R A Y A 1

3.4K 151 7
                                    

Zafriel Adrian bersemangat memasak untuk pelanggannya. Tidak lama lagi bulan puasa bakal menjelma. Restoran hanya akan buka sebelah petang sehingga ke malam. Dia risau juga jikalau tidak dapat berbuka puasa dengan isterinya. Tambahan pula tahun ini dia menyambut bulan puasa berdua dengan isteri bukan dengan keluarga.

Sebut pasal isteri terus rasa rindu bertandang dalam jiwa. Padahal baru saja pagi tadi mereka bertemu. Dia menyiapkan hidangan lalu diletakkan di ruang pada tingkap yang menghubungkan bahagian dapur dan ruang makan pelanggan.

"Cef Zafriel, Encik Bakri panggil."

Zafriel Adrian mengelap tangannya pada apron baju. Dia berjalan menuju ke bilik majikannya. Bersama dengan ketukan pada pintu dan salam, dia membuka daun pintu tersebut. "Ada apa encik cari saya?"

Encik Bakri menutup fail di hadapannya. "Kamu tahu bukan saya dan isteri saya baru berpindah ke Damansara?"

Zafriel Adrian hanya mengangguk. Tekun mendengar bait kata majikannya itu.

"Cawangan restoran ni dah cukup pemantauan. Pekerja-pekerja juga cekap melaksanakan tugas. Jadi, saya ingin menumpukan perhatian cawangan lain. Walaupun ini main branch kita, tak semestinya cawangan ini saja yang perlu diberi perhatian. Saya percaya awak, Zafriel. Jadi, saya mahu awak uruskan restoran ini sebaiknya. "

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Masih keliru. "Maksud encik?"

"Awak akan jadi pengurus. Irshad akan menggantikan tempat awak sebagi head chef. Dua minggu sebelum bermula bulan puasa ni, saya mahu awak melatih dan memberi tunjuk ajar. Selain itu, awak juga akan diberi tunjuk ajar dalam mengurus perniagaan restoran ini. Masuk saja bulan puasa, secara rasmi awak sudah naik pangkat jadi pengurus."

"Tapi Irshad tak pandai lagi reka resepi sendiri."

"Jadi, itu tugas awak untuk beri tunjuk ajar. Takkan saya mahu uruskan restoran ini selama-lamanya. Awak pekerja yang paling saya percayai, kalau boleh saya mahu serahkan tugas mengurus ni pada awak. Cawangan lain saya tak risau mahu cari pengurus. Saya mahu jaga cawangan ni sebaiknya. Saya yakin awak boleh lakukan tugas ini, Zafriel."

Zafriel Adrian diam tidak terkata.

"Kau naik pangkat?" soal Iman Nadhirah setelah habis mendengar khabar dari Zafriel Adrian.

"Hmm..."

"Baguslah tu! Nanti ambik aku jadi pekerja, bosanlah duduk rumah seorang. Dahlah bulan puasa nanti kau kerja malam." Iman Nadhirah cebik.

Dulu dia tidak terasa sangat sunyi di rumah. Dah lama ni baru terasa. Ada anak tak apalah juga boleh hiburkan hati. Ini tak ada sesiapa di rumah, bercakap dengan dinding sajalah kerjanya.

"Hesy kau ni, dulu kata tak nak kerja."

"Tu dulu."

Zafriel Adrian geleng kecil. Dia capai cawan kaca di atas meja itu lalu diminumnya. Ketika itu mereka berdua duduk bersantai di halaman rumah sambil minum teh O yang disediakan oleh Iman Nadhirah.

Bunyi enjin kereta di rumah sebelah mengalihkan perhatian mereka berdua. "Hai Kak Yu! Beli barang dapur?" tegur Iman Nadhirah.

Kak Yu atau namanya Yusrina yang sudah ada tiga orang anak itu masih lawa dan nampak muda. Dia sudah lama tinggal di sebelah kanan rumah mereka. Mesra juga orangnya. Kadang-kadang dia rajin menghantar makanan yang dimasak lebih ke rumah Iman Nadhirah.

"Haah. Ni bawak budak-budak ni jalan. Terperap kat rumah main handset saja mana otak tak berkembang. Akak dah kata kat Abang Muiz tu jangan dibagi budak-budak ni main telefon, dia bagi jugak. Katanya kesian. Hesy, nasib laki akak, kalau orang lain. Ish! Zafriel, kau pun jangan bagi anak nanti main telefon sangat. Bagi dia belajar main mainan tradisional sikit!"

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now