tiga puluh enam

2.4K 144 4
                                    

Zafriel Adrian menghidupkan enjin motornya. Dia baru ingin menyarungkan helmet pada kepala, Hajah Aminah menegur. "Nak ke mana, Zafriel? Kata nak pergi keluar dengan Irah."

Zafriel Adrian menggaru leher. Aduhai, mana umi tahu ni? Mesti Rina punya kerja! "Nak pergilah ni."

"Naik motor? Agak-agaklah! Kamu nak bawak Zakwan dengan Irah naik motor sekali," bantah Hajah Aminah.

Zakwan yang berdiri di belakang abangnya tersengih. Zafriel Adrian menepuk dahi perlahan. "Astaghfirullah... takkanlah nak bawak dia naik motor, umi. Haram tu! Kalau tak haram sekalipun, mana boleh bawak tiga orang sekaligus! Kena saman dengan polis nanti!"

"Lorrr.. habis tu, Irah naik apa?"

"Abang dia hantarlah."

"Eh, ada ke gitu? Kamu nak keluar dengan dia, kamulah kena jemput dia. Baru gentleman. Tu ha, kereta kamu, dah berbulan-bulan tak bawak. Nasib baik Rina kadang-kadang bawak kereta kamu pergi kelas. Abi pun ada panaskan enjin hari-hari. Pakailah. Karang esok lusa kamu pakai, dia buat hal, macam mana? Kalau kereta tu hidup, memang dia merajuk dengan kamu dua tahun," bebel Hajah Aminah panjang lebar.

Zafriel Adrian menggaru kepala. Aduh, dah mula bebel dah umi aku ni! "Yelah yelah. Zakwan, pergi ambik kunci kereta kat dalam. Ni simpan helmet ni balik."

Zakwan hanya menurut arahan. Abangnya memang tak boleh menang kalau berperang mulut dengan uminya. Kalau boleh menang pun, dia akan mengalah. Al maklumlah... anak yang baik.

Zafriel Adrian terus menghidupkan enjin kereta. Dia memandang cermin pandang belakang dengan wajah tak percaya. "Laa... yang kau duduk belakang ni kenapa? Nak jadi bos? Duk depan! Abang bukan driver kau," bebelnya pendek.

Zakwan sengih. Dia ingat pesan kak ngahnya menyuruh dia mengupdate cerita pasal Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian. Jadi, dia memilih untuk duduk di belakang. Tak adalah nampak sangat dia jadi spy. "Alaaa... tak apalah abang. Nak kasi chance Kak Iman duk depan. Lagipun, lama tak duk belakang. Asyik duk depan aje."

Zafriel Adrian mengeluh. Tak habis-habis dengan kasi chance!

"Ha, ni dah bawak kereta. Pergilah jemput Irah. Jangan terus ke sana!" Sempat lagi Hajah Aminah memesan!

"Yelah umi!" sahut Zafriel Adrian. Pasrah sajalah. Dia membolos masuk ke dalam kereta. Dia mula memandu ke rumah Iman Nadhirah.

Tiba di hadapan rumah banglo dua tingkat itu, Zafriel Adrian berharap Iman Nadhirah sudah pergi. Tak mahu dia duduk satu kereta dengan gadis itu. Awkward! Tapi, malang tidak berbau apabila melihat Iman Nadhirah bersama dengan abangnya di depan pintu rumah.

"Abang, hantarlah Irah. Bukannya jauh mana pun!" pinta Iman Nadhirah.

"Tak nak. Kenapa si Zafriel tak jemput Irah? Dia yang nak keluar dengan Irah," bantah Iman Nadzir.

"Alaaa... abang! Takkanlah Irah nak duk satu kereta dengan dia? Malulah!"

"Oh, dengan Hilman tu boleh pulak?"

"Hilman tu lain. Dia dah memang boyfriend Irah. Abanggg.... Abang tak sayang Irah ke?" Iman Nadhirah membuat muka comel.

Malangnya keputusan Iman Nadzir tetap sama. "Tak. Tulah, abang suruh ambik lesen kereta tak nak. Ni kan payah nak ke mana-mana. Nasiblah! Papa dengan mama guna Pak Man. Padan muka!"

Sempat mengutuk tu!

Iman Nadhirah memuncungkan mulut. Pertikaman lidah antara mereka terhenti apabila melihat kereta yang tidak dikenali di hadapan rumah. Apabila melihat Zafriel Adrian keluar dari keretanya, kedua-dua beradik itu berpandangan sesama sendiri.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now