dua puluh lima

2.6K 156 46
                                    

Zafriel Adrian berjalan menghampiri lif hospital. Dia berdiri di hadapan lif menunggu lif turun. Apabila pintu lif terbuka, dia terus menerobos masuk ke dalam lif. Lif itu kosong tidak berpenghuni. Siapa pulaklah nak tinggal dalam lif ni kan?

Jejaka itu menekan butang nombor 5. Sementara menunggu lif sampai ke tingkat lima, dia membelek telefonnya. Buka sahaja telefon terpampang gambar Iman Nadhirah menyarungkan topi koboi di kepalanya. Senyuman kecil plus hambar terbit di bibir.

Ting!

Pintu lif terbuka sebaik sahaja sampai di tingkat lima. Zafriel Adrian terus keluar dan menyusun langkah menuju ke wad Iman Nadhirah. Tombol pintu wad itu dipulas perlahan. Kelihatan Iman Nadzir sedang memetik gitar secara rambang.

Zafriel Adrian berasa pelik. Bukankah sepatutnya Puan Sri Ilyana yang menjaga gadis itu petang ini? Seingatnya kawan baiknya itu ada study group di rumah Taufik. "Mana aunty? Kenapa kau yang jaga pulak ni? Bukan ke kau kata ada study group?" soalnya tanpa melengahkan masa.

Iman Nadzir mengangkat wajah. "Mama aku demam. Nasib baik ada Mak Tipah tolong jagakan mama aku. Aku cakap kat dia orang aku tak dapat datang, aku nak jaga Irah," terangnya satu per satu.

Zafriel Adrian hanya mengangguk kecil tanda faham. "Ermm... Tu kenapa sampai bawak gitar?"

Iman Nadzir menjungkitkan bahu. "Entah. Saja. Mengisi masa lapang," jawabnya. Dia mengemas buku-buku yang dibawanya lalu dimasukkan ke dalam beg. Gitar akustik yang dibawanya itu disimpan ke dalam begnya.

Akan tetapi, Zafriel Adrian menghalang perbuatan lelaki itu. "Eh, tinggalkan jelah gitar tu! Nanti aku bawak balik esok pagi."

Iman Nadzir menjungkitkan kening sebelah. Dia tersenyum meleret. "Ek eleh, cakap sajalah kau nak guna. Haisy!" Dia meletakkan gitar itu di atas sofa sebelum bangun.

Zafriel Adrian sekadar sengih kecil.

"Aku balik dululah. Esok pagi aku datang. Apa-apa hal, call aje aku. Assalamualaikum," ucapnya sebelum keluar dari wad itu.

Zafriel Adrian menjawab salam sahabatnya. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sofa. Gitar akustik itu dipandang lama. Kemudian, jejaka itu menggeleng. Dia meletakkan beg sandangnya di tepi. Buku latihan Kimia dibawa keluar bersama dengan kotak pensel.


🎼🎼🎼🎼



ZAFRIEL Adrian menapak keluar dari rumahnya. Selipar kecil miliknya disarung sebelum berjalan keluar dari halaman rumah.

"Zafriel! Kamu nak ke mana tu?" soal Hajah Aminah yang sedang mengangkat kain jemuran.

"Pergi rumah Nadzir dengan Nadhirah. Dah lambat ni, umi. Zaff pergi dulu. Assalamualaikum!" Dia terus berlari anak keluar dari halaman rumah.

Wajah Hajah Aminah penuh kerisauan. Tambah risau melihat wajah gembira anaknya. Ya Allah, engkau tabahkanlah hati anakku!

Setibanya Zafriel Adrian di hadapan banglo setingkat milik keluarga Iman Nadhirah, dia terus memberi salam. "Assalamualaikum! Nadhirah oh Nadhirah! Nadzir! Jomlah kita keluar main," ajaknya. Dia cuba membuka pagar kecil rumah itu tetapi tidak berjaya. Dia memandang selak kunci pagar itu. Bermangga?

Timbul keresahan di hati Zafriel Adrian. Kenapa mangga? Dia menajamkan matanya memandang pintu utama yang tertutup rapat itu. Tambah pelik melihat halaman rumah yang kosong bagaikan rumah itu sudah tidak berpenghuni.

"Anak ni cari siapa?" sapa seorang pakcik tua yang sedang berjalan.

"Orang rumah ni, pakcik. Ni rumah kawan saya. Tapi saya tengok macam tak ada orang saja," terangnya. Takkan balik kampung? Kalau benar keluarga itu ke mana-mana pastinya dua beradik itu akan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now