enam belas

3K 157 5
                                    

Iman Nadhirah sedar, jam sudah menunjukkan waktu 4.30 petang. Nasib baik dia boleh solat jamak. Terus dia masuk ke bilik air untuk bersihkan diri dan mengambil wudhu'. Terasa pelik juga melihat dirinya sudah terlantar di atas katil di chalet. Tapi dia fikir mungkin Zafriel Adrian hantar ke kereta dan abangnya yang baringkan tubuhnya di atas katil. Sempat dia mengerling abangnya yang tidur berdengkur di atas lantai kayu chalet.

Lama Iman Nadhirah berteleku di atas katil sambil memandang lama telefon pintar jenama Samsung milik Zafriel Adrian. Dia mahu pulangkan kepada lelaki itu tetapi rasa malu bertimpa-timpa apabila mengingat kembali kejadian piggyback tadi.

Ish, kalau bukan kerana 'kasut makan tuan' tu, memang taklah benda tu terjadi!

Iman Nadhirah menutup wajahnya. Kemudian dijatuhkan tangan. Dia mengusap pula dagunya. Kening berkerut-kerut. Tapi kenapa dia beria nak tolong aku tadi? Bukan Zafriel yang aku kenal akan tinggalkan saja aku survive seorang diri? Hmm... dah dapat cahaya keinsafan kut?

Gadis itu tersengih kecil. Kemudian menggeleng. Apa pulak aku ni? Aku rasa kalau orang lain berada di tempat aku, pasti dia akan tolong juga. Macam orang special dia tu?

Telefon pintar itu kembali dipandang. Iman Nadhirah menepuk pipi cuba menyedarkan diri. Astaghfirullah, boleh jadi gila aku bercakap seorang diri!

Iman Nadhirah mengambil keputusan untuk keluar melihat matahari terbenam memandangkan waktu sudah hampir senja. Dengan hanya berpakaian T-shirt dan track bottom dipadankan dengan tudung instant shawl, dia keluar dari chalet. Tidak lupa dia membawa telefon pintar itu sekali.

Iman Nadhirah duduk di atas selipar yang ditanggalkan sambil memeluk lutut. Tangannya bermain-main dengan pasir halus itu. Pandangannya tertumpu pada laut yang luas di hadapannya. Bunyi deruman ombak laut membuatkan hati terasa lapang.

Suara dehaman menyapa gegendang telinga menganggu ketenteraman Iman Nadhirah menikmati keindahan alam. "Boleh aku duduk?"

Siapa pula yang berani ganggu aku waktu macam ni? getus hati Iman Nadhirah. Dia mendongak dan mendapati Zafriel Adrian sedang memandangnya. Dari mata jatuh ke hati, kata orang. Tapi untuk mereka berdua ni, dari mata jatuh ke hati, lebih baik dari mata jatuh ke longkang!

"Sejak bila kau pandai mintak izin ni?"

Zafriel Adrian sengih. Dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu tanpa menunggu jawapan. "Kau buat apa duduk sini seorang diri? Tak takut ke? Nadzir mana?" soalnya apabila kelibat sahabatnya tidak kelihatan.

"Tidur."

Terjungkit sebelah kening Zafriel Adrian. Daripada tiga soalan, dia jawab satu aje?

Bersyukurlah dari tak jawab langsung, Zafriel oi!

Zafriel Adrian memandang kaki Iman Nadhirah yang sudah diselaputi pasir itu. Kedua-dua belah jari kelingkingnya dibalut dengan plaster. "Kaki kau dah okey?"

Iman Nadhirah memandang kakinya sekilas. "Sikit."

Zafriel Adrian menghela nafas lega. Matahari yang hampir terbenam itu dipandang. "Jangan cakap kau pun macam perempuan lain, suka nak tengok matahari terbenam?"

"Hello! Aku pun perempuan, okey? Mestilah aku nak tengok sunset. Lagipun tak ada salahnya aku nak tengok."

Zafriel Adrian menggeleng kecil. Rasa tidak percaya saja gadis brutal itu masih ada sifat seperti itu.

Iman Nadhirah menghela nafas panjang. Akalnya tidak berhenti berfikir tentang pemilik nama 'My Love Fiancee' itu. kalau ikutkan hati, mahu saja dia tanya, tetapi segan.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now