Bab 47

118K 5.8K 476
                                    

Mia menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dada sebelum menghadiahkan jelingan paling tajam buat dua orang lelaki di hadapannya. Satu dengusan kasar dilepaskan dan nafasnya turun naik dengan kuat apabila teringatkan kejadian semalam. Semua yang dirancang menjadi berantakan kerana kesalahan kecil yang dilakukan oleh dua orang suruhannya itu. Sepatutnya berita mengenai Tengku Aiden putus tunang sampai kepadanya tapi lain pula yang jadi, bukan putus tunang tapi nak kahwin secepat mungkin!

"Korang tahu apa yang korang dah buat?" Mia bertanya dengan nada yang geram. Kenapa rancangannya boleh jadi macam ni?

"Boss tak boleh salahkan kami seratus peratus." Lelaki berkulit sawo matang itu bersuara.

"Ubat tidur yang boss bagi tu tak berkesan, jadi bukan salah kami." Yang seorang lagi pula bersuara. Dalam hati sudah menyumpah Mia kerana diri sendiri yang salah tapi dia dan rakan sekerjanya pula disalahkan.

"Pandai eh korang menjawab." Kemarahan yang bermaharajalela di dalam diri cuba di kawal. Rancangan yang tidak menjadi itu mula terimbas di dalam kotak memorinya. Sakit hati betul kalau ingat balik.

Ketika Syarifah Ezryna mengajaknya untuk keluar makan tengah hari, masa tu dia sudah memikirkan sesuatu. Peluang datang dengan sendiri, tak kan nak di tolak begitu saja? Ini saja peluang yang terhidang untuk memutuskan pertunangan yang terjalin antara Tengku Aiden dan Syarifah Ezryna. Lantas perancangan di atur untuk menyempurnakan peluang itu.

Sewaktu Syarifah Ezryna pergi ke tandas sewaktu makan tengah hari, Mia memasukkan sesuatu ke dalam minuman gadis itu. Hanya perlu menunggu beberapa minit, ubat tidur yang dimasukkan dalam minuman itu mula memberi kesan. Selepas dia memastikan Syarifah Ezryna betul-betul 'tidur', di suruh orang yang di upahnya membawa gadis itu ke hotel.

Rancangan yang dirancang sepatutnya menampakkan yang Syarifah Ezryna curang dengan Tengku Aiden. Apabila Tengku Aiden terkesan akibat putus tunang, dari situ, dia akan muncul sebagai kawan lama untuk Tengku Aiden dan akan mengambil semula hati Tengku Aiden. Tapi entah di mana silapnya, gadis itu terjaga dari 'tidur'nya itu. Bermula dari situlah, segala-galanya musnah. Tindakan berani Syarifah Ezryna membuatkan kedua-dua orang suruhannya tewas. Sorang kena hentak dengan dengan lampu meja, sorang lagi pula kena hentak dengan pasu. Aduh! Jelas kesan luka di dahi kedua-duanya.

Sepatutnya, putus tunang tapi tarikh perkahwinan pula yang dipercepatkan! Rancangannya musnah tapi Syarifah Ezryna mendapat manfaat darinya. Menurut cerita yang sampai kepadanya, gadis itu lari dan menuju ke apartment Tengku Aiden dan di situ ada sesuatu yang terjadi. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Tak guna betul!

"Macam mana sekarang ni boss?" Pertanyaan itu menyentakkan Mia dari teringatkan hal itu.

"Macam mana apa? Dorang dah nak kahwin tahu tak?!" Jerkahan dari Mia membuatkan kedua-duanya terkejut. Ketika majlis yang dianjurkan oleh keluarga Tengku Aiden, keluarga lelaki itu mengumumkan yang Tengku Aiden bakal menamatkan zaman bujangnya.

"Boss cari je lelaki lain."

Satu pandangan yang tajam diberikan. Cari lelaki lain? Mia bertanya soalan itu sendirian. Tak akan pernah dia cari lelaki lain kerana hanya Tengku Aiden yang dia cinta.

"Boss jangan risau, orang yang dah kahwin zaman sekarang mana tahan lama." Menyedari apa yang dikatakan oleh rakan sekerjanya itu bakal menaikkan lagi marah boss mereka, terus kata-kata itu diberitahu.

Mia hanya terdiam selepas itu. Orang yang dah berkahwin, tak semua akan kekal selamanya. Fikirannya mula merawang ke tempat lain dan pada masa yang sama dia mula memikirkan sesuatu untuk perancangan masa depan. Walau apa pun yang terjadi, Tengku Aiden harus menjadi miliknya semula. Seperti dulu.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now