itu tiba-tiba menangkap satu kelibat yang dikenalinya. Tawanya terus mati, pergerakannya terkunci.

"Tu bukan ke Melissa?" Syed Syafiq bertanya kehairanan. Ada seorang lelaki di sisinya, berjalan beriringan ke arah mereka. Bila diamati, dia macam pernah jumpa lelaki itu.

"Apa dia buat kat sini?"

"Melissa-" Apabila kedua-duanya lalu di hadapannya, terus lengan si isteri dipautnya. Melissa berpaling memandang ke arahnya.

"Oh please! Don't give me that look that you don't know me!" Tengku Aiden berkata ketika Melissa seperti hendak berkata sesuatu. Jumpa saja dia, pasti Melissa akan memberikan pandangan seolah-olah mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

"Well, I don't know who you are! Could you please let me go?!"

"Awak tak kenal saya siapa? Perlu ke saya ingatkan awak, siapa saya macam dulu? Perlu ke saya gunakan cara yang sama, masa mula-mula awak datang ke Malaysia?" Tengku Aiden mengingatkan kembali caranya mengingatkan Melissa setelah dua tahun mereka berpisah. Melissa yang sudah lain air mukanya dirapati.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now