tiga

4.3K 209 1
                                    

Zafriel Adrian merebahkan diri di atas katil bujangnya. Kedua-dua tangan diletakkan di atas perut. Matanya memandang siling biliknya yang berwarna putih. Dahinya berkerut-kerut memikirkan kembali perkara yang baru diketahuinya.

Siapa saja yang tidak terkejut apabila mendapat tahu selama ini diri telah ditunangkan? Beruk yang tidak berakal pun boleh terkejut mendengar perkara itu, inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran. Jikalau hal itu saja dia masih boleh terima lagi. Tetapi lagi parah apabila dia ditunangkan dengan gadis yang sering membuat hidupnya kacau-bilau sejak dari dua tahun yang lepas!

Zafriel Adrian meraup wajahnya. "Ya Allah, kenapa dalam ramai-ramai perempuan kat dalam dunia ni, mesti aku ditunangkan dengan Iman Nadhirah? Cik Troublemaker a.k.a Kaki Merepek tu?! Cukup-cukuplah dia kacau hidup aku kat sekolah, kenapa perlu aku ditunangkan dengan dia?" keluhnya sendirian.

Bukan dia tidak mahu ditunangkan dengan gadis itu atas sebab rasa benci. Err... memanglah dia bencikan gadis itu tetapi bukan itu faktor utamanya. Faktor utamanya, dia baru mahu hidup bebas tanpa gangguan gadis bernama Iman Nadhirah binti Nazmi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal dihadapinya. Namun, hancur punah impiannya kerana hal ini.

Zafriel Adrian meramas rambutnya geram. Dari baring tadi, dia sudah duduk. Fikirannya terasa kusut dan serabut. Ingin saja diputuskan pertunangan itu, tetapi dia tidak sampai hati mahu menghancurkan impian dan harapan kedua-dua orang tuanya dan orang tua Iman Nadhirah. Masih terbayang kejadian tadi di fikirannya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Tan Sri Nazmi.

💍💍💍

"HA, sampai dah tetamu kita!" Puan Sