Bab 51

99.5K 4.9K 510
                                    

Bukan ke ini yang kau nak? Persoalan itu berlegar di fikirannya. Memang ini yang dia inginkan, statusnya sebagai seorang isteri kepada Tengku Aiden ketahui oleh keluarga lelaki itu. Tapi tatkala melihatkan apa yang terjadi pada Tengku Azalia, bukan ini yang dia pinta. Ibu mentuanya pengsan setelah mengetahui tentang rahsia yang disorok oleh anak lelakinya itu. Rasa bersalah yang bertandang dari tadi membuatkan Melissa tidak senang duduk. Macam mana kalau terjadi sesuatu pada Tengku Azalia?

"Salah saya kan?" Melissa bertanya apabila Tengku Aiden kembali duduk di sisinya.

"Melissa..." Tengku Aiden menarik tangan Melissa ke dalam genggamannya.

"Kalau saya tak bukak pintu tu, kalau saya..." Kata-katanya mati di situ apabila jari telunjuk Tengku Aiden menyentuh bibirnya.

"Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Bukan salah awak," kata Tengku Aiden untuk menenangkan Melissa yang kelihatan bersalah dengan apa yang terjadi. Bukan salah Melissa, benda dah nak jadi.

"Sebab ni kan awak nak rahsiakan pasal hubungan kita? Macam mana kalau jadi apa-apa kat mummy?" Melissa teruskan bertanya lagi.

"Melissa, kan saya dah kata saya tak nak dengar apa-apa lagi. Bukan salah awak, bukan salah sesiapa. Mummy memang macam tu, dia sakit jantung." Tengku Aiden menerangkan situasi yang sebenarnya, Tengku Azalia memang begitu kerana ada masalah dengan jantungnya dan apabila terdengarkan perkara sebegini, akan memberi impak yang negatif.

"Aiden dah kahwin?"

Pertanyaan itu membuatkan Tengku Aiden dan Melissa menoleh ke arah empunya suara. Tengku Fahrin memandang mereka silih berganti. Jelas kerutan yang terpamer di wajah itu, bercampur seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengari dari Tengku Airin sebentar tadi.

"Mummy kat dalam tu sebab tahu Aiden dah kahwin?" Soalan seterusnya ditanya. Tergamak anak sulungnya ini berkahwin tanpa pengetahuan mereka sekeluarga. 

"I can explain this, please." Tengku Aiden bangun dari tempat duduknya dan mendekati Tengku Fahrin. Kekuatan dicari untuk mengahadapi semua ini.

"Tergamak Aiden belakangkan kami!" Tengku Fahrin tidak dapat menahan lagi suaranya. Nasib baik tidak ramai orang di ruang menunggu ketika itu.

"Masa tu Aiden tak fikir panjang. Ambik keputusan terburu-buru. I'm sorry." Ketika itu, dia hanya terfikirkan untuk menjadikan Melissa miliknya. Langsung tak fikir apa yang akan terjadi di masa hadapan. Peluang yang tersedia kerana sebuah pertaruhan dengan kawan-kawannya dulu mengundang penyesalan. Andainya, dia tak ikutkan apa yang kawan-kawannya katakan dan seandainya dia tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan Melissa miliknya, pasti semua ini tak akan terjadi. Dia terlalu ikutkan hati yang masih belum dapat membezakan baik dan buruk. Dia tak sepatutnya menjadikan Melissa sebagai isterinya dengan cara ini.

"Bila Aiden kahwin dengan dia?" Soal Tengku Fahrin. Anak saudara arwah adik iparnya ini, kewujudannya kelihatan di awal tahun ini. Pernah terserempak di Panglima Holdings beberapa kali.

"During our final year, masa kat Edinburgh dulu..." Perlahan suara Tengku Aiden bersuara. Wajah Tengku Fahrin sekali lagi berubah, pasti ayahnya itu menyangka yang dia dan Melissa baru saja berkahwin.

"It means three years ago?!" Soal Tengku Fahrin lagi. Anaknya yang sorang ni memang selalu menimbulkan masalah. Dari sekolah sehinggalah menyambung pelajarannya ke Edinburgh, memang tak sah kalau tak buat masalah. Tapi lepas tamat belajar dua tahun yang lalu, ada perubahan pada anaknya itu. Sekarang ni, tak tahu ni masalah atau apa tapi memang tak patut Tengku Aiden berahsia dengan mereka sekeluarga.

"And you didn't tell us about this?! Dia kat mana masa Aiden balik ke Malaysia dulu? Sepatutnya Aiden berterus terang masa Aiden balik dulu."

"I did something terrible to her in the past. Kami berpisah selepas tamat belajar. Kalau orang lain kat tempat dia akan buat benda yang sama." Tengku Aiden menceritakan apa yang terjadi. Salahnya terlalu banyak ketika bergelar suami waktu itu. Sepatutnya dari awal dia berterus-terang dengan Melissa.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now