tiga belas

2.7K 171 24
                                    

"Lari pass baton bagi kategori perempuan bawah 15 tahun akan bermula sebentar lagi. So, please get ready," kata Cikgu Wafa, guru rumah sukan biru.

Tak lama kemudian, acara larian pass baton perempuan bawah 15 tahun pun bermula. Iman Nadhirah melihat kawan-kawan dan juniornya berlari. Dia menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan. Cuba untuk menghilangkan rasa gemuruh di hati.

"Iman, kamu kan peserta akhir yang menamatkan larian, jadi saya harap kamu dapat lari selaju yang mungkin biar rumah sukan kita menang tahun ni." Cikgu Watie bersuara memberi semangat kepada anak muridnya. Cikgu ni ajar kelas Iman Nadhirah subjek seni dan sains.

Iman Nadhirah mengangguk. "I'll try my best, teacher."

Apabila tiba gilirannya untuk berlari, dia bersedia di kedudukannya untuk mendapatkan baton dari pelari sebelumnya. Dapat sahaja baton, gadis itu terus berlari. Tidak terlalu laju tidak juga terlalu perlahan.

Hampir ke garisan penamat, Iman Nadhirah berasa ada sesuatu yang menyucuk kakinya yang tidak berkasut. Dia lebih selesa berlari tanpa kasut.

Namun begitu, dia cuba menghiraukan rasa itu dan memecut menuju ke garisan penamat. Apabila sudah melepasi garisan penamat, Iman Nadhirah terus jatuh. Tapak kaki kanannya yang terasa dicucuk-cucuk dipegang. "Arghhhhhh!!" Dia mengaduh sakit.

Laju Cikgu Watie, Zafriel Adrian dan Iman Nadzir mendapatkan Iman Nadhirah.

"Kaki dia berdarah kena kaca!" jerit Cikgu Watie.

Iman Nadzir panik. Zafriel Adrian berkata pada guru itu, "Cikgu, kita kena bawak dia pergi klinik cepat sebelum kaca tu masuk ke dalam lagi."

Cikgu Watie mengangguk. "Nadzir angkat adik kamu ke kereta saya cepat! Zafriel, kamu awasi anak buah kamu. Cepat Nadzir, ke kereta saya!" Cikgu itu terus bergerak laju ke keretanya. Iman Nadzir terus mencempung tubuh adiknya yang masih mengerang kesakitan.

🚑🚑🚑

SUDAH seminggu kejadian Iman Nadhirah terkena kaca berlaku. Sudah seminggu juga Zafriel Adrian menunggu keputusan kes Iman Nadhirah itu. Dia masih tidak dapat mengagak kejadian itu terjadi tanpa sengaja atau secara sengaja. Sedang Zafriel Adrian asyik termenung, terdengar ketukan di pintu kelas 4 Orkid. Dia menoleh.

Kelihatan Iman Nadzir berdiri di pintu kelas menggamit tangan memanggilnya.

Dengan rasa malas, ketua pengawas SMTI itu bangun dari kerusi. Dia mendekati kawan sepermainannya itu. "Kenapa? Ni apahal kau datang sini? Bukan ke sekarang masih waktu PDP?" soalnya bertubi-tubi.

Walaupun dengan kawan baik sendiri, Zafriel Adrian tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas. Itulah namanya adil dan saksama atau dalam bahasa orang putih, fair and square.

"Cikgu Watie panggil ke bilik dia. Aku pun kena panggil jugak."

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Nadzir pun kena panggil? Takkan ada mesyuarat pengawas pulak? Cikgu takkan panggil orang yang bukan pengawas walaupun ex-pengawas.

"Untuk apa?"

Iman Nadzir menjungkitkan bahu. Baru Zafriel Adrian sedar, kawannya itu tidak habis-habis memegang perut dari tadi.

"Aku tak tahu. Kau boleh tak pergi panggil adik aku kat kelas dia? Aku sakit perut ni. Emergency!" terang Iman Nadzir. Wajahnya hampir bertukar biru.

"Yalah, aku pergi panggil. Nanti jumpa kat bilik Cikgu Watie. Pergilah kau. Nanti terlepas kat sini, susah!" balas Zafriel Adrian. Terselit sedikit gurauan.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now