empat puluh sembilan

3K 157 18
                                    

Iman Nadhirah membuka matanya perlahan-lahan. Matanya memandang sekeliling kamar. Rasa sesuatu yang pelik. Ditambah lagi apabila nampak Zafriel Adrian baru keluar dari bilik air. Wajahnya kelihatan cemas. Mata Iman Nadhirah tertancap pada jam dinding. Terbuntang matanya luas. 8.15 pagi! Terus melompat gadis itu dari katil.

"Zafriel! Apasal kau tak kejutkan aku? Oh no! Dah lambat sangat ni!"

"Aku pun baru bangun, macam mana nak kejut kau lagi? Aku pun dah lambat ni tau tak? Hari ni diorang nak bukak restoran awal."

Kelam kabut Iman Nadhirah mengambil tuala mandinya dan masuk ke dalam bilik air. Zafriel Adrian pula tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja. Selesai berpakaian, dia terus turun ke bawah. Niatnya ingin tunggu Iman Nadhirah di kereta sahaja.

Tak sampai 15 minit, Iman Nadhirah muncul dengan tudung shawl dililit pada leher. Terkocoh-kocoh dia menyarung sandal dan mengunci pintu utama. Zafriel Adrian menghidupkan enjin kereta. Sebaik sahaja isterinya masuk ke dalam kereta, dia memecut laju keluar dari halaman rumah.

Iman Nadhirah memakai shawl dengan cara yang betul sambil melihat cermin. Suasana di dalam kereta itu sunyi tanpa sebarang suara. Masing-masing fokus nak sampai ke destinasi yang ingin dituju. Mungkin juga memikirkan alasan munasabah untuk diberi atas kesalahan lewat ke kuliah dan tempat kerja. Iman Nadhirah merungut-rungut dalam hati. Rasa bengang kerana tidur lena sampai tak sedar langsung bunyi alarm. Bunyi alarm? Ada set ke malam tadi?

Zafriel Adrian pula cuba mengekalkan riak wajah tenang. Padahal dalam hati rasa gundah-gulana. Bimbang dia dipecat kerja memandangkan pernah digantung sebelum ini. Ah, kenapa pulak harini boleh terlewat bangun?

Sampai di perkarangan universiti, Iman Nadhirah terus menyalam tangan suaminya ala kadar dan keluar dari kereta. Laju kakinya melangkah ke bilik kuliah. Dalam hati tidak berhenti berdoa agar pensyarahnya tidak masuk awal.

Zafriel Adrian tidak berlengah, dia terus menekan pedal minyak. Memandu keluar dan mengekalkan hala tuju ke tempat kerja.

"Lambatnya kau sampai, Iman?" tegur Qaira sejurus selepas Iman Nadhirah masuk ke dewan kuliah.

Nasib gadis itu baik kerana dia cepat pecut sebelum pensyarahnya masuk. Bekas atlet sukan sekolah kan? "Entahlah, aku lupa nak kunci jam kut? Sampai Zafriel pun lambat harini."

Najwa dan Qaira hanya menggeleng kecil. Apalah gadis itu buat malam nanti sampai lupa nak kunci jam?

Biarlah... hal suami isteri, jangan disibuk!

Sementara itu, sepanjang hari Zafriel Adrian asyik tersenyum lebar. Moodnya begitu baik sampaikan kena bebel dengan Puan Manisah pun dia boleh senyum aje. Terus tak lama Puan Manisah membebel melihat muka ceria Zafriel Adrian. Dia malas mahu melayan, terus masuk ke pejabat. Keceriaan di wakah Zafriel Adrian mengundang curiga buat para pekerja yang lain. Qaid dan Adam duk tepuk-tepuk bahu Irshad yang sedari tadi asyik perhati ketua cef mereka.

"Weh, dia dah kena sampuk ke?"

"Seriau aku tengok si Zafriel tu."

"Macam mana kalau tu bukan Zafriel? Weh, cef kesayangan aku!"

"Apa Iman dah buat kat dia sampai jadi macam ni?"

"Astaghfirullah. Kena azan sekali kat telinga tu."

"Jap, jap. Aku call Haji Umar suruh dia azankan anak dia ni balik."

"Woi, woi! Kau orang ni apahal?" marah Irshad yang sedari tadi diam. Kecoh betul mamat berdua ni!

Si Qaid ni dulu jenis tak ambik kesah pun, la ni dah jangkit dengan perangai si Adam dengan Hazqellah ni!

Adam dan Qaid sengih. Mereka menyapu bahu yang menjadi mangsa pukulan mereka. Irshad menepis tangan mereka berdua. Geli pulak aku! Dia mendekati Zafriel Adrian yang sedang berehat itu. Adam dan Qaid turut sama mengekor.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now