lima

3.1K 163 18
                                    

Mulut Ainnur terkumat-kamit tanpa diketahui apa yang disebutnya sepanjang dia berjalan ke kelasnya. Masuk sahaja ke dalam kelas, dia terus duduk di tempatnya. Mukanya jelas merah menahan rasa marah yang meluap-luap di dalam hati.

Intan memandang Ainnur pelik. Dia terus bertanya, "Kau kenapa? Bengang semacam..."

Ainnur hanya menjeling. Tak pasal-pasal kawannya kena tempias. "Cikgu Raisha tulah. Bullshit betul! Kau tahu tak, tadi aku nak buang sampah, tapi sampah tu terjatuh. Belum sempat aku kutip balik, cikgu tak cukup kain tu pi sound aku! Mana darah aku tak naik? Kurang asam punya cikgu! Pikir kau cikgu, kau boleh marah aku sesuka hati?! Bangang betul!" habis segala kata kesat dikeluarkan semasa gadis itu bercerita.

Darmia yang duduk di belakang tergeleng kecil mendengar kawannya berkata bahasa kesat. Minah ni pantang diusik! Sekali dia bengang, segala perkataan kesat disebut.

Iman Nadhirah yang turut mendengar membulatkan mata. "Kau biar betul, Ainnur? Gila bongok cikgu tu!"

Ha, minah ni pun dua kali lima aje! Darmia menjeling Iman Nadhirah di sebelahnya.

Iman Nadhirah mengepalkan tangan. "Ini sudah melampau nak mati! Memang nak kenalah!"

Ketiga-tiga orang pelajar perempuan itu memandang tepat wajah Iman Nadhirah. "Kau nak buat apa, Iman?" soal Darmia. Serta-merta rasa risau menghimpit jiwa. Iman Nadhirah bukannya boleh kalau ada yang usik dia atau kawan-kawannya. Silap haribulan lebam budak dikerjakan! Tapi kalau cikgu, tak taulah pulak. Bimbang juga kalau cikgu pun gadis itu berani kerjakan.

Soalan Darmia tidak Iman Nadhirah hiraukan.

"Iman, kau jangan buat hal," pesan Darmia.

Intan dan Ainnur sudah mulai risau. Bimbang juga jikalau Iman Nadhirah buat hal.

Iman Nadhirah hanya diam. Bibirnya mengukir senyuman yang sukar untuk ditafsir.

👹👹👹



ZAFRIEL Adrian menyandang malas beg sandang di bahu. Dia berjalan menuju ke tempat letak motosikal. Mulutnya menyanyi kecil lagu Darah Muda. Sesampainya dia di hadapan motosikalnya, dia mengambil helmet full-face lalu disarung di kepala. Baru sahaja ingin melompat naik ke atas motor Ninjanya itu, matanya tertancap pada seorang pelajar perempuan mencangkung di kereta Honda Civic.

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Itu bukan Nadhirah ke? Apa dia buat di situ? Soal hatinya. Perlahan-lahan langkah diatur menghampiri pelajar perempuan yang amat dikenalinya itu. Helmet ditanggalkan kembali.

"Woi, kau buat apa tu?!" jerkah lelaki itu.

Iman Nadhirah terperanjat sehingga menyebabkan dia melatah panjang, "Oh ya, aku dah berjaya pancitkan tayar kereta cikgu tak cukup kain!" Sedar rahsianya terbongkar segera dia menekup mulut. Wajah lelaki itu dipandang. Mukanya bertambah pucat melihat wajah itu. "K... kau buat apa kat sini?"

Zafriel Adrian tersenyum nipis. "Wahai Cik Iman Nadhirah, soalan tu patutnya dituju kepada diri cik sendiri."

Gulp! Air liur yang ditelan terasa tersekat di kerongkong. Iman Nadhirah sudah buntu untuk mencari jalan keluar.

Sekali lagi ketua pengawas SMTI itu tersenyum penuh sinis. "Oh, nak pancitkan tayar kereta cikgu rupanya! Sudahlah niat tidak elok, buat hal lagi, kutuk cikgu pulak tu!"

Iman Nadhirah mencebik. "Apa? Betullah! Cikgu tu harap je orang Melayu, Islam lagi, tapi tak pakai tudung. Baju pun dia pakai semuanya mesti ada 'at'."

Hero Troublemaker (edited)Место, где живут истории. Откройте их для себя