dua puluh satu

2.6K 158 31
                                    

Kringg!!

Loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat sudah bermula. Iman Nadhirah dan Intan berlumba-lumba keluar dari kelas. Ainnur pula mengemas barang-barangnya di atas meja. Darmia yang bersembunyi di sebalik pintu kelas 3 Teratai mengetap bibir.

Aduh, Ainnur ni lambat pulak dia nak keluar! Getusnya.

Rasa untung menerpa diri Darmia kerana ditugaskan menjaga blok kelasnya. Ada satu misi yang perlu dia selesaikan.

Ainnur menapak keluar dari kelas. Tidak sampai beberapa langkah dia mematikan langkah. Hati terasa seperti ada seseorang di belakangnya. Dia memberanikan diri untuk menoleh.

Tiada sesiapa.

Ainnur menjungkitkan bahu. Dia menyambung langkahnya.

Darmia memegang dadanya yang berombak laju. Hampir-hampir saja kantoi! Dia bangun lalu melangkah menuju ke tempat duduknya. Poket di dalam beg diseluk. Sehelai kertas yang dilipat kecil dibuka perlahan.

Itulah benda yang diletakkan oleh pelajar lelaki yang dikatakan Humaira. Sewaktu ingin membawa keluar alat tulis dan buku, mata tertancap pada kertas yang mendarat di atas kotak penselnya. Seingatnya, dia tidak pernah menyimpan kertas berlipat di dalam beg. Kalau ada sekalipun, fail akan menjadi tempat menyimpan kertas-kertas latihan dan surat sekolah. Dariu tadi, mahu saja dia membuka lipatan itu dan membaca isinya tetapi niatnya dimatikan. Bimbang kalau rakan-rakannya mengetahui hal itu.

Kertas lipatan itu dibuka. Terpampang satu tulisan yang amat dikenalinya. Kening Darmia berkerut. Siapa punya tulisan ni eh?

Setiap bait kata yang ditulis dibaca. Habis saja baca, dia menekup mulutnya. Jujur dia terkejut membaca pengakuan itu. Laju disimpannya di dalam poket kecil begnya.

Kemudian, dia keluar dari kelas memulakan tugas yang sepatutnya.

Seisi kelas 3 Teratai bising kerana cikgu mata pelajaran seterusnya belum muncul. Ainnur dan Intan sedang membuat latih tubi matematik. Iman Nadhirah pula menyiapkan kerja sekolah BM. Darmia? Dia merayau sekeliling kelas mencari jawapan untuk soalan Sains yang tidak dapat dijawab.

Iman Nadhirah menulis karangannya. Tiba di perenggan kedua, dia sudah tergaru kepala. Buntu mahu tulis apa. Matanya meliar ke sekeliling kelas mencari kelibat Darmia.

Tiada.

Kening Iman Nadhirah berkerut. Dia bangun dari kerusi lalu berjalan mendekati meja Shafiq. "Shafiq, tadi Mia datang sini kan? Dia kat mana? Aku tak nampak pun dia dalam kelas."

Shafiq mengetuk hujung pen pada dagu. "Ha, tadi dia tolong si Muiz hantar buku Sains dekat Teacher Adila. Kenapa?"

Iman Nadhirah merengus. Laaa... aku baru nak minta tolong dia. Iman Nadhirah menggeleng kepala sebelum kembali ke tempat duduknya. Beg jenama Converse milik Darmia dikerling. Dia berkira-kira sama ada mahu mengambil buku Karangan kawannya itu atau tidak.

Iman Nadhirah akhirnya membuat keputusan. Ah, aku cuma nak tengok karangan dia kut kalau boleh muncul idea. Bukannya mencuri!

Beg yang sudah terbuka zipnya dimasukkan tangan. Dia mencari-cari buku karangan Darmia. Setelah jumpa dia membelek.

Tak lama kemudian, Darmia masuk ke kelas. Sejurus selepas dia masuk ke kelas, Cikgu Wati masuk untuk meneruskan pelajaran.

"Mia, buku karangan kau aku ambik tadi tau? Aku nak pinjam. Esok aku pulangkan. Lagipun, kau dah siap kan?" Iman Nadhirah menunjukkan buku karangan Darmia.

Darmia hanya mengangguk. Dia memang tidak marah kawannya menyelongkar begnya. Lagipun, bukan ada barang berharga pun.

Petang itu, kelas tutor bersama Zafriel Adrian dijalankan lewat daripada biasa disebabkan lelaki itu menjalani latihan bola sepak. Tinggal lagi beberapa hari kejohanan bola sepak akan diadakan.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now