empat puluh dua

2.9K 156 5
                                    

Sudah masuk tiga hari Iman Nadhirah memulakan semester baharu. Tiga hari juga dia dihantar dan dijemput suaminya. Iman Nadhirah memakai jam tangan yang sama dengan Zafriel Adrian. Sampai sekarang lelaki itu masih tidak tahu bahawa pengirim hadiah itu ialah orang yang terdekat dengannya.

"Lama lagi ke?" soal Zafriel Adrian. Kepalanya terjengul di muka pintu memandang Iman Nadhirah yang masih berdiri di hadapan meja solek. Keningnya berkerut. T-shirt lagi?

"Dah siap dah pun." Iman Nadhirah mencapai beg sandangnya. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar jeans.

Mereka berdua turun ke tingkat bawah. Zafriel Adrian menghidupkan enjin kereta sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Kira-kira 30 minit kemudian, mereka tiba di universiti tempat Iman Nadhirah menuntut. Iman Nadhirah keluar dari kereta selepas menyalam tangan suaminya. Dari jauh, kelihatan dua orang kawan seuniversitinya, Najwa dan Qaira berdiri memandang kereta yang dinaikinya.

Sampai sahaja Iman Nadhirah di hadapan mereka berdua, pandangan mereka masih tidak lepas dari kereta itu. "Assalamualaikum!" Iman Nadhirah memberi salam cuba meraih perhatian.

"Waalaikumussalam," jawab mereka serentak tetapi mata langsung tidak berkalih.

Berkerut dahi Iman Nadhirah melihat kawan-kawannya yang seperti jakun tak pernah tengok kereta itu. "Kau orang ni kenapa? Takkan tak pernah nampak kereta Civic kut?"

Qaira menggeleng. "Bukan macam tu."

"Habis?"

"Lelaki dalam kereta tu. Tak pernah nampak pun. Nak kata abang kau, rasanya jauh sangat muka dia orang tu. Nak kata abang yang lain, kau bukan ke ada seorang abang saja?" tanya Qaira.

Najwa di sebelah hanya mengangguk.

Iman Nadhirah senyum kecil. Ingatkan apalah tadi.

"Ha ni lagi satu aku nak tanya, sejak bila kau pakai cincin?" Qaira bertanya lagi sambil meraih tangan kanan Iman Nadhirah. Tersarung cincin yang nampak simple di jari manisnya.

"Dulu bukan ke beria-ia kau tolak pemberian Hilman yang bagi kau cincin sebagai anniversary korang? Macam yang kau cakap, kau tak minat nak pakai barang perhiasan terutamanya cincin kecuali sebab kau dah kahwin," tambah Qaira lagi.

"Ke... kau memang dah kahwin?" soal Najwa dengan senyuman nakalnya.

Kamu sangat nakal, nakal, nakal, nakal. Serta-merta lagu Ayda Jebat bermain di fikiran Iman Nadhirah. Namun, dia tayang muka selamba. Tidak cuak, tidak juga gementar.

"Tapi... menipulah kalau kau dah kahwin. Aku anggap kau dah start suka pakai benda-benda macam ni," putus Najwa.

"Hmm... aku setuju," sahut Qaira.

Iman Nadhirah menjungkitkan kening sebelah. "Kau orang tak percaya kalau aku kata aku dah kahwin?"

Kedua-dua orang gadis itu menggeleng.

"Sebenarnya, aku memang dah kahwin," beritahu Iman Nadhirah dengan wajah penuh tenang.

"Kau ingat aku nak percaya?" soal Qaira. Dia memeluk tubuh.

Najwa bertanya, "Dengan Hilman ke? Itu ke maksud kau, yang kau dah putus dengan dia?"

Iman Nadhirah menggeleng. "Nope. Aku kahwin dengan seseorang yang kau orang tak kenal."

Qaira menggeleng kecil. "Entah apa-apa ajelah kau ni. Nak main-main pergi playgroundlah!" Dia terus berlalu meninggalkan mereka.

Iman Nadhirah dan Najwa saling berbalas pandangan. "Bad mood kut," Najwa cuba untuk berhusnuzon.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now