tiga puluh

2.7K 148 8
                                    

Zafriel Adrian pulang dengan gembira. Dia membuka pintu jeriji rumahnya lalu memberi salam, "Assalamualaikum!"

Zafrina yang duduk di ruang tamu menonton televisyen bersama dengan Zakwan menjawab salam.

"Kak Iman mana?" tanya Zafriel Adrian apabila dia tidak melihat kelibat gadis yang sentiasa dirinduinya itu.

"Dah balik."

Terbuntang mata lelaki itu mendengar jawapan adiknya. "Dah balik? Kenapa dia tinggalkan Rina dengan adik berdua aje? Ish, dia ni memang nak kenalah!" Zafriel Adrian mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar.

Zafrina laju menghalang. "Eh, abang! Tak payah marah Kak Iman. Dia tinggalkan kita orang tak lama pun. Tak sampai beberapa minit abang dah balik," beritahunya. Tidak mahu dia mencetuskan lagi perang dingin yang memang sudah tercetus antara mereka berdua.

"Betul?"

Zafrina mengangguk laju.

"Dahlah, abang nak masuk bilik. Nak mandi. Umi, balik malam tau? Nanti abang masakkan makan malam," beritahu Zafriel Adrian. Memang sudah menjadi rutinnya memasak untuk adik-adiknya apabila umi dan abinya tiada di rumah.

"Tak payahlah abang. Nasi ayam tengah hari tadi ada lagi. Cukuplah untuk malam ni."

"Nasi ayam? Resepi umi? Rina buat?"

Zafrina mengangguk. "Dengan sedikit pertolongan daripada Kak Iman."

Zafriel Adrian mengangguk faham. Terasa tidak sabar ingin menjamah nasi ayam kegemarannya itu. Dia kemudiannya masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Asar yang belum lagi dilaksanakan.

Malam itu...

Zafriel Adrian mengeluarkan buku-buku di dalam beg yang tidak diguna pada esok hari. Dia ingin menyusun buku-bukunya mengikut jadual pada esok hari. Tiba-tiba dia terasa ada kotak di dalam beg. Lantas dia keluarkan.

Serta-merta Zafriel Adrian menepuk dahinya perlahan. Astaghfirullah! Macam mana aku boleh lupa nak bukak hadiah ni?

Sudahlah bukan hadiah biasa-biasa. Hadiah itu hadiah yang Zafriel Adrian tunggu-tunggu sejak pertama kali dia menerima hadiah itu sewaktu dia berusia 15 tahun. Hadiah pertama, dia memiliki sebuah mug yang tertulis namanya. Memang setiap kali minum air, dia akan pakai mug itu.

Hadiah kedua, merupakan headphone berwarna biru. Itu dia jarang pakai. Entah kenapa dia sendiri tidak pasti. Dan hadiah ketiga...

Zafriel Adrian membuka pembalut hadiah dengan rakus. Tidak sabar ingin melihat isi dalam kotak kecil itu.

Seutas jam tangan berwarna biru dan hitam. Jenama Swatch. Walaupun tak semahal hadiah Zaara tapi dia amat teruja. Zafriel Adrian memakainya di pergelangan tangan kanan. Kemudian dia melihat kertas di dalam kotak itu. Memang setiap hadiah yang diterimanya akan diselit sekali kertas.

Happy Birthday To You, Headboy. May Allah bless you and hope you get straight A's in SPM! Harap juga awak dapat capai impian dan cita-cita.

Sincerely,
Your Secret Admire

Zafriel Adrian mencari lagi kertas yang mungkin terselit di dalam kotak itu. Sungguh dia tidak puas hati dengan ayat di dalam kertas itu. Siapa dia? Zafriel Adrian mencari kertas-kertas sebelum ini lantas dia membaca kertas pertama yang diterimanya.

Hai, nice to meet you. I'm your secret admire. I will send you a present every year on your birthday till your seventeenth birthday. Just wait!

Your secret admire

Kertas yang kedua pula dibacanya. Kertas itu diterimanya pada tahun lepas.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now