Bab 14

143K 5.9K 278
                                    

Masa sekarang,

Melissa menyelongkar tas tangannya sekali lagi, dia sendiri tidak ingat untuk kali keberapa dia lakukan hal yang sama. Setiap zip yang ada pada tas tangannya itu dibuka tapi benda yang di cari tiada. Melissa mula berfikir bila kali terakhir dia menggunakan telefonenya. Dipejamkan matanya seketika untuk mengingati di mana dia meletakkan iPhonenya. Pagi semalam ketika temuduga di Panglima Holdings, ketika berjumpa Tengku Aiden di dalam lif. Ya, di sini. Suaminya itu ada mengambil telefonnya dan selepas itu, pertemuan dengan Sharifah Ezryna yang berakhir dengan pergaduhan membuatkan dia terlupa untuk mengambil semula telefon pintarnya.

"Dah la phone aku kat dia, nombor dia pun aku tak ada," ujar Melissa sambil merungut. Dah la hari ini hari minggu dan minggu depan baru mula bekerja di Panglima.

Melissa berjalan keluar dari biliknya dan turun ke bawah, ketika itu jam sudah menunjukkan ke arah angka sembilan. Tengku Nadya dilihatnya sedang bersarapan di ruang makan. Terus sahaja di hampiri sepupunya itu. Sepupunya ini akan terpacak di sini pada awal pagi lagi.

"Ermm, Nad." Melissa mengambil tempat duduk di sisi Tengku Nadya.

"Aiden tu tinggal dengan family dia ke?" Melissa bertanyakan soalan itu kepada Tengku Nadya.

"Kenapa tanya? Haaa, ni mesti ada apa-apa kan?" Tengku Nadya memberhentikan kunyahannya apabila Melissa tiba-tiba bertanyakan mengenai Tengku Aiden. Dah la masa selepas temu duga pagi semalam, dia ternampak Tengku Aiden dan Melissa di tempat parking kereta. Macam ada sesuatu yang tak kena.

"Bukan la, semalam kan." Melissa berhenti seketika untuk mengatur ayatnya supaya Tengku Nadya tak salah faham.

"Masa kat parking tu dia pinjam phone aku then lupa nak bagi balik." Melissa menerangkan apa yang terjadi sebenarnya walaupun itu bukan yang sebenarnya terjadi.

"Hmm, kenapa dia pinjam phone kau?" Soal Tengku Nadya lagi. Memang betul firasatnya, ada sesuatu yang tak kena dengan dua orang ini.

"Mana la aku tahu, dah dia nak pinjam. Takkan tak nak bagi." Melissa membalas pertanyaan Tengku Nadya.

"Hurm, ya lah." Tengku Nadya akhirnya mengaku kalah tapi kena siasat lagi, tak boleh mengalah di sini.

"Dia tak tinggal dengan family dia. Dia tinggal kat apartment di Sri Hartamas. Mamat tu kata nak berdikari, tak nak menyusahkan mummy dengan daddy dia. Berdikari kepala otak dia, tiap-tiap minggu balik rumah family dia." Tengku Nadya sudah mula membebel macam mak cik. Melissa hanya mendengar separuh sahaja apa yang Tengku Nadya katakan.

"Aku pergi apartment dia kejap eh? Nak ambil phone," kata Melissa.

"Aku call dia suruh dia datang hantar sini, dia yang pinjam kan? Jadi dia la yang kena hantar." Tengku Nadya mencapai telefon miliknya namun dihalang oleh Melissa.

"Tak apa la, aku pergi ambik sendiri." Makin rasa bertambah curiga Tengku Nadya apabila mendengar apa yabg Melissa katakan.

"Aku hantar..."

"Aku pergi sendiri dengan teksi, lagi pun kau ada kelas kan?"

Tengku Nadya makin diburu perasaan curiga, dapat rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Memang tak kena. Masa dua beradik tu datang ke sini hari tu, Tengku Aizat terus pulang tapi Tengku Aiden pergi ke tingkat atas untuk ambik sesuatu. Masa yang diambil juga lama dan Tengku Aiden berdiri tepat-tepat di depan pintu bilik Melissa, sepertinya baru keluar dari situ.

Memang wajib kena siasat!

***

Melissa memandang ke arah bangunan empat belas tingkat di hadapannya. Berdasarkan alamat yang diberikan oleh Tengku Nadya, memang inilah tempatnya. Terus saja langkahnya diatur dan menuju ke arah lif. Punat bernombor sembilan di tekan. Sebaik sahaja sampai di tingkat itu, Melissa mencari yang mana satu unit apartment yang di huni Tengku Aiden. Loceng ditekan sebaik sahaja menjumpainya. Sudah beberapa kali ditekan namun tidak ada tanda-tanda yang Tengku Aiden akan membuka pintu. Jam yang berada di tangan dikerling, sudah masuk pukul sepuluh. Takkan tak bangun lagi? Atau Tengku Aiden pergi ke tempat lain?

Beautiful Lies Donde viven las historias. Descúbrelo ahora