Author Tumpang Bebel

1.9K 58 9
                                    

Heyyo!

"Woi, islam ke kafir? Bagi salam lah!" - Iman Nadhirah

Aduh, sibuk je!

"Dah menumpang buat cara menumpang." - Zafriel Adrian

Aduh, apahal korang ni? Janganlah marah author tak update bab dulu-dulu tu. Janganlah treat kita macam ni. Halamak! Tanpa aku, korang tak wujud tau?! -*Author naik hangin*

"Oi sabar, sabar. Cool down. Chill. Author serabut tu lagi seminggu keluar result." - Fahmi

Diam. Aku tak nak dengar pasal tu. Dah syuh.. Shooting balik!

1,2,3 ACTION!

Assalamualaikum korang. Sihat dak? Lama tak jumpa readers HT/CTPH ni. Weh, aku tumpang bebel sat na? Bukan bebel lah, more to luah. Aku tak de buat buku luahan, so aku bebel kat sini aje sebab kat sini adalah saksi kehidupan aku selama 3 tahun. Yelah, aku start tulis HT/CTPH ni masuk sekolah form 3, pastu habis form 4. Form 5 buat yang edited punya. Jadi cerita ni sebenarnya banyak menyimpan suka duka aku di alam realiti.

Tak faham?

Takpe.

Sejujurnya lah, aku tak ada rasa apa-apa bila tarikh result keluar. Aku tak kisah aku dapat berapa A, apa semua tu. Setakat ni aku cuma fikir, "aku nak pakai baju apa?"

Itu aje.

Aku dah kata dulu, tahun lepas tahun super duper struggle untuk aku. Banyak pahit manis yang aku lalui. Then, the feeling nak lari dari rumah pun timbul dalam minda ni.

Aku target dari awal tahun 2018, I know that 5 subjek aku mampu dapat A. Hanya 5, kadang rasa tak mampu dapat lebih pun. I just know aku tak boleh beat my sister. Then bila keluar tarikh, aku tak rasa apa. Isi borang upu, I feel happy. Seronok and tak sabar nak try benda baru, nak belajar benda baru, meet new people, new surroundings. Tapi bila my friend yang hampir sama situasi dengan aku (tapi of course beban yang kita orang pikul is not the same, ujian Allah kan lain-lain?) I just realise something.

Kalini memang sukar aku nak terima kalau berlaku lagi. Sebabnya?

Sebelum tu birthday aku.

Hari result tu birthday kakak aku.

Memang lah dah lepas kiranya, but bila birthday sebelah-sebelah feel dia macam kita sambut dua hari birthday tau tak? (walaupun aku tak suka)




.....Beberapa hari berlalu, aku sambung tulis....




Hari demi hari berlalu, aku kembali jadi no feeling. Macam tak nak tahu result pun ada sebab dah tawar hati maybe. Sehari sebelum, my birthday aku hangout dengan kawan-kawan macam esok bukan hari keluar result. Happy-happy, fikir esok nak jumpa kawan sekelas, cikgu-cikgu. Tu je.

The night before aku tidur awal but end up bangun pukul 1 pagi. Aku cuba nak lupakan lagi lebih kurang 9 jam aku dapat result, so aku dengarlah lagu. Cari idea cerita, tapi kejap je sebab tak puas hati. Aku still ada rasa macam bulu roma meremang maybe sebab risau, takut, nervous so on. Aku korbankan beberapa ringgit untuk beli internet, sebab kuota internet aku habis, hahaha.. Aku ambik keputusan bukak laptop tengok drama pakai hotspot sendiri sebab Wifi lembab😂 sampai tak tidur langsung.

I don't need to worry nak gosok baju ke tudung sebab dah memang bergosok awal. Pukul 10 lebih baru aku datang sekolah.

Acah datang naik kereta padahal rumah sebelah sekolah.

Hesy, aku bawak barang banyaklaa.. Hadiah untuk my friend sebab kitorang ada janji buat tukar-tukar hadiah, makanan untuk potluck with classmates and cikgu lepas habis ambik result.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now