Bab 43

108K 4.8K 184
                                    

Keadaan kafe yang terletak di Panglima Holdings ketika itu agak lengang, mungkin kerana masih lagi di awal pagi. Melissa melangkah menuju ke arah meja yang kosong dan kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Waffle yang dibeli sebentar tadi disuakan ke mulutnya dan digigit sedikit. Pandangan matanya jatuh pada pintu utama kafe yang terbuka, Tengku Aiden yang melangkah masuk ke dalam.

Melissa hanya memerhatikan Tengku Aiden dengan ekor matanya saja. Suaminya itu menuju ke kaunter untuk memesan minuman. Selesai saja, terus Tengku Aiden berjalan menuju ke arahnya dan mengambil tempat duduk yang kosong di depannya.

"Morning!" Sapa Tengku Aiden dengan nada yang ceria.

"Pagi tadi dah cakap," balas Melissa dengan sengihan di bibir.

"Biar la nak cakap banyak kali." Tengku Aiden mula meneguk hot chocolate yang di beli sebentar tadi. Disebabkan hari ini, ada mesyuarat penting dia dan Melissa tak sempat bersarapan di rumah.

Melissa sudah berpindah masuk ke banglo mereka kelmarin. Lagi pun hujung minggu ni Tengku Aiden akan mengumunkan status sebenar hubungan mereka berdua. Jadi ada baiknya dia berpindah masuk ke banglo itu. Tengku Nazman ada juga bertanya Melissa mengenai di mana dia akan tinggal, dia hanya beritahu yang dia menyewa sebuah apartment. Menipu lagi, itu yang terlintas di fikirannya ketika itu. Sepanjang Tengku Aiden memilih untuk merahsiakan perkahwinan mereka, banyak penipuan yang telah dilakukan. Bila hujung minggu ni tiba, tiada lagi penipuan yang bakal di cipta, cukuplah sampai di sini.

"Morning!"

Sapaan daripada suara itu membuatkan Melissa dan Tengku Aiden menoleh secara serentak. Kedua-duanya berpandangan seketika sebelum memandang kembali ke arah empunya suara. Syarifah Ezryna yang sedang tersenyum manis ke arah mereka.

"I beli coffee untuk you satu." Syarifah Ezryna memandang ke arah Tengku Aiden yang baru selesai meneguk air.

"You ambik la Melissa since Aiden dah ada." Air kopi itu diserahkan kepada Melissa namun ditegah oleh Tengku Aiden.

"She doesn't drink coffee. Bagi I coffee tu, Mel ambik hot chocolate ni." Tengku Aiden menyerahkan hot chocolate nya kepada Melissa namun Melissa menolaknya.

"Tak payah, it's okay."

"Bekas you dah minum, takkan la dia nak. Ish, you ni." Syarifah Ezryna berkata lalu meneguk air kopinya. Ada ke patut bagi air yang dah diminum?

"Ambik ni, kita dah kongsi lebih dari." Kat-kata yang meluncur keluar dari mulut Tengku Aiden membuatkan Syarifah Ezryna tersedak, terus mencerlung gadis itu memandang ke arahnya.

"You cakap apa?" Tanya Syarifah Ezryna inginkan kepastian. Tak mungkin telinganya salah dengar.

"Tak ada apa-apa," dalih Tengku Aiden apabila menyedari keterlanjurannya. Macam mana dia boleh terlepas cakap pula ni?

"Tengku."

Mendengarkan suara yang menegurnya membuatkan Tengku Aiden berasa lega, selamat dari soalan-soalan yang bakal Syarifah Ezryna tanya. Terus dia memandang ke arah pekerja Panglima Holdings itu.

"Wakil dari Kiara Holdings dah sampai."

Tengku Aiden terus memandang ke arah wakil dari Kiara Holdings itu. Hatinya sudah mula merasakan sesuatu yang sukar digambarkan apabila terpandangkan seraut wajah itu. Pandangannya matanya mula kembali memandang ke arah Melissa yang sedang buat-buat tak tahu dengan situasi sekarang dan apabila pandangan jatuh pada Syarifah Ezryna, wajah itu kelihatan seperti tegang dan sedang menahan kemarahan.

Situasi yang sama diceritakan oleh Tengku Nadya ketika bersarapan, sewaktu percutian mereka di Pulau Perhentian tempoh hari. Ada Melissa, Syarifah Ezryna dan wakil Kiara Holdings, Mia Andrea. Tengku Aiden mula menarik nafas berat apabila memikirkan situasi yang dihadapinya tika ini. Dalam hatinya berharap, kejadian di mana Syarifah Ezryna dan Mia bergaduh tidak akan berulang lagi.

"You buat apa kat sini?" Tengku Aiden bertanyakan soalan yang dia sendiri sudah tahu.

"Papa wakilkan I untuk hari ni," balas Mia bersahaja. Matanya mula terarah kepada Syarifah Ezryna, agak lama dia dan gadis itu berpandangan.

