dua puluh lapan

2.4K 152 23
                                    

Seminggu selepas PT3...

"Harini apa program?" soal Ainnur tak sabar-sabar. Semua aktiviti lepas PT3 best-best. Mana boleh terlepas walaupun satu hari. Rugi tau kalau terlepas! Menyesal tak sudah nanti. Dahlah peluang ni susah nak dapat!

Darmia membuka begnya mencari sesuatu. Iman Nadhirah langsung tidak ambil endah tentang kawan-kawannya. Tumpuannya lebih kepada guru yang sedang memberi taklimat pada pagi itu. Intan pula menggaru kepala mengingat kembali aktiviti selepas PT3 yang diadakan pada hari ini.

"Talent competition and explorace," jawab Iman Nadhirah tanpa menoleh.

"Hah?" Ketiga-tiga orang gadis itu bersuara. Yalah, tiba-tiba sahaja gadis itu bersuara sedangkan dia lebih menumpukan perhatian pada Cikgu Qalesya yang sedang bercakap di atas pentas. Ingatkan tak dengar langsung soalan si Ainnur. Nampak khusyuk sangat sampai rasa bom meletup kat sebelah telinga pun tak perasan.

"Talent competition and explorace aktiviti kita hari ini sampai balik. Dianjurkan oleh kelab seni dan kebudayaan. Antara semua pelajar yang datang harini, akan dibahagikan kepada dua kumpulan," terang Iman Nadhirah. Suaranya tidak terlalu tegas, lembut sahaja. Seperti mengajar anak cara berjalan.

Eh, berjalan?

Ketiga-tiga orang gadis itu mengangguk.

"Oh... tapi aku tak naklah join talent competition. Nak explorace," beritahu Darmia.

Ainnur mengangguk bersetuju manakala Intan menggeleng. "Tak nak! Kita masuklah talent competition. Best apa?" bantahnya.

"Eh kau ni, bercakap dalam kelas pun main tolak-tolak orang, inikan pula nak masuk talent competition. Dalam mimpi sajalah!" sindir Ainnur.

"Kau nak yang mana, Iman?" tanya Darmia malas mahu mempedulikan dua orang kawannya yang sedang bertikam lidah. Macam budak darjah satu berebut pen warna-warni!

Iman Nadhirah mengangkat bahu. "Entah. Tapi apa salahnya kita masuk talent competition tu? Tiap-tiap tahun masuk explorace, bosan pulak. Dahlah asyik-asyik kita yang menang. Kesian kat dia orang yang lain tak pernah menang tu. Bagilah chance kat diorang."

Darmia baru sahaja ingin mempertahankan pendapatnya, Cikgu Qalesya sudah berjalan mendekati barisan pelajar tingkatan tiga.

"Hari ini, kita akan bahagikan kepada dua kumpulan. Tingkatan 3 harini ada 112 orang. Sebelum itu, saya nak tanya, siapa yang ada janji nak tolong cikgu ke apa, boleh pergi sekarang," arah Cikgu Watie.

Beberapa orang pelajar bangun keluar dari barisan kelas. Kelihatan Cikgu Adela mengira pelajar-pelajar itu. Mungkin ingin mengetahui jumlah pelajar yang tidak menyertai aktiviti tersebut.

"Okey, tepat-tepat 12 orang yang pergi. Jadi, sekarang tinggal 100 orang. Ha, senang saya nak bahagikan kau orang ni. Kelas 3 Teratai will take part in talent competition which is with Cikgu Farhana and Cikgu Raisha..."

"What? Tak boleh pilih?" rungut Darmia.

Eh? Mana hilangnya sifat matang si Darmia ni? Habis PT3 terus jadi hilang sifat kematangan?

Shut up you!

Intan pula bertepuk tangan penuh kegembiraan. Iman Nadhirah seperti biasa buat tidak tahu sahaja.

"Sesiapa yang nak tukar ke explorace, sila angkat tangan. Saya perlukan lima belas orang murid."

Laju sahaja Darmia dan Ainnur mengangkat tangan. Iman Nadhirah memerhati. Ramai juga yang nak tukar program. Lebih dari yang sepatutnya. Siapa yang dapat tu kira bertuahlah... Malang bagi Darmia dan Ainnur, mereka berdua tidak terpilih. Mencebik sedihlah mereka.

Hero Troublemaker (edited)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz