lima puluh satu

3.2K 177 25
                                    

"Apa maksud kau, 'my crush a.k.a my husband'?" tanya Zafriel Adrian dalam perjalanan balik ke rumah.

Iman Nadhirah tersentak. Eh? Tak faham lagi ke buat-buat tak faham? "Tang mana kau tak faham tu?"

"Semualah! Kau tu bukan dulu beria benci ke kat aku, sampai tak nak aku tutor kaulah... degil tak nak dengar cakap aku, kata aku ni bajet alim sebab anak Pak Haji, benci sampai bagi kucing kat aku waktu tengah nak tamatkan larian, benci sampai tak suka aku dengan famili ikut family kau bercuti, benci..."

Cupp!

Idea gila lagi melintas di fikiran Iman Nadhirah. Dia mengucup pipi suaminya kerana banyak sangat membebel. "Habis dah?"

Terdiam Zafriel Adrian dibuatnya. Dup dap dup dap bunyi jantungnya berdegup. Nasib baik tak jadi apa-apa. Gila betul Iman Nadhirah buat macam tu waktu Zafriel Adrian sedang memandu! Iman Nadhirah senyum melihat suaminya sudah mendiamkan diri. Dan kisah mereka pun bermula...

Sewaktu Iman Nadhirah baru masuk Sekolah Menengah Tunku Ibrahim, semua orang murid dalam kelasnya melantik dia menjadi ketua kelas. Padahal tak ada sesiapa pun kenal Iman Nadhirah. Budak baru kan...

Suatu hari, Iman Nadhirah diarahkan membawa buku ke meja guru Bahasa Melayunya. Waktu itu hanya Darmia yang menjadi teman rapatnya. Intan dan Ainnur berada di kelas lain dan mereka tak berkenalan lagi. Walaupun Iman Nadhirah dilantik menjadi ketua kelas tetapi selalu dibuli. Dia mengangkat buku yang banyak itu seorang diri. Sudahlah kelas mereka di tingkat 2, bilik guru di tingkat tiga. Buku yang banyak telah menghalang gadis itu dari melihat jalan.

Tiba-tiba seseorang melanggarnya ketika kakinya sudah menjejak ke koridor tingkat tiga. Buku-buku habis bertaburan di atas lantai simen itu. Mujur saja Iman Nadhirah tidak jatuh ke belakang, dia jatuh ke tepi. Kalau tak, memang patah tulang empat keratnya, jatuh dekat tangga.

Seorang pengawas lelaki yang kebetulan datang ke situ terus membantu Iman Nadhirah mengutip kembali buku-buku yang bertaburan. "Lain kali kalau bawak buku banyak-banyak suruh lelaki pergi hantarkan ataupun ajak sorang classmate perempuan tolong bawak sekali. Kalau jadi macam ni kat tangga, kan makin susah?" tegur pengawas lelaki itu. Nada tegas lelaki itu membuatkan Iman Nadhirah ketakutan.

Dia menunduk. Tapi melihat lelaki itu menunduk, Iman Nadhirah mengangkat wajah. Ingin melihat siapa yang membantunya itu. Dalam masa yang sama, pengawas lelaki itu turut mengangkat wajahnya apabila terasa diperhatikan. Mata mereka bertembung.

Berkerut dahi lelaki itu. Sepasang mata Iman Nadhirah seperti familiar pada dirinya. Tanpa segan silu, dia bertanya, "Kita pernah jumpa ke?"

Iman Nadhirah menunduk semula. Dia menggeleng. Buku-buku pantas dikutip. Baru saja dia imgin bangun dengan buku yang banyak itu, pengawas lelaki itu menghalang, "Eh, biar aku tolong! Kalau jatuh lagi, ada orang nak tolong, tak apalah juga." Dia mengambil 3 per 4 dari buku yang dipegang Iman Nadhirah lalu berjalan mendahului ke bilik guru.

Iman Nadhirah mengekor.

"Cikgu mana ni?"

"Cikgu Qairani."

Usai meletakkan buku-buku itu di atas meja Cikgu Qairani, mereka pun keluar dari bilik guru. Selepas memakai kasut, pengawas lelaki itu beredar tanpa berkata apa-apa.

"Terima kasih," ucap Iman Nadhirah sambil matanya menghantar pemergian lelaki itu. Senyuman terukir di bibir. Baru sahaja pertama kali bertemu, dia terasa jantungnya yang selalu berdegup normal itu bertukar rentak iramanya. Hatinya membuak-buak ingin mengenali lelaki itu. Nampak dingin tapi baik!

Akan aku cari nama kau, wahai pengawas!

💭💭💭💭

Iman Nadhirah mengetatkan ikatan rambutnya. Langkah kaki dibawa masuk ke bilik abangnya yang sudah terbuka luas pintu. Dia mendekati abangnya yang sedang sibuk di meja belajar. "Abang? Abang buat apa tu?" tegurnya.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now