empat puluh lima

2.7K 152 16
                                    

"Kita akan buat flying fox." Ringkas pemberitahuan Encik Bakri.

Mata Iman Nadhirah bercahaya. Flying fox? Oh my Allah, bestnya!

Orang yang bekerja di situ memberi maklumat tentang flying fox. Apa yang perlu dipakai, apa yang perlu dibuat dan apa-apa yang perlu untuk mereka tahulah.

"Siapa nak volunteer buat dulu?" tanya lelaki itu.

Iman Nadhirah baru sahaja ingin mengangkat tangan tetapi lelaki itu menambah lagi, "Saya bagi lelaki dulu."

Terus hancur punah harapan Iman Nadhirah. Irshad secara sukarela mendahului orang lain. Adam yang berdiri di sebelah Iman Nadhirah bertanya, "Tak jatuh ke naik benda tu? I takutlah..."

"Tak payah nak takutlah. Tawakkal je," balas Najwa yang turut berada berdekatan dengan mereka. Meskipun nadanya kedengaran dingin, ada sesuatu yang membuatkan Adam tersenyum tanpa disedari orang lain.

Iman Nadhirah yang tadi harapannya hancur punah ditambah pula rasa sakit melihat si Camelia yang tidak habis-habis cuba menarik perhatian Zafriel Adrian. Dari tempat dia berdiri, dia sudah dapat dengar kata-kata singa laut tu.

Aduh! Ni pasal Atiqlah, tak pasal-pasal nama singa laut tu terlekat pulak!

"Zafriel, I takutlah naik benda tu. Nanti jatuh, boleh mati I. You, I tak nak naik," rengek Camelia.

Zafriel Adrian hanya mampu menahan sabar. "Kau nak naik ke tak nak ke apa kaitan dengan aku? Kat mana-mana pun boleh matilah. Kalau dah takdir kau, malaikat Izrail boleh aje cabut nyawa kau sekarang jugak."

Sentap hati Camelia mendengar kata-kata pedas Zafriel Adrian. Terus terkunci mulutnya.

Iman Nadhirah menahan senyuman. Ambik kau! Sedas kena dari suami aku!

"Okey, seterusnya? Perempuan belum cuba lagi. Siapa nak cuba?"

Tanpa berlengah Iman Nadhirah mengangkat tangan. Fasilitator lelaki itu meminta dia ke hadapan. Dengan bacaan bismillah, dia menolak dirinya turun melalui wayar di atas kepala. Hampir separuh jalan, sebelah tangannya diangkat tinggi. Dia menjerit teruja.

Qaira dan Najwa menjadi jurugambar tak bertauliah mengambil gambar Iman Nadhirah.

"Tengok? Tak mati kan?" sindir Zafriel Adrian. Matanya memandang Iman Nadhirah yang kegembiraan itu. Tidak sia-sia dia mengajak gadis itu. Dia tahu sangat gadis itu memang minat aktiviti-aktiviti lasak.

"Okay, who's next?"



🌛🌛🌛




Malam yang hening. Semua orang sudah nyenyak dibuai mimpi. Seorang makhluk Allah ini dibangkitkan dengan rasa tidak selesa.

"Aduh, nak terkucil pulak!" keluh Adam. Lantas dia menggerakkan tubuh Irshad yang baring di sebelahnya.

"Chad! bangun, Chad! Teman aku pergi tandas. Woi!" Panggil Adam dengan nada berbisik. Tiada nada lembut seperti biasa.

Irshad tidak membalas. Dia hanya mengubah posisi tidurnya. Adam menggaru kepala. Apahal susah sangat mamat ni nak bangun?

Adam mendekati Qaid pula. "Qaid. Bangunlah! Temanlah aku pergi tandas."

Kedengaran suara Qaid menggumam, "Pergilah sendiri. Orang nak tidurlah!"

Adam semakin resah. Dia takut ingin pergi ke tandas seorang diri. Dikejut pula Zafriel Adrian, "Cef, Cef Zafriel. Bangun Cef. Tolonglah I, Cef."

Zafriel Adrian tidak memberi respon langsung. Adam menggaru kepala lagi. Tidur mati ke apa cef ni?

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now