Bab 18 | Part 14

116K 5.7K 231
                                    

3 tahun yang lalu,

Melissa meletakkan barang-barang yang dibeli di atas kaunter dapur. Barang sejuk beku segera dimasukkan ke dalam peti ais manakala yang lain diisi ke dalam kabinet yang kosong. Selepas selesai mengemaskan barangan di dapur, Melissa terus ke ruang tamu. Beg pakaiannya yang diletakkan di atas kerusi tadi terus diambil dan di bawa ke tingkat atas. Pintu bilik terus dikuak untuk melihat keadaan Tengku Aiden. Lelaki itu kelihatan lena sekali mungkin kerana kesan dari ubat yang dimakan sebentar tadi. Melissa menghampiri Tengku Aiden lalu dia duduk di birai katil.

Disentuh dengan lembut dahi Tengku Aiden lalu turun ke leher lelaki itu. Suhu panas mula berkurangan, mungkin kerana ubat yang dimakan mula memberi kesan. Agak lama Melissa memandang ke arah Tengku Aiden yang sedang lena itu. Satu rasa yang asing mula menyapa hatinya tatkala merenung wajah itu. Melissa memejamkan matanya seketika sebelum dibuka kembali. Rasa asing itu sudah datang ketika hubungannya dengan Tengku Aiden agak rapat. Tapi bertukar menjadi benci setelah apa yang terjadi.

"Kantoi renung saya time tidur."

Mendengarkan suara Tengku Aiden, terus Melissa mengalihkan pandangannya dari merenung Tengku Aiden. Cepat-cepat dia betulkan ekspresi mukanya supaya tak kantoi.

"Mana ada saya renung awak," balas Melissa cuba mempertahankan dirinya yang memang melakukan hal itu. Sejak bila Tengku Aiden bangun? Rasanya tadi masih lagi lena.

"Bilik mana saya boleh guna?" Pertanyaan Melissa itu mengundang kerutan di wajah Tengku Aiden.

"Awak suruh saya tidur sini kan?" Melissa mengingatkan kembali tentang hal tadi. Sebelum pergi membeli barangan dapur tadi, Melissa sempat singgah di apartmentnya untuk mengambil beberapa helai pakaian. Memandangkan Tengku Aiden tidak sihat dan kerana dia rasa itu tanggungjawabnya untuk menjaga Tengku Aiden, Melissa rasa mungkin dia patut bermalam di sini.

"Bilik ni la," jawab Tengku Aiden. Dia sudah menyembunyikan senyumnya kerana Melissa sudi bermalam di sini.

"Tak nak la."

"Bilik lain dah lama tak guna, tak kemas. Tidur bilik ni je lah. Bukan saya nak buat apa-apa pun." Tengku Aiden berkata.

"Ya ke?" Melissa mula ragu-ragu. Kalau dulu ketika bergelar status kawan, Tengku Aiden buat perkara tak sepatutnya. Sekarang ini dah pegang status suami. Melissa mula menggaru kepalanya yang tidak gatal, mungkin dia terlampau banyak berfikir mengenai Tengku Aiden.

"Iya."

"Awak dah mandi ke belum?" Melissa bertanya. Ketika datang pagi tadi, Tengku Aiden tengah tidur dan sekarang lepas balik dari beli barang dapur, Tengku Aiden masih lagi dalam pakaian yang sama.

"Belum, semalam pun tak mandi jugak," beritahu Tengku Aiden sambil tersengih. Tak larat sangat sampai nak bersihkan diri pun tak sempat.

"Bangun sekarang, pergi mandi nanti melarat pulak demam tu." Melissa mula mengeluarkan arahan. Dah dua hari tak mandi rupanya, tadi kemain peluk aku. Melissa mula mengomel sendirian.

"Tolong, tak larat la nak bangun," ujar Tengku Aiden. Boleh je kalau nak bangun sendiri tapi saja.

Melissa menghampiri Tengku Aiden, tangan yang dihulur terus disambut. Tangan kiri Tengku Aiden diletakkan di atas bahunya manakala tangan kanannya memeluk belakang Tengku Aiden untuk memapah lelaki itu ke bilik mandi. Tapi entah macam mana tubuhnya tiba-tiba menghadap ke arah Tengku Aiden, terperangkap dalam pelukan lelaki itu.

"Awak jangan nak bukan-bukan. Nanti kang ada yang masuk hospital lepas ni." Melissa mula berkata dengan geram. Tangan kiri Tengku Aiden yang memeluk bahunya manakala tangan kanan lelaki itu di pinggangnya membuatkan dia sukar untuk bergerak.

Beautiful Lies Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu