sembilan

2.8K 174 31
                                    

Setelah lama berjalan, akhirnya mereka tiba di suatu kawasan di dalam Sunway Piramid itu. Di hadapan Zafriel Adrian dan Iman Nadhirah kini adalah gelanggang ais dimana orang meluncur ais.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Nak buat apa mamat ni bawak aku ke sini?

"Jom!" ajak lelaki itu. Dia terus berjalan ke hadapan. Iman Nadhirah hanya tercegat di situ. Tidak mengikut lelaki itu tidak juga berundur.

Zafriel Adrian berhenti berjalan tatkala menyedari Iman Nadhirah tidak mengikutnya. Dia menoleh ke belakang. Iman Nadhirah yang masih tercegat itu dihampirinya. "Kau ni okey ke tak? Aku bukannya ajak kau pergi tempat yang tak elok. Aku ajak kau ice skating saja..."

Iman Nadhirah membulatkan matanya. "Ice skating? Aku mana pernah buat benda alah tu seumur hidup aku!"

Zafriel Adrian menggelengkan kepala. "Just relax. Aku ada. Jom!" Lelaki itu menarik hujung lengan baju Iman Nadhirah.

Baru sahaja ingin melangkah, Iman Nadhirah menghalang, "Ta.. tapi mesti mahal nak masuk. Kena sewa kasut, glove lagi." Sengaja dia mereka alasan agar dapat mengubah fikiran Zafriel Adrian. Padahal bukan dia tidak mampu membayar. Diakan Iman Nadhirah binti Tan Sri Nazmi!

Zafriel menjulingkan mata ke atas. Ya Allah, minah nilah, banyak benar alasannya! "Jangan risau aku bayarkan. Jom! Tak ada tapi-tapi dah. Sekali lagi aku dengar kau sebut perkataan tu, aku heret kau terus ke gelanggang ais. Nak?"

Iman Nadhirah menggeleng laju. Zafriel Adrian melangkah ke kaunter. Iman Nadhirah hanya menurut tanpa bantahan.

Setelah membuat perkara yang patut, termasuk memakai sarung tangan dan kasut, mereka berdua masuk ke dalam gelanggang ais. Iman Nadhirah berasa takut. Dia takut kalau-kalau dia akan terjatuh di khalayak ramai. Kalau betul-betul terjadi, muka aku nak sorok mana?

Zafriel Adrian menyedari gadis itu masih takut, dia menarik tangan gadis itu.

Iman Nadhirah terkejut kerana tiba-tiba sahaja Zafriel Adrian memegang tangannya. Laju dia memukul tangan lelaki itu dengan kuat. "Ish, kau ni, agak-agaklah pun! Bukan muhrim!"

Zafriel Adrian mengeluh. "Dah tu, kau nak terus tercegat kat sini? Aku nak bantu, tapi dah kau tak bagi, tak apalah. Aku nak pergi skate seorang diri. Bye!"

Iman Nadhirah laju menghalang. "Eh, nanti!"

Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah.

"Sorry. Aku, aku takut sebenarnya," terang Iman Nadhirah.

Jika diikutkan hati, mahu sahaja Zafriel Adrian mentertawakan gadis itu. Harap saja troublemaker sekolah tapi, ice skating pun takut! Namun, apabila melihat wajah Iman Nadhirah yang betul-betul takut itu, terbit rasa kasihan di dalam hati. Zafriel Adriam menghulurkan tangan.

Iman Nadhirah teragak-agak untuk menyambutnya. Namun, apabila difikir, mereka berdua memakai sarung tangan, dia pun merelakan saja.

"Slow-slow dulu. Nanti jatuh tak pasal-pasal dapat malu. Kau ni, roller blade pun tak pernah main ke?"

Iman Nadhirah menggeleng kepala. "Teringin tapi takut."

Zafriel Adrian hanya menggeleng kecil. "Kau nak takutkan apa? Kalau jatuh sekalipun, kau dapat malu. Bukannya boleh membawa maut pun." Hampir tergelak dia mendengar kenyataan bahawa Iman Nadhirah, Cik Troublemaker takut mahu bermain roller blade dan meluncur ais!

Iman Nadhirah menjeling tajam lelaki itu. "Kau ingat malu tu boleh hilang dalam sekelip mata ke?"

"Kau ingat orang lain kenal kau ke kalau kau jatuh sekalipun?"

Hero Troublemaker (edited)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt