empat puluh tiga

2.7K 156 14
                                    

"Kau nak tumpang rumah aku tak? Dah lewat dah ni." Iman Nadhirah menawar.

Najwa menggeleng. "Tak apalah. Aku okey aje. Kau tu yang buat aku risau. Dahlah redah hujan lebat. Esok mesti kau demam."

Iman Nadhirah hanya diam tidak membalas. Dia memikirkan kelibat yang dilihatnya tadi.

Hilman?

Sudah lama lelaki itu menghilang. Dengar khabar dari budak-budak universitinya, lelaki itu berhenti belajar. Ada yang kata dia pergi sambung belajar di luar negara. Ada juga yang kata dia saja tak datang berhari-hari. Tak pasti yang mana satu yang sahih. Apa yang Iman Nadhirah tahu, selagi dia tidak terserempak dengan lelaki itu, selagi itulah dia rasa selamat. Walaupun untuk sementara.

Tapi... kenapa setelah sekian lama dia tidak nampak kelibat lelaki itu, hari ini dia muncul kembali?

Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini. Iman Nadhirah hanya mampu merintih memohon pertolongan dari Yang Maha Esa.

"Iman. Dah sampai," beritahu Najwa.

Dengan ucapan terima kasih, Iman Nadhirah laju masuk ke perkarangan rumah yang sudah sedia terbuka pagarnya. Dia berlari-lari anak ke muka pintu. Tanpa berfikir ingin mengeluarkan kunci rumah dari dalam beg, dia mengetuk pintu bertalu-talu.

Pintu itu dibuka dari dalam. Wajah Zafriel Adrian kelihatan. Tanpa berfikir panjang, tubuh jejaka itu didakap. Zafriel Adrian terkejut. Sudahlah tubuh isterinya itu basah lencun bermandikan hujan, secara tiba-tiba tubuhnya dipeluk. Terasa bahu Iman Nadhirah terhinjut-hinjut. Akhirnya, suara tangisan kedengaran. Zafriel Adrian menutup pintu utama sebelum membalas pelukan isterinya walaupun terbit rasa curiga. Apa yang dah berlaku?

Setelah reda, Iman Nadhirah meleraikan pelukan. Air mata yang bersisa itu dikesat. Zafriel Adrian tidak terus bertanya, sebaliknya dia meninggalkan isterinya dan kembali dengan sehelai tuala.

Tudung Iman Nadhirah dibuka perlahan. Zafriel Adrian mengelap rambut Iman Nadhirah yang kebasahan. Kemudian dibalut tubuh gadis itu dengan tuala. "Pergi mandi, basahkan rambut tu."

Iman Nadhirah hanya menurut tanpa bantahan. Dia membuka langkah ke bilik.






🌧️🌧️🌧️🌧️





Zafriel Adrian memulas tombol pintu bilik. Dia menatang dulang berisi pinggan dan cawan. Kelihatan Iman Nadhirah duduk memeluk lutut di atas lantai. Lelaki itu mencangkung di hadapan gadis itu.

"Apasal duduk bawah ni?"

Iman Nadhirah hanya diam membisu. Zafriel Adrian bangun. Dia menarik tangan kanan Iman Nadhirah memaksa gadis itu bangun. Iman Nadhirah bangun. Dia duduk di birai katil.

Zafriel Adrian mengambil nasi goreng yang dibawanya tadi. Dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya lalu menghulurkan pinggan berisi nasi goreng itu.

Iman Nadhirah menggeleng tidak mahu.

"Makanlah sikit. Penat aku masak ni. Mak Tipah dah balik awal tadi. Mama dengan papa pun tak ada. Kau nak aku bagitahu mama ke kau redah hujan tadi?" ugut Zafriel Adrian.

"Suapkan."

"Hah?" Tanya Zafriel Adrian. Kata-kata Iman Nadhirah tidak dapat dia dengar dengan jelas.

"Suapkan." Iman Nadhirah merengek sedikit.

Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah. Walaupun rasa pelik, diturutkan jua kehendak isterinya.

Selepas tiga suap, Iman Nadhirah menggeleng.

"Betul tak nak dah ni?"

Iman Nadhirah menggeleng.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now