lima puluh dua

3.5K 167 6
                                    

Iman Nadhirah membetulkan duduknya yang terasa tidak selesa. Rasa malu masih berbaki dalam diri. Siapa aje tak malu wei, kena kiss macam tu? Dekat luar pulak tu! Kalau dalam bilik tu tak apalah juga.

Eh, dalam bilik?

Makin membahang wajah Iman Nadhirah. Bibir diketap perlahan. Sesekali dia mengerling suaminya yang sedang fokus memandu. Perjalanan balik ke rumah Tan Sri Nazmi terasa jauh, padahal dekat saja. Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap melihat jalan. Keningnya berkerut melihat rumah banglo yang menyapa matanya.

"Z...Zafriel, tadikan rumah papa? Kau ingat jalan ke tak ni?" soal gadis itu pelik. Takkan baru lepas kiss dia hilang ingatan kut? Pelik!

Zafriel Adrian langsung tidak mengalihkan pandangannya dari jalan raya. Bibirnya terukir senyuman yang sukar untuk ditafsirkan. "Kau tunggu ajelah."

Kata-kata jejaka itu menimbulkan rasa curiga dalam hati Iman Nadhirah. Papan tanda ucapan selamat tinggal itu makin membuatkan dia tertanya. Zafriel nak bawa aku ke mana? Jangan dia pandai-pandai bawa aku jauh sudahlah.

Tak lama kemudian, Zafriel Adrian memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Iman Nadhirah terpegun melihat rumah itu. Dia keluar dari kereta apabila suaminya turut keluar. Dari luar pun dah nampak cantik, mesti dalamnya lagi cantik! Tapi rumah siapa ni?

Iman Nadhirah berdiri di sebelah jejaka itu. Baru saja dia ingin bertanya, Zafriel Adrian melingkarkan tangannya pada bahunya sambil tersenyum. Spontan dia melingkarkan tangan pada pinggang suaminya.

"Finally, this is our home."

Terkebil-kebil terus mata Iman Nadhirah. Rasa tidak percaya dengan apa yang dikatakan suaminya itu. "Rumah kita?"

Zafriel Adrian menyeluk poket seluarnya mengeluarkan segugus kunci. Dia meletakkan kunci itu di atas tapak tangan Iman Nadhirah. Matanya memberi isyarat suruh gadis itu membuka pintu rumah banglo itu.

Namun isyarat yang diberi lelaki itu langsung dia tidak faham.

Zafriel Adrian merengus perlahan. Dia menarik isterinya berjalan ke pintu rumah. "Ha bukaklah, kuncinya dekat kau," arahnya.

Iman Nadhirah hanya menurut tanpa bantahan. Dia membuka mangga pintu jeriji itu dengan kunci yang diberi oleh suaminya. Buka sahaja kedua-dua daun pintu utama itu, makin terpegun dia melihat isi dalam rumahnya yang sudah siap dibeli perabot. Dia terus menjelajah setiap inci rumah itu meninggalkan suaminya di ruang tamu.

"Rumah ni memang dah fully furnished. Maaflah kalau perabot-perabot kat sini kau tak suka sangat perabot dalam ni," luah Zafriel Adrian ketika Iman Nadhirah selesai menjelajah. Rasa bersalah dalam lubuk hatinya kerana tak dapat memenuhi keinginan isterinya.

Iman Nadhirah menyertai suaminya duduk di sofa empuk itu. Dia terus mendakap tubuh Zafriel Adrian. "Tak ada yang aku tak suka kalau benda tu kau yang bagi. Thank you! You are always the best!"

Serta merta senyuman terukir di bibir sang suami. Pelukan isteri dibalas bersama dengan kucupan di ubun-ubun kepala Iman Nadhirah.



🍽️🍽️🍽️🍽️

Zafriel Adrian membuka matanya perlahan. Kepala menoleh ke ruang sebelah. Tiada orang. Mungkin isterinya itu sudah bangun. Mata yang masih terasa mengantuk itu ditenyeh perlahan. Sayup-sayup kedengaran bunyi-bunyian di tingkat bawah. Jejaka itu turun dari katil. Daun pintu yang tidak bertutup rapat itu dibuka luas. Langkah kaki dibawa menuruni anak tangga dan akhirnya menuju ke dapur.

Iman Nadhirah membuka kabinet dapur mencari-cari bahan untuk memasak. Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang. Zafriel Adrian membenamkan mukanya pada bahu isterinya.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now