empat belas

3.2K 170 17
                                    

Iman Nadhirah tergoyang-goyang kepala mendengar lagu We Don't Talk Anymore nyanyian Charlie Puth dan Selena Gomez itu. Sesekali dia menggerakkan mulut menyanyi. Buku rujukan Kemahiran Hidup dibelek-belek.

Tanpa disedari, sepasang mata memerhati kelakuannya itu. Iman Nadzir mencekak kedua-dua belah pinggangnya. Kepalanya tergeleng kecil melihat adiknya itu. Adiknya sedang duduk di kerusi diperbuat daripada kayu di hadapan kolam ikan. Mejanya berselerak dengan buku dan alat tulis. Dia pula terduduk dengan kedua-dua belah kakinya di atas kerusi. Tubuhnya bersandar pada lengan kerusi itu.

Iman Nadzir mendekati adiknya yang seorang itu. "Sudahlah perempuan, tak senonoh betul duduk macam tu," bebelnya perlahan.

"Adik..." panggilnya lembut.

Namun, tiada sahutan dari gadis berumur 15 tahun itu. Serta-merta Iman Nadzir menepuk dahi. Apa ke bengong aku ni?! Dah tahu dia pakai earphone macam mana dia nak dengar? Sudahlah panggil dengan suara perlahan! Iman Nadzir memarahi dirinya sendiri.

"Adik!" panggilnya bersama tangan menggoncang bahu Iman Nadhirah. Kini tiada lagi suara yang lembut.

Iman Nadhirah terkejut. Sebelah earphone dibuka. "Apahal abang ni? Terkejut adik tau? Panggil tu elok-eloklah!" getusnya. Mana taknya tengah syok dengar lagu Terakhir dengan penuh rasa, tiba-tiba dikacau.

Iman Nadzir menjegilkan matanya. "Apa? Nak panggil elok-elok? Hei, macam mana abang nak panggil elok-elok kalau dah adik tu dengan earphone melekap kat telinga. Boleh hilang suara abang kalau panggil biasa-biasa je tau?"

Iman Nadhirah membalas jegilan mata abangnya. Masing-masing saling merenung tidak berkelip. Masing-masing ego tidak mahu mengalah. Dah namanya pun adik-beradik, lahir dari perut yang sama dah semestinya ada persamaan meskipun tidak banyak.

Akhirnya Iman Nadzir terkelip mata sekali. Iman Nadhirah apa lagi, gembira sakanlah jawabnya!

"Yahoo! Adik menang! Padan muka abang!" Iman Nadhirah menjelirkan lidahnya.

Iman Nadzir hanya mampu mengeluh sebelum menjulingkan mata ke atas. "Hari ni aje abang bagi chance kat adik. Lain hari, jangan mimpilah!" katanya dengan penuh yakin.

Iman Nadhirah senyum mengejek. "Jangan terlampau yakin, abang kusayang!"

"What so ever! Ni adik, dengan meja berselerak, duduk tak senonoh. Sudahlah itu, nak belajar pun kena ke pakai earphone tu? Boleh masuk otak ke, belajar dengan ada lagu yang membingitkan telinga?" bebel lelaki itu.

Iman Nadhirah mencebik. "Lantak oranglah! Selama harini adik boleh aje belajar dengan dengar lagu. Abang tu yang gedik sangat! Busybody pulak tu!"

Si abang membuat muka jelik. "Eh, please... abang tak gedik okey? Lagi satu, because I'm your biological brother lah, abang busybody. Dah-dah! Tutup buku tu, masuk dalam." Dia mengarah dengan wajah penuh serius.

Namun tidak diendahkan gadis itu. "Tak nak! Adik nak belajar!"

Iman Nadzir merenung tajam adiknya. "Adik, mama dan papa panggillah. Kalau tak, tak hingin abang keluar. Dahlah panas! Bahang!" Tangannya mengibas-ngibas muka. Jelas kelihatan peluh merenik di dahinya.

Iman Nadhirah mencebik. Dasar putera lilin!

Iman Nadzir sememangnya tidak berminat untuk duduk di luar halaman rumah. Katanya tidak selesa. Tambah-tambah lagi ketika belajar. Dia lebih selesa belajar di dalam bilik. Lebih aman!

Sungguh kontra dengan sifat adiknya yang lebih suka melepak di tempat terbuka. Terutamanya dengan tumbuhan di sekelilingnya. Baginya lebih indah dan enak mata memandang. Dia juga suka merasa angin semulajadi berbanding angin dari kipas atau penghawa dingin.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now