tiga puluh lima

2.5K 139 14
                                    

"Kau dengan Iman bukan baru kenal semalam kan?" tanya Irshad. Ketika itu Iman Nadhirah menyibukkan diri di tempat lain. Pastinya dia tidak mahu bersua muka dengan Zafriel Adrian setelah dimarahi seteruk itu.

Zafriel Adrian yang sedang memanggang ayam itu mengerutkan kening. Dia menoleh memandang Irshad. "Apa kau merepek ni? Tak adalah. Aku memang baru kenal dia semalam."

"Tipulah! Kalau kau baru kenal dia semalam, kau takkan panggil dia Nadhirah. Kau juga takkan marah teruk-teruk macam tadi. Dia budak baru lagi kut. Janganlah takutkan dia. Tambah lagi hari ni hari pertama dia," Sempat Irshad menyelit teguran.

"Mana adalah. Aku saja aje panggil dia Nadhirah sebab nama tu sedap. Pasal marah tu, dia yang tak ikut arahan aku, padahnya!" dalih Zafriel Adrian.

"Kau boleh tipu orang lain tapi bukan aku. Aku kawan baik kau dari zaman uni tau? Pasal nama tu, dia nak orang panggil dia Iman, bukan Nadhirah. Tapi suka hati kau aje panggil nama dia yang lagi satu. Kau marah dia pun teruk macam kesalahan dia tu umpama membunuh 1001 orang. Padahal kesalahan dia cuma tak ikut arahan aje."

Zafriel Adrian merengus. "Yang kau nak bela sangat budak tu kenapa? Kalau suka sangat dia ambiklah jadi pembantu kau. Semak aje dia kat ruang aku!"

Irshad terdiam. Ataupun Zafriel sendiri yang tidak suka ada pembantu? Lelaki itu sudah menjadi cef di sini hampir setahun. Dalam tempoh itu, dia memasak sendiri tanpa bantuan orang lain.

"Assalamualaikum."

Mati terus lamunan Zafriel Adrian tentang perbualannya dengan Irshad semalam. Dia tahu siapa empunya suara itu. Dengan suara perlahan, dia menjawab salam. "Kau nak apa datang awal-awal pagi ni? Kau dah tahu kan pekerja sini datang pukul berapa? Ikut sajalah dia orang."

"Kalau kau boleh datang awal pagi, kenapa aku tak boleh? Lagipun, aku nak minta maaf pasal semalam. Sepatutnya aku ikut arahan kau bukan sesuka hati dengar kata Irshad." Iman Nadhirah menunduk. Dia bermain dengan jari-jemarinya.

Zafriel Adrian terbungkam. Sejak bila dia tahu nak mohon maaf bila buat salah? Mesti Hilman yang ajar. Zafriel Adrian menyentuh dadanya yang terasa sesak. Dia masih lagi berdiri membelakangi Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah mengangkat wajah apabila lelaki itu tak berkata apa-apa. "Aku tahu aku salah. Tapi tolonglah maafkan aku," rayunya.

Zafriel Adrian melarikan anak matanya memandang bahunya. "Kau dah janji kau tak nak ganggu hidup aku lagi, tapi kenapa kau ganggu jugak? Kau memang saja tak nak bagi aku hidup dengan tenang kan?" soalnya dengan suara menahan dada yang kian sesak.

Iman Nadhirah terkebil-kebil. Pasal itukah lelaki itu memilih untuk berdingin dengannya. "Aku... aku..."

"Lupakan," potong Zafriel Adrian. "Aku nak kita jangan ungkit pasal kisah lama."

Mata Iman Nadhirah bercahaya. "Kau maafkan aku? Kita boleh berkawan balik? Macam dulu?"

Zafriel Adrian memusingkan badannya menghadap Iman Nadhirah. "Tak. Aku nak kita berlakon yang kita tak pernah kenal sebelum ni. Pertama kali kita kenal waktu di bilik Encik Bakri. Kalau tak, aku mintak Encik Bakri tukarkan aku ke cawangan yang lain."

Iman Nadhirah terbungkam. Mulutnya bergetar. Dadanya terasa sesak. Begitu sekalikah rasa benci Zafriel Adrian padanya? "Deal or not?"

Nak tak nak Iman Nadhirah mengangguk. Dia memang tiada agenda tapi sebenarnya sejak dia tahu Zafriel Adrian bekerja di situ, dia ingin memulihkan kembali hubungan mereka berdua. Tapi dia tidak menyangka hubungan mereka bukan saja ingin pulih malah makin retak!

Zafriel Adrian memusingkan badannya kembali membelakangi gadis itu. Maafkan aku, Iman Nadhirah.

Sudah dua minggu hubungan Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian kembali pulih sewaktu mereka menjalankan tugas. Tanpa sedar sekali lagi mengundang rasa musykil dan curiga para pekerja Restoran Dapur Cinta Manisah.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now