dua puluh

2.6K 144 21
                                    

"Kau serius ke nak buat benda ni, bro?" soal Taufik ragu-ragu dengan rancangan yang diberitahu oleh Iman Nadzir.

Iman Nadzir senyum.

Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah. "Kau yakin ke dengan cara ni boleh buat dia diam?"

Iman Nadzir mengangkat bahu. Dia menjawab, "Maybe. At least aku dapat buktikan yang aku dah tak suka dia lagi. Itu dah cukup bagi aku."

Taufik bertanya lagi, "Kenapa kita orang kena tolong?"

Iman Nadzir mengangguk. "Kau orangkan kawan aku yang paling rapat dekat sini sebab itulah aku minta tolong. Aku tau kau orang takkan hampakan aku."

Fahmi masih berdiam diri. Di tangannya ada rubix cube. Entah apa yang bermain di fikiran jejaka itu sehingga dia buat tidak endah dengan keadaan sekeliling. Tangan ligat menyesuaikan warna pada setiap sudut.

Zafriel Adrian menghela nafas. Tidak tahu lagi apa yang mahu dikatakan. Boleh ke hanya dengan membuat persembahan, menyanyi lagu yang sesuai dituju khas buat Dania boleh membuatkan gadis itu berdiam diri? "Bro, aku tak taulah. Aku tak yakin nak buat benda ni."

Iman Nadzir mengetap bibirnya perlahan. Dia mengeluh. "Kau orang kawan aku, takkan kau orang nak biar perempuan tu kacau hidup aku? Kau orang sanggup tengok aku terseksa?"

Fahmi yang sedari tadi diam bersuara, "Aku on."

Semua yang berada di situ menoleh. Iman Nadzir senyum. Tidak dia sangka si pendiam itu juga yang menyokongnya.

"Assalamualaikum!" Satu suara menyapa mereka. Kedengaran bunyi deruan tapak kaki menaiki tangga menuju ke bilik muzik tersebut.

Masing-masing menjawab salam itu. Muncul Iman Nadhirah dengan muka manis. "Kat sini rupanya kau orang menyorok. Buat apa kat atas ni?" soalnya.

Zafriel Adrian merengus perlahan. Penyibuk betul budak merepek ni! Getus hatinya. "Adalah hal lelaki. Tak payah sibuk!" jawab si ketua pengawas itu.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Terasa tidak percaya dengan jawapan yang perolehi itu. Hal lelaki? Ya ke?

"Abang kau nak buat persembahan Jumaat ni. Katanya untuk buktikan yang dia dah tak suka perempuan tu lagi," terang Fahmi tanpa dipinta.

Iman Nadhirah memandang abangnya. "Abang nak buat persembahan apa? Menyanyi?"

Iman Nadzir mengangguk.

Mata Iman Nadhirah tiba-tiba bercahaya. "Adik nak join boleh?"

Iman Nadzir memandang gadis itu. "Adik nak join apa? Menyanyi? Tak payahlah!" Halangnya. Dia tidak suka gadis itu menyertai mereka. Sudah tentu dia akan menjadi tumpuan ramai pelajar lelaki SMTI sekiranya dia menyanyi. Sudahlah suaranya boleh tahan merdu!

Iman Nadhirah menggeleng. "Tak ada maknanya nak menyanyi. Orang nak main muzik."

Iman Nadzir memandang adiknya. Tidak tahu mahu halang ataupun tidak. Tetapi kalau diikutkan cukup dah ahlinya.

Taufik dan Fahmi berpandangan. Taufik bertanya ragu-ragu, "Kau pandai ke main alat muzik?"

Iman Nadhirah mengangguk yakin. "Kenapa? Tak percaya? Nak bukti?"

Taufik menjungkitkan kening sebelah. "Kalau kau rasa tercabar dipersilakan."

Iman Nadzir dan Zafriel Adrian memandang Iman Nadhirah. Mereka tahu gadis itu memang pantang dicabar. Iman Nadhirah mencapai gitar akustik yang berdekatan. Dia melabuhkan punggung di atas stage yang tak berapa nak tinggi itu. Kaki disilang.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now