empat puluh enam

2.7K 157 6
                                    

Sampai ke penamat ekspedisi, Qaid menjadi orang pertama tiba. "Wohooo! Aku menang!" Dia menjulangkan tangannya ke atas.

"Ni bukan perlumbaanlah," balas Adam yang menjadi orang kedua tiba.

Zafriel Adrian menjadi orang ketiga dan seterusnya Irshad dan yang lain.

"Fuh, penat yang berbaloi! Dah lama betul aku tak berbasikal sejauh ni," ujar Irshad.

Zafriel Adrian mengangguk setuju. Dia mengeluarkan botol mineral di dalam beg sandang yang dibawanya bersama tadi. Usai minum, dia melihat kawan-kawannya. Ada yang sudah berbaring di atas tanah, ada yang masih tercungap-cungap, ada yang minum air dan macam-macam lagi.

Zafriel Adrian mula sedar seperti ada yang tidak kena. Keningnya berkerut. Matanya terarah pada kaum hawa. Hanya ada Najwa, Qaira, Alana, Atiqa dan peserta yang lain. Tiada langsung kelibat isterinya. Dia menuntun basikal mendekati mereka. "Nadhirah mana?"

Jantung lelaki itu berdegup kencang. Rasa yang hadir waktu melihat Ainnur muncul dengan beg sekolah Iman Nadhirah di sekolah lapan tahun lepas muncul kembali.

Baru mereka sedar ketidakhadiran Iman Nadhirah. Mereka melihat sekeliling. "Eh, tadi dia ada kat belakang kita orang!" beritahu Najwa yakin.

"Kenapa ni?" celah Irshad.

"Iman hilang!" beritahu Alana. Sedikit panik.

Tanpa melengahkan masa Zafriel Adrian naik basikalnya. Laju dia mengayuh masuk kembali ke dalam hutan.

"Woi, Zaff kau nak ke mana?!" teriak Irshad menarik perhatian orang lain.

Encik Bakri yang sedang berbual dengan fasilitator membuka mulut bersuara, "Apa yang berlaku?"

"Ada orang hilang, bos!"

"Siapa?"

"Iman Nadhirah."

🏕️🏕️🏕️🏕️


Sementara itu, Zafriel Adrian laju mengayuh basikal. "Nadhirah! NADHIRAH!" Laungnya sekuat hati. Rasa bimbang, takut, dan resah bersatu.

Sempat dia berdoa di dalam hati meminta perlindungan buat isterinya, Ya Allah, lindungilah isteri aku.

Zafriel Adrian tidak putus asa mengayuh dan memanggil-manggil nama isterinya. Sampai ke suatu kawasan seperti tebing, dia nampak basikal yang ditunggang Iman Nadhirah tadi.

Lelaki itu terus menghentikan kayuhannya. "Nadhirah?" Degupan jantungnya semakin laju. Nalurinya mengatakan bahawa gadis itu jatuh.

"Ian? Zafriel? Kau ke tu?" Sahut suara dari suatu arah.

Zafriel Adrian terkejut. Dia menghampiri tebing gunung itu. Perlahan-lahan dia mencangkung kemudian meniarap. Kelihatan Iman Nadhirah duduk di lebihan gunung yang bila-bila masa sahaja boleh jatuh.

"Bertahan kat situ kejap. Aku cuba fikir macam mana nak tarik kau."

Iman Nadhirah hanya mampu mengangguk.

Zafriel Adrian bangun kembali. Dia berjalan mundar-mandir cuba memikirkan alternatif lain. Serta-merta dia teringatkan tali yang dibawanya di dalam beg. Beg sandangnya diletakkan di atas tanah. Dibawa keluar tali itu. Seorang daripada fasilitator yang memberi alatan untuk menjalankan aktiviti itu yang berikan kepadanya. Katanya ia mungkin dapat membantu sewaktu dalam ekspedisi. Yang pelik, hanya dia sahaja yang dapat tali itu.

Argh, sekarang bukan masa untuk fikir hal itu! Zafriel Adrian kembali pada Iman Nadhirah. Diturunkan tali itu. "Ambil tali tu, ikat pada diri kau. Kau naik dengan berjalan dekat dinding ni. Aku tarik dari atas."

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now