empat puluh empat

2.8K 177 7
                                    

Hari pertama trip

Iman Nadhirah sudah bersiap sedia dengan beg penuh dengan keperluan untuk trip yang akan disertainya. Dia sempat mengeluarkan sebuah novel Inggeris yang dibawa bersama. Qaira dan Najwa yang turut sama sertai tidak habis-habis mengambil gambar bersama dengan Alana dan Atiqa. Hazqel yang tidak ketinggalan menyibuk sama.

Jam di tangan dipandang. Iman Nadhirah menghela nafas perlahan. Bila bas nak sampai ni?

Semua orang yang menyertai trip itu menaiki sebuah bas. Sepatutnya dua buah bas, tetapi memandangkan tidak ramai yang sertai, Encik Bakri hanya menyewa sebuah bas sahaja.

Najwa menghampiri Iman Nadhirah yang sedang menelaah buku. "Babe, aku duduk dengan Qaira. Tak apa ke kau duduk seorang?" soalnya. Dia, Qaira dan Hazqel sudah sedia maklum bahawa pekerja restoran itu tidak mengetahui status hubungan Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah hanya mengangguk. Memang dia tiada masalah pun nak duduk seorang. Jangan nanti tiga hari trip itu, mereka tinggalkan dia sudahlah. "Qil duduk dengan siapa?"

Najwa memuncung sedikit ke arah Hazqel yang sedang berbual dengan salah seorang pekerja restoran di situ. "Tu dah dapat member baru dah."

Iman Nadhirah mengangguk perlahan.

"Tak nak duduk dengan Encik Hubby ke?" Najwa sudah senyum meleret.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Eh, kau ni, kan aku dah bagitau pasal tu?"

Najwa sengih. "Tau. Saja je."

Iman Nadhirah menggeleng kecil. Tak lama kemudian, datang Encik Bakri dan isterinya. "Okay semua! Bas dah sampai. Bolehlah awak semua letak beg dulu. Yang lelaki tolong perempuan simpan beg."

Qaira mencuit bahu Iman Nadhirah yang hendak berjalan ke bas. "Babe, dari tadi aku perhati minah tu. Tak habis-habis nak menyendeng dekat si Zafriel tu." Jarinya menunjuk pada satu arah.

Iman Nadhirah dan Najwa memandang arah yang ditunjukkan. Kelihatan seorang gadis sebaya mereka bertiga cuba berbual dengan Zafriel Adrian.

"Aku rasa Zafriel tak dengar sepatah pun perempuan tu cakap. Kau tak nampak earphone yang dia pakai tu?" Najwa bersuara.

Qaira gelak spontan. "Kesian... tulah, ada hati lagi nak kacau husband orang."

Iman Nadhirah yang tadi terasa api cemburu makin marak terus terpadam mendengar kata-kata Najwa. Dia tersenyum lucu.

Selesai meletakkan beg, Iman Nadhirah mengambil tempat duduk di belakang tempat duduk Qaira dan Najwa. Earphone dibawa keluar dari beg sandang yang dibawa naik ke dalam bas. Disumbat earphone pada telinga. Lagu Taylor Swift dipasang. Buku novel Inggeris tadi dibaca semula. Langsung tidak mempedulikan orang di sekeliling.

Baru beberapa helai Iman Nadhirah telaah, seseorang mengambil tempat duduk di sebelahnya. Dia mengerling sekilas. Keningnya berkerut. Zafriel?

"Kau buat apa kat sini?" bisik Iman Nadhirah.

"Duduk, main phone, dengar lagu," jawab lelaki itu selamba. Pandangannya tidak beralih dari telefon pintarnya.

Iman Nadhirah memandang lelaki itu tidak puas hati. "Kau duduk macam ni, tak ke orang lain curiga?"

"Lantak dioranglah nak kata apa. Asalkan tak kacau life orang."

"Kenapa kau tak duduk dengan Irshad?"

"Irshad duduk dengan Qaid," jawab Zafriel Adrian ringkas.

"Perempuan tadi tu?" soal Iman Nadhirah. Matanya terus beralih ke luar tingkap.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now