"Hi, we meet again." Mia menghulurkan tangan ke arah Syarifah Ezryna.

"Ouh, hi." Syarifah Ezryna menyambut huluran tangan Mia. Dia memberikan senyuman yang penuh makna kepada Mia.

"Kalau ada masa free, I nak ajak you lunch, boleh?" Tanya Syarifah Ezryna. Entah macam mana boleh keluar pertanyaan ini dari mulutnya untuk mengajak Mia makan tengah hari.

"Sure, why not?" Mia tanpa berfikir terus bersetuju. Dalam kepalanya sudah muncul satu idea apabila Syarifah Ezryna mengajaknya makan tengah hari. Peluang hanya datang sekali, jadi ada baiknya dia gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.

"Ezryna..." Tengku Aiden menyebut nama itu. Sewaktu percutian di Pulau Pangkor tempoh hari, tercetus pergaduhan di antara mereka berdua. Tapi kali ini diajak keluar makan tengah hari pula.

"Don't worry, Aiden. I bukan nak cari pasal dengan dia. I just nak kenal dia," kata Syarifah Ezryna memberitahu niatnya yang sebenar.

"You ada meeting kan? Dah lambat kan?" Syarifah Ezryna mengingatkan Tengku Aiden. Dia hanya menghantar kedua-duanya keluar dari kafe dengan ekor matanya. Melissa yang sedang duduk di hadapannya di pandang seketika.

"Whenever you want to marry someone, go have lunch with his ex. Shelly Winters said that," kata Syarifah Ezryna.

Melissa hanya mendengar saja apa yang dikatakan oleh Syarifah Ezryna. Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Jadi Syarifah Ezryna mengajak Mia makan tengah hari kerana hal ini? Sebab dia bakal berkahwin dengan Tengku Aiden, sebab tu dia mengajak Mia keluar makan tengah hari.

"You nak tahu tak kenapa?" Syarifah Ezryna kembali menyoal. Entah kenapa rasa selesa apabila bercakap dengan Melissa, tambah lagi apabila bercakap mengenai Tengku Aiden.

"Sebab Mia tu cinta pertama Aiden." Tersentak Melissa tatkala terdengarkan apa yang Syarifah Ezryna katakan.

"Dalam banyak-banyak ex Aiden, dia yang special sikit. First love katakan..."

Melissa hanya mendengar setakat itu saja apa yang Syarifah Ezryna katakan. Jadi Mia merupakan cinta pertama Tengku Aiden? Entah kenapa rasanya terlalu berat untuk dia menerima semua ini. Sepanjang hari perkara itu bermain di fikirannya.

"Sofia?" Sapaan dari satu suara membuatkan Melissa menoleh ke belakang. Keadaan tempat parkir kereta di basement Panglima Holdings ketika itu agak lengang memandangkan hari sudah beransur petang.

"Danial?" Spotan nama itu meniti di bibirnya, tak ramai yang memanggil Sofia kecuali keluarga angkatnya. Senyumannya terus terlakar di bibir, apa yang terjadi pagi tadi terus hilang dari kotak memorinya.

"What are you doing here?" Melissa bertanya sedikit pelik. Sewaktu Danial menelefonnya ketika dia berada di Pulau Perhentian tempoh hari, terus dia pulang ke ibu kota untuk berjumpa dengan Danial. Selain dia, Madame Marianne mempunyai seorang lagi cucu angkat iaitu Danial Ethan.

"Minum air sambil menyelam?" Suara Danial yang pelat berbahasa Melayu mengundang tawa Melissa.

"It's 'menyelam sambil minum air'." Melissa membetulkan peribahasa yang dituturkan oleh Danial. Mereka berdua membesar bersama-sama daripada kecil lagi, itu yang menyebabkan mereka rapat seperti saudara kandung. Sewaktu Melissa ke kelas untuk belajar Bahasa Melayu, Danial akan ikut sama. Hal itu menyebabkan yang lelaki Perancis itu boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

"I can't tell you," kata Danial lagi dengan tawa. Kedatangannya ke Malaysia pada awalnya untuk melawat Melissa tapi macam peribahasa yang dia sebut sebentar tadi, dia ingin meluaskan empayar Mercier Holdings memandangkan Panglima Holdings sedang mencari partner business dari luar negara.

"About my question, two weeks ago..." Belum sempat Danial menghabiskan kata-katanya, Melissa terlebih dahulu berkata.

"I won't change my decision."

Melissa sudah tahu apa yang Danial ingin katakan. Lelaki itu ingin mengajaknya pulang semula ke Perancis. Keputusannya tetap sama seperti dua minggu lepas, untuk terus berada di sini. Melissa mula teringat sewaktu dia menyatakan hasratnya ke Malaysia, Danial ada bertanya kenapa. Jawapannya ketika itu ingin mencari sesuatu yang ditinggalkannya dua tahun yang lalu. Sekarang ini dia sudah menemui kembali apa yang dicarinya dan tak mungkin dia ingin berpatah balik begitu saja.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now