Bab 69

114K 5.2K 513
                                    

"Kalau boleh aku nak stay sini dengan kau sampai bila-bila tapi aku kena pergi," kata Helena dengan nada yang mengendur. Dia dan Melissa kini berada di lapangan terbang, sebentar lagi dia akan tinggalkan Paris.

"Kalau ada apa-apa, cakap kat aku. Nanti aku datang lagi." Helena berkata lagi.

"Ya, kau emo sangat ni kenapa?" Tanya Melissa sambil ketawa. Helena sudah memeluknya erat.

"Nanti aku akan rindu kau."

"Boleh call kan, dah-dah nanti kang terlepas flight pula," kata Melissa. Pengunguman mengenai pesawat yang bakal berlepas sudah dibuat tadi tapi Helena masih di sini.

"Bye, Mel!" Helena mengucapkan selamat tinggal dan Melissa balas kembali dengan lambaian tangan.

Setelah hilang kelibat Helena di balai berlepas, Melissa segera memandu untuk pulang memandangkan hari bakal melabuhkan tirainya. Kereta yang di pandu menyusuri deretan kedai membuatkan dia berhenti tatkala melihatkan sesuatu, kedai yang menjual barangan bayi.

Kereta dipakirkan di bahu jalan, kaki terus melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Kandungannya sudah masuk tujuh bulan namun tiada lagi sebarang persiapan dilakukan untuk menyambut kelahiran si bayi. Hari tu Danial ada mengajaknya untuk membuat persiapan namun di tolak kerana kesibukannya bekerja.

Perutnya diusap perlahan ketika meneliti baju bayi untuk perempuan. Ketika itu juga Melissa terpandangkan sepasang suami isteri yang berada berhampiran dengannya. Senyuman hambar terukir di bibir melihatkan gelagat pasangan itu. Dia datang ke sini, memilih pakaian untuk bayi seorang diri tanpa bertemankan suami.

"Tak apalah Medina, sayang ada mama," kata Melissa separuh berbisik.

"Dan ada papa."

Melissa menoleh ke sisi apabila ada satu suara membisikkan kata-kata itu. Matanya sedikit membulat melihatkan Tengku Aiden semakin rapat, terasa pinggangnya dipaut dari belakang. Melissa mula mengetapkan bibirnya menunjukkan dia tidak senang dengan perlakuan Tengku Aiden.

"Awak buat apa ni? Macam mana boleh ada kat sini?" Melissa ajukan soalan itu separuh berbisik tapi jelas kedengaran sedikit ketegasan.

"Awak ada kat sini sebab tu saya ada kat sini jugak. My heart is by your side, jantung kita ni kan berpasangan. Ingat tak?" Tengku Aiden ceritakan kembali memori tiga tahun lalu, sebab kenapa dia selalu ada di setiap keberadaan Melissa.

"Tak ingat!" Melissa kembali dengan cebikan di bibir. Kenapa Tengku Aiden ingatkan balik benda yang dah lepas?

"Awak ikut saya ke?!" Melissa baru teringatkan hal itu.

"Yup! Kenapa? Tak boleh ke?"

"Tak boleh! Sejak bila lagi awak ikut saya?" Melissa tanya lagi. Dia tak suka Tengku Aiden ekorinya ke mana saja dia pergi.

"Lepas awak keluar dari McD semalam saya ikut sampai ke apartment-" Melissa lepaskan satu rengusan. Patutlah Tengku Aiden boleh datang semalam ke apartment yang di sewa Helena.

"Pagi ni saya ikut awak ke airport hantar Helena then kita ada kat sini," ujar Tengku Aiden. Dia ceritakan satu-persatu apa yang di lakukan.

"Okay! Awak boleh balik sekarang-"

"Kita nak beli apa ni?" Tengku Aiden buat-buat tak dengar apa yang Melissa katakan. Matanya terarah pada pakaian bayi yang tersusun rapi di atas rak.

"Baby boy ke baby girl?" Tengku Aiden tanya lagi. Perut Melissa yang memboyot di usap dengan kasih. Dia rasa macam teruk sangat ketika ini, jantina anak sendiri pun dia tidak tahu. Macam manalah Melissa lalui tempoh tujuh bulan ini sendirian?

Beautiful Lies Where stories live. Discover now