dua belas

3K 160 29
                                    

Iman Nadhirah membaca novel bahasa Inggeris yang sudah diadaptasi ke filem itu, bertajuk Maze Runner. Sedang dia khusyuk membaca, Azwan ketua kelas 3 Teratai menegur, "Iman, Cikgu Adela nak jumpa kau kat bilik guru."

Iman Nadhirah menurunkan novelnya yang ditegakkan bagi membenarkannya memandang wajah Azwan. Dia mengerutkan kening.

"Ada apa Cikgu Adela nak jumpa aku?"

Azwan menjungkitkan bahu. "Manalah aku tahu. Cikgu suruh kau pergi sekarang juga."

Iman Nadhirah mengeluh kecil. Aduh, malasnya! Novelnya ditutup setelah menanda muka surat yang ingin dibaca dengan penanda buku buatan sendiri. Dia bangun dari kerusinya.

Darmia yang membuat ulang kaji Matematik memerhati saja dari tadi bertanya, "Nak aku temankan?"

"Tak apalah aku boleh pergi sendiri."

Darmia mengangguk. Dia kembali menyambung sesi mengulang kaji mata pelajaran Matematik.

Iman Nadhirah kemudian menonong keluar dari kelas. Dalam perjalanan ke bilik guru, dia masih tertanya-tanya atas sebab apa guru muda itu ingin bertemu dengannya. Nak kata cakap pasal akademik aku, cikgu tu bukannya ada ajar kelas aku pun! Cikgu Adela cuma ajar kelas aku Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saja.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Ish, takkan sebab PJ pulak!

Dalam sibuk bermonolog, dia melangkah masuk jua ke dalam bilik guru namun hanya kaki kanan berjaya melangkah masuk. Anggota badannya yang lain tidak. Dia terasa sempit. Kepalanya bergerak memandang ke sebelah kirinya.

"Zafriel! Apa kau ni? Blahlah. Aku nak masuk!" marah gadis itu. Serentak itu dia dan lelaki itu mengundur dari pintu masuk bilik guru.

Zafriel Adrian mengusap bahu kirinya yang bergesel dengan pintu kayu. "Aku pulak yang kena? Kau yang redah masuk tak tengok kiri kanan."

Iman Nadhirah mengecilkan matanya memandang lelaki itu. Eeee... mamat ni! Aku pandang dia kecik besar kecik besar je!

"Eh, kalau kau perasan aku nak masuk, apahal kau tak bagi aku masuk dulu? Nak jugak berhimpit situ!"

Zafriel Adrian mencebik. Matanya menjulingkan ke atas. "Manalah aku tahu. Lagipun, aku ingatkan muat je dua-dua nak masuk. Tak sangka kau gemuk, tulah pasal dua-dua tak dapat masuk!"

Mata Iman Nadhirah serta merta membesar. Wajahnya sudah mula merah menahan amarah. "Eh, suka hati kau je kata aku gemuk!"

Aku yang slim kalah model antarabangsa dikatanya aku gemuk! Kurang asam jawa!

"Betullah apa aku cakap," ujar Zafriel Adrian tanpa rasa bersalah.

Iman Nadhirah mengetap gigi. Kemudian, dia menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan. Chill, Iman. Chill. Tak ada gunanya kau layan pengawas bajet alim ni. Tujuan kau datang sini nak jumpa Cikgu Adela bukan sebab mamat ni!

"Dahlah, aku malas nak layan kau! Lebih aku masuk dulu, bye-bye!"

Baru sahaja ingin melangkah masuk, laju Zafriel Adrian memecut masuk sehingga menyebabkan Iman Nadhirah terjatuh di atas lantai yang sejuk di dalam bilik guru. Iman Nadhirah menumbuk lantai itu melepaskan kegeraman. Siap kau, Zafriel Adrian! Kau ingat kau akan terlepas?!

Iman Nadhirah terus bangun dan membetulkan dan memeriksa baju kurung sekolahnya sekiranya ada terkoyak atau sebarang kotoran. Dia menghela nafas lega. Nasib takde koyak! Inilah dia padan dengan nama Canggih! Eh alamak, terbongkar rahsia aku pakai jenama Canggih!

Iman Nadhirah menggeleng. Tau merepek aje kau ni! Dia terus melangkah ke meja Cikgu Adela yang terletak di hujung bilik guru berhampiran dengan pantri. Apabila gadis itu makin dekat dengan meja cikgu itu, dia melihat cikgu itu sedang berbual dengan seorang lelaki. Tidak lain tidak bukan si Zafriel.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now