dua

4.2K 200 0
                                    

Iman Nadhirah memandang pantulan dirinya di cermin. Malam itu, dia diminta untuk memakai dress labuh berwarna pink. Dia merengus perlahan. I don't care about colours and outfits. But why must pink and dress? Tudung shawl biru di kepalanya dibetulkan sedikit.

"Ha, kan cantik adik abang pakai macam ni?"

Iman Nadhirah memandang Iman Nadzir yang berdiri di muka pintu. Lelaki itu memakai T-shirt berkolar jenama Polo dipadankan dengan seluar jeans. Iman Nadhirah memuncungkan mulut mendengar komen dari mulut abangnya itu. Pujian abangnya langsung tidak membuatkan hatinya gembira malah lagi berasa geram.

Iman Nadzir menggeleng kecil. Mulutnya tersengih. Bukan dia tidak tahu adiknya amatlah anti dengan pakaian bernama 'dress' dan warna merah jambu. Katanya, dua benda itu terlalu keperempuanan. Iman Nadzir hanya mampu senyum mendengar kata-kata adiknya. Kadangkala dia tertanya-tanya juga. Adakah adiknya tidak sedar bahawa Tuhan telah menjadikannya berjantina perempuan?

Iman Nadhirah memakai pakaian itu pun disebabkan arahan Tan Sri Nazmi. Baju itu pun dipilih oleh Puan Sri Ilyana. Mereka tahu kalau biarkan gadis itu memilih pakaian sendiri, pastinya gadis itu akan memilih kemeja lengan panjang. Kalau baju itu dibutangkan, bolehlah mereka tahan lagi. akan tetapi gadis itu lebih selesa membiarkan butang kemeja terbuka agar menampakkan T-shirt yang dipakai di dalam kemeja. Macam lelaki kan, gaya pemakaiannya?

Iman Nadhirah merungut, "Cantik apanya macam ni? Lagi best pakai simple macam abang."

Lelaki yang berkemeja biru kosong dan berseluar denim hitam mengerutkan kening. Tangan disilang ke dada. "Adik, cara berpakaian adik yang kebiasaan itu hampir serupa dengan lelaki. Walaupun adik abang ni bertudung, tetap tak boleh. Haram bagi perempuan yang berpakaian menyerupai lelaki begitu juga sebaliknya. Abang tengok, okey apa adik pakai macam ni? Barulah abang tau adik abang ni perempuan tak ada 'split gender'. Baju lelaki tetapi jantina perempuan."

Iman Nadhirah makin memuncung. Ish, bukan nak bela kita! Lagi dia kutuk cara pemakaian aku? Apa yang salahnya? Tetap menutup aurat kalau rupa macam lelaki sekali pun?

"Dah, dah, tak mau muncung-muncung. Dah macam itik dah abang tengok. Nasib baik bunyi tak macam itik, kalau tak memang abang hantar ke tasik. Jom turun! Tak pasal-pasal nanti mama marah kita turun lambat." sempat lagi Iman Nadzir mengutuk adiknya. Tangan menarik tangan kanan adiknya keluar dari bilik.

Iman Nadhirah yang baru sahaja ingin memarahi abangnya mematikan niat itu kerana abangnya telah menarik tangannya. Dia mengalah dan hanya mengikut tanpa bantahan.

🍴🍴🍴

IMAN Nadhirah mencucuk-cucuk stik daging di dalam pinggannya dengan garfu. Matanya tak lepas merenung tajam Zafriel Adrian yang duduk bertentangan dengannya. Giginya diketap geram.

Kalau bukan sebab kau tetamu aku, memang aku kerjakan kau cukup-cukup Zafriel Adrian bin Umar Amran! Dalam ramai-ramai kawan papa, kenapa mesti bapak mamat ni juga yang papa berkawan? Cubalah berkawan dengan bapak Fattah Amin ke Hafiz Roshdi ke... untung juga aku dapat jumpa dengan artis!

Zafriel Adrian yang tahu gadis di hadapannya sedang memandangnya dengan penuh rasa kebencian tidak diendahkan. Dia hanya menikmati makanan yang dihidangkan. Buang masa layan gaduh yang takkan pernah habis.

Iman Nadzir pula asyik memerhati kedua-duanya. Bimbang juga jika perbalahan tercetus. Dia kasihankan adiknya kerana dia tahu adiknya terpaksa menadah telinga mendengar ceramah dari penceramah tak bertauliah, Tan Sri Nazmi bin Kamaruddin.

Zafrina yang sudah sedia maklum akan hal abangnya dan kakak senior sekolahnya, Iman Nadhirah turut sama memerhati. Walaupun baru seminggu dia bersekolah di SMTI, tidak bermakna dia langsung tidak tahu-menahu hubungan tidak baik mereka berdua. Sudah sememangnya dia menjadi tempat abangnya menceritakan masalah dan hal sekolah. Hal Iman Nadhirah juga tidak terkecuali.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now