tiga puluh lapan

2.6K 142 13
                                    

Zafriel Adrian mengenggam kuat stereng kereta. Matanya dikecilkan melihat Iman Nadhirah yang ditarik ke muka pintu rumah. Gadis itu kelihatan seperti tidak rela ingin memasuki rumah itu. Ingin sahaja dia keluar selamatkan tunangnya itu tetapi niatnya itu segera dimatikan. Bimbang mereka tahu bahawa mereka diekorinya. Zafriel Adrian menjeling jam pada dashboard kereta sekilas. 11.49 malam.

Dahinya berkerut-kerut. Kenapa mamat tu bawak Iman ke sini? Secara paksa pulak tu. Jangan-jangan...

Dumm!!

Kilat memancar di langit yang gelap. Hujan lebat mulai turun. Terhinjut sedikit bahu Zafriel Adrian terkejut. Beristighfar dia dalam hati sebelum memandang kembali tingkap bilik yang diterangi cahaya lampu itu. Dia tidak dapat lihat apa-apa disebabkan langsir yang tergantung di bilik itu.

Tiba-tiba, dia terdengar suara jeritan yang amat dia kenali.

"IAAANNNNNN!!!"

Zafriel Adrian terus menanggalkan tali pinggang keledar dengan laju. Pintu keretanya dibuka. Dia memecut ke muka pintu yang sedia terbuka itu. Hujan yang turun dengan lebat langsung tidak dipedulikannya. Sampai ke tingkat atas, dia mencari-cari bilik yang diduduki Iman Nadhirah. Semua bilik itu ditutup rapat. Tetapi hanya satu bilik sahaja yang terdapat cahaya lampu di celah-celah pintu.

Zafriel Adrian memulas tombol pintu tetapi tidak berjaya. Pintu itu berkunci. Dia berundur ke belakang sedikit lalu dia pun berlari ke arah pintu.

DUMM!!

Pintu itu terbuka terus selepas ditolak dengan bahu kanan Zafriel Adrian. Terbuntang matanya melihat tubuh Iman Nadhirah yang sudah tidak bertudung ditindih Hilman. Tanpa berlengah, dia menarik Hilman menjauhi gadis itu. Dia memberikan beberapa tumbukan di muka dan beberapa tendangan di anggota badan Hilman yang lain.

Hilman rebah. Langsung tidak melawan kembali Zafriel Adrian. Dada Zafriel Adrian berombak laju. Rasa ingin bunuh sahaja Hilman kerana telah cuba menodai kesucian Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah yang menangis tersedu-sedu di atas katil didekati Zafriel Adrian. Matanya tertancap pada kain tudung di atas lantai. Tudung shawl itu sudah pun terkoyak sedikit akibat direntap kuat oleh si Hilman tadi. Zafriel Adrian mengambil kain tudung itu lalu dihulurkan pada gadis itu. Jaket jeans yang tersarung di tubuh ditanggalkan juga dihulurkan pada gadis itu.

Iman Nadhirah langsung tidak menyambut. Sebaliknya dia mendakap erat tubuh Zafriel Adrian. Wajahnya disembam pada dada lelaki itu. Zafriel Adrian terkedu. Dia hanya membiarkan. Tidak menolak, tidak juga dibalas.

Mungkin gadis itu perlu bertenang dahulu.




☕☕☕☕



ZAFRIEL Adrian sesekali menjeling Iman Nadhirah yang leka memandang ke luar tingkap. Dari tadi tiada sebarang suara keluar dari mulut gadis itu. "Aku hantar kau balik eh?" Zafriel Adriam cuba memulakan perbualan.

"Tak nak!"

Tersentak lelaki itu mendengar bantahan Iman Nadhirah. Keningnya berkerut. "Laa.. kenapa? Kalau aku tak hantar kau ke rumah kau, kau nak aku hantar ke mana? Hutan?"

"Rumah kau."

"Hah?!" Serentak Zafriel Adrian brek mengejut.

"Kau ni gila ke apa? Tak serik? Walaupun aku ni bukan macam Hilman, tapi tak payahlah suruh aku hantar ke rumah aku."

Iman Nadhirah menjeling lelaki itu tajam. "Kau tinggal rumah mana?"

"Rumah umi akulah. Rumah mana lagi?"

"Ha, rumah umi kau tu, ada umi kau, ada Rina kan? Bukan kau seorang! Apa ingat aku ni tak tahu halal haram ke?" gumam Iman Nadhirah geram. Sudahlah rasa tidak selesa dengan tudung dililit ala kadar. Baju yang terkoyak sikit bahagian bahu ditutupi dengan jaket Zafriel Adrian.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now