tiga puluh satu

2.7K 141 8
                                    

Part 2 : Hero Troublemaker

Iman Nadhirah duduk bersimpuh ala-ala gadis melayu terakhir di abad ini di hadapan mama dan papanya. "Mama, papa, bolehlah... Adik nak kerja dekat restoran. Bukannya lama pun. Sebulan cuti ni aje. Takkan adik nak duduk tengok TV aje cuti semester ni, ma. Bosanlah!"

Puan Sri Ilyana memeluk tubuh. Matanya memandang skrin televisyen. Tidak mahu dia memandang mata bundar anak gadisnya. Bimbang hatinya akan bertukar lembut. Tan Sri Nazmi pula lebih rela memandang gambar orang yang tidak dikenali di dada akhbar. Lebih rela menelaah karangan berita yang membosankan bagi gadis ceria seperti Iman Nadhirah.

Aik? Dulu bukan suka baca ke?

Itu dulu, bro. sekarang dah tak ada masa aku nak baca. Makin bosan aku membaca berita, dah waktu SPM asyik duk baca berita.

Come onlah siapa aje budak sekarang suka baca news? Tengok berita pun dah rasa macam tengok orang tua main chess. Paling tidak pun mereka hanya membaca ruangan selebriti ataupun ruangan komik. Bagi lelaki mungkin ruangan sukan lebih menarik perhatian mereka.

"Tak boleh. Mama tak boleh izinkan."

Iman Nadhirah mencebik sedih. Biar patah hati aku, biarkanlah... "Kenapa?"

Puan Sri Ilyana memandangan tajam anaknya. "Kamu tanya mama kenapa?"

Iman Nadhirah menelan liur. Terasa menyesal bertanya tadi.

"Dulu, kamu nak kerja cashier. Lepas tu, florist, cikgu ganti, dan yang mama paling tak boleh terima. Cleaner pun kamu nak jadi?! Setiap kali cuti sem, ada aje benda yang kamu nak buat. Kalau kerja ada kaitan dengan apa yang kamu belajar dekat universiti tu, tak apalah juga. Ini tidak! Asyik bertukar kerja macam bertukar pakwe aje!"

Iman Nadzir yang turut berada di ruang tamu terasa bahang amarah mamanya. Dia menggaru leher. Teragak-agak dia bertanya, "Err.. bukan tukar pakaian eh mama?"

Terus mencerlung mata Puan Sri Ilyana memandang Iman Nadzir. Laju sahaja anak terunanya itu mengalihkan pandangan. Mulutnya terus terzip siap dimangga sekali! Kuncinya telah dicampak ke rumah jiran.

Eh, dah hanyut kat lautan Pasifik!

"Adik tahukan apa gelaran mama dan papa? Malulah kalau orang tahu, anak tan sri kerja tukang sapu sampah. Kalau dekat sekolah, mama boleh terima lagi. Ini dekat shopping mall!"

Iman Nadhirah mencebik lagi. Wajahnya suram. "Alaaa... bukannya adik saja-saja tukar kerja. It's called experience, ma! Pengalaman bekerja tu penting sebelum kita melangkah untuk ditemu duga di mana-mana pejabat."

"Ha, menjawab aje kerjanya!"

Iman Nadhirah memuncungkan mulutnya. Mama ni, tak supportive betul! Iman Nadhirah beralih pandangan pada papanya cuba meraih simpati. Tan Sri Nazmi yang sedar akan pandangan anaknya menghela nafas perlahan. Surat khabar terus ditutup lalu dilipat dan diletakkan di atas meja kopi. "Apa salahnya dia nak bekerja? Dah itu yang dia nak. Awak tu, patut bersyukur anak kita bukan anak yang tak sedar dek untung! Anak kita walaupun, kita ni ada syarikat sendiri, kaya, mereka pandai cari kerja. Cari duit sendiri. Tak bergantung pada ibu bapanya. Awak tengok anak si Mazlan tu, umur dah dekat 30. Kerja tak nak, tahu nak menghabiskan duit aje!"

Puan Sri Ilyana terus diam tidak bersuara. Kedua-dua orang anaknya tersengih. Itu dia... apabila papa bersuara, diam terus mamanya!

"Lagi satu, pasal gelaran tu tak payah nak fikir sangat. Gelaran tu hanya di mata manusia, di mata dunia. Belum tentu lagi gelaran ini dapat membantu kita menjawab soalan Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti."

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now