empat puluh

2.9K 159 2
                                    

Zafriel Adrian pulang ke rumah dalam keadaan termengah-mengah. Dia memandang jam di dinding ruang tamu itu. 9.30 pagi. Lama juga dia berjoging pagi itu sampai lupa akan rasa sakit yang dialami. Sebenarnya dia bukan berjoging sangat, lebih kepada berjalan. Masanya banyak terluang di tempat lepaknya di atas bukit.

Cakap tentang rasa sakit, serta-merta belakang badannya terasa sakit. Zafriel Adrian mengaduh kecil. Dia memegang belakang badannya. Perlahan-lahan kaki yang turut terasa sakit akibat tendangan kuat sang isteri mengatur langkah ke dapur. Perut sudah mula berkeroncong.

Pandangannya menyapa Puan Sri Ilyana yang sedang mengemas meja makan. "Ha, Zafriel! Pergi mana tadi?"

Zafriel Adrian menghulurkan senyuman. "Jogging sikit tadi." Dia kemudiannya berjalan ke peti ais. Ingin membasahkan tekak yang terasa kering.

Puan Sri Ilyana mengangguk faham. Keningnya berkerut melihat Zafriel Adrian tidak berjalan seperti orang normal. "Eh, kenapa jalan terdengkot-dengkot tu?"

Zafriel Adrian tersentak. "Err... tersadung tadi waktu joging," temberangnya.

"Ouh. Bukan jatuh katil ya?" tebak Puan Sri Ilyana.

"Bukan. Bukan." Laju Zafriel Adrian menafikan persoalan itu.

"Okay. Ni kalau nak makan, bihun ada dalam kuali. Nadzir tadi ada cari kamu, tapi Irah kata dia tak tahu kamu ke mana."

Zafriel Adrian hanya mengangguk kecil. Dia mengambil sebotol air lalu dituangkan air ke dalam cawan. Diteguk air itu rakus. Habis secawan, dia mengelap mulutnya dengan belakang tangan.

"Mama ke depan dulu ya?" Puan Sri Ilyana meminta diri.

Zafriel Adrian berjalan hati-hati ke kerusi. Kakinya diangkat ke atas kerusi di sebelahnya. Dia mengurut perlahan bahagian yang sakit.

"Padahnya! Dah tahu sakit kaki lagi nak berjoging! Kan dah makin sakit. Padan muka kau, Zafriel!" Bebelnya pada diri sendiri.

Zafriel Adrian baring meniarap di atas katil empuk. Matanya dipejam erat. Sesekali terfikir, adakah malam ini dia perlu tidur di atas lantai? Dia berdesis perlahan. Dalam keadaan belakang badan dan kaki sakit, mampukah dia tidur di atas lantai?

Kalau ada sofa dalam bilik ni, tak apalah juga. Zafriel Adrian mengeluh perlahan. Nasib kaulah dapat isteri yang tak rela nak berkahwin. Serta-merta telefonnya berbunyi.

Dengan rasa malas, Zafriel Adrian mencapai telefon yang diletakkan di atas almari kecil sebelah katil. Tanpa melihat nama pemanggil, dia menjawab panggilan tersebut. "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila tinggalkan pesanan selepas bunyi nada, beep."

"Oi, kau ingat aku tak tahu tu suara kau?" teriak orang di sebelah sana.

Zafriel Adrian mengeluh. Ingatkan mamat ni nak letak, tak jalan juga penipuan aku. "Hmmm... Apa kau nak?"

Zafriel Adrian dapat merasakan si Fahmi sedang tersengih seperti kerang yang tersangat busuk itu. "Macam mana feeling lepas kahwin?"

"Yang kau sibuk nak tau ni kenapa? Nak kahwin sangat ke?" sindir Zafriel Adrian pedas.

Fahmi memuncungkan mulut. "Alaaa... tahulah dah ada bini. Kawan dilupakan. Cam nilah kau... aku tanya aje, itu pun nak marah."

Zafriel Adrian tertawa kecil. "Sejak bila kau pandai merajuk ni, Mi? Aku gurau ajelah. Okey aje. Cuma Nadhirah masih tak boleh terima. Kau tau, pagi tadi dia tendang aku jatuh katil. Sumpah sakit belakang aku! Dah tendang, bukan nak tolong aku sapu ubat ke apa ke..."

Kedengaran Fahmi gelak besar di hujung talian. "Kesian kawan aku ni, baru hari pertama dah kena tendang. Tu nasib baik tendang jatuh katil, kalau tendang keluar rumah macam mana?"

Hero Troublemaker (edited)Onde histórias criam vida. Descubra agora