lima puluh enam

3.1K 154 7
                                    

Iman Nadhirah membuka matanya apabila terasa cahaya memasuki ke ruang-ruang di dalam bilik chalet itu. Dia bangun dari pembaringan. Matanya meliar mencari lelaki yang bergelar suaminya itu. Seingatnya dia bangun subuh tadi, Zafriel Adrian ada dan mengimamkan solat subuh mereka. Dia menyelak selimut lalu turun dari katil. Dia mencari suaminya di semua ruang di dalam chalet itu. Keluhan kecil dilepaskan. Mana pulak pergi si Zafriel ni?

Masuk semula ke dalam bilik, matanya tertancap pada sticky note di atas telefon pintarnya. Dia menarik sticky note itu. Tulisan Zafriel Adrian. "Jumpa Aidil? Heh, dia ni bercuti dengan aku ke dengan Aidil?"

Terasa cemburu di hati kerana suaminya meluangkan masa dengan kawan di waktu mereka bercuti. Iman Nadhirah menggeleng menghapuskan rasa yang bertandang. Baik aku mandi, segar sikit!

Tuala yang tersangkut di penyidai dia capai. Langkah kakinya masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri. Usai siap berpakaian, Iman Nadhirah mengusap perutnya yang sudah mula berbunyi. Haisy, lapar pulak!

Tudung bawal yang sudah siap digosok dicapai. Usai memakai tudung dan mengambil segala barang keperluan, dia keluar dari chalet.

Sampai saja di bahagian lobi, dia mencari Aidin. Tiada. Kepalanya menoleh apabial mendengar suara budak kecil bermain di ruang kanak-kanak berhampiran kaunter penyambut tetamu itu. Bibirnya mengukir senyuman tanpa sedar. Dia memasukkan kedua-dua tangan ke dalam jaket denim yang disarung pada tubuh. Matanya memerhati kanak-kanak di situ bermain alat permainan yang disediakan.

Comelnya diorang ni! Macam manalah anak aku nanti ya? Bisik hati kecilnya. Dia terhibur melihat telatah comel mereka. Tak lama kemudian, bahunya ditepuk dari belakang. Dia menoleh.

"Leka betul kau tengok budak-budak tu. Risau mak ayah diorang kalau nampak kau macam ni. Confirm diorang ingat kau ni penculik budak tau?"

Iman Nadhirah mengerutkan kening mendengar kata-kata mengarut dari mulut Aidin itu. "Apa kau merepek ni? Tapi kan babe, aku jealous lah tengok budak-budak ni main game carrom, dam ular. Teringat zaman budak-budak."

"Alaa... Kau ni nak pinjam board games tu ambik ajelah. Tapi pagi kena pulangkanlah. Sebab budak-budak ni selalu nak main antara pagi sampai petang."

"Serius? Eh, by the way, kau nampak Zafriel dengan Aidil?"

Aidin jungkit bahu. "Yang aku tahu Aidil memang tak ada harini. Busy katanya. Tak taulah busy dia maksudnya jumpa Zafriel."

Iman Nadhirah mengetap bibir.

"Kau dah breakfast?"

Iman Nadhirah geleng.

"Ha, jomlah kita breakfast sama. Aku dah lapar ni." Tangan Aidin menarik lengan Iman Nadhirah.












🕯️🕯️🕯️🕯️
















Iman Nadhirah membuka pintu chaletnya. Dia melihat bahagian rak kasut. Tak ada kasut Zafriel Adrian. Keluhan kecil dilepaskan. Sampai ke petang jumpa Aidil, tak ingat kat isteri ke?

Dia menanggalkan kasut lalu diletak atas rak. Masuk ke dalam bilik, tudung bawal ditanggalkan. Seharian keluar dengan Aidin, rasa penat pun ada. Ada saja yang perempuan tu nak beli. Nasib baik dia sudah biasa melayan kerenah kawan-kawan yang kaki shopping ni. Kalau tidak, hmm...

Dah diajak balik dari tengah hari tadi, tapi Aidin tidak mahu. Katanya Zafriel Adrian masih lagi dengan Aidil. "Tak, sekarang ni, aku ke Aidil tu bini kau?" tanya Iman Nadhirah sambil memandang wallpaper home screen telefon yang diletak gambar mereka berdua. Telefon itu kemudian dicampak ke atas katil. Dia bangun untuk mandi memandangkan hari sudah menjelang senja.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now