lima belas

2.8K 157 24
                                    

Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian mengekori keluarga mereka dari belakang. Sesekali mereka berdua bertikam lidah. Yelah, Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian takkan boleh kalau tak bergaduh walau hanya satu hari.

Iman Nadhirah berjalan malas. Dia membuat muka masam. Sungguh dia bosan melihat mamanya dan Hajah Aminah membeli-belah. Tan Sri Nazmi dan Haji Umar sudah menghilang entah ke mana.

Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu di atas kepalanya. Dia meraba kepalanya. Topi? Zafriel Adrian di sebelahnya dikerling. "Kau ni kenapa letak topi ni atas kepala aku?" soalnya dengan geram.

Topi itu ditanggalkan dari kepala. Paling pelik sekali topi itu sebenarnya topi koboi seperti topi Woody dalam filem kartun Toy Story!

Zafriel Adrian membuat muka tidak bersalah. "Alaaa... topi aje kut! Relaks lah."

Iman Nadhirah memandang Zafriel Adrian dengan rasa marah. Dia terus meletakkan topi itu di atas kepala lelaki itu. Senyuman menghiasi wajahnya. Tidak dinafikan lelaki itu nampak kacak dengan topi koboi itu. Tambahan pula dia berpakaian kemeja bercorak kotak-kotak. Lengan kemeja itu dilipat sehingga ke siku. Memang perfecto!

"Ha, baru sesuai. Ada ke patut bagi aku topi tu? Kau sebenarnya nak kan topi tu, itu yang letak atas kepala aku?"

Zafriel Adrian merengus. Aku nak kenakan dia, sebaliknya aku yang terkena. Apa ni?! "Fine, kalau aku sesuai dengan topi ni, kau pula, sesuai topi..." dia mengetuk dagunya dengan jari. Matanya memilih topi-topi di situ.

"Ha! Yang ni!" Topi koboi yang hampir sama. Tapi nampak keperempuanan sikit kerana ia berwarna merah. Benangnya pula berwarna putih seperti topi koboi milik Jessie.

Lelaki itu menyarung topi tersebut di atas kepala tunangnya. "Hmm... memang sesuai! Kejap, kejap!" Telefon di salam poket dibawa keluar. Dia mengambil gambar gadis itu. Langsung tidak peduli dengan wajah Iman Nadhirah yang sudah mencuka.

Zafriel Adrian senyum melihat gambar itu. Iman Nadhirab baru sahaja mahu menghamburkan marahnya, pemilik gerai itu mencelah, "Topi yang adik dengan girlfriend adik pakai tu memang sesuai untuk pasangan couple. Kalau beli dua sekali, harganya RM10."

Zafriel Adrian memandang Iman Nadhirah dengan senyuman mengatakan dia akan membeli topi itu. Iman Nadhirah cuba menghalang tetapi tidak sempat kerana lelaki itu telah menghulurkan wang RM10 sekeping kepada penjual tersebut.

"Kau ni, kan! Aku tak naklah topi ni. Kau nak, kau belilah untuk kau seorang aje! Lagipun kita bukan pasangan okey?" Akhirnya berpeluang juga Iman Nadhirah menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Zafriel Adrian membuat muka mengajuk Iman Nadhirah. "Bla bla bla... lupakan jelah! Aku dah beli pun. Dah jom kita... err... mana umi dengan aunty?" soalnya.

Iman Nadhirah memukul lengan lelaki itu. "Ini semua kau punya pasal! Dia orang dah tinggalkan kita!" marahnya. Ini adalah kali kedua dia ditinggalkan dengan lelaki yang dibencinya. Dan kedua-duanya terjadi angkara Zafriel Adrian. Arghhh! Kenapa mesti Zafriel?

Zafriel Adrian menggaru kepalanya. "Dahlah, kalau kau marah aku pun bukan dapat jumpa dia orang pun!" Dia terus berlalu ke depan meninggalkan Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah menendang angin. Dia mengekori lelaki itu dengan perasaan marah. Sudahlah dengan cuaca panasnya, orang ramainya... RIMAS!

Tiba-tiba ada suara menyapa mereka berdua, "Assalamualaikum, hai? Kau orang ni baru sampai semalam kan? Chalet Impiana?"

"Waalaikumussalam."

Sampai ke chalet mereka tahu. Seriau pula rasa. Iman Nadhirah memandang kedua-dua orang itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Wajah mereka sangat seiras seperti kembar!

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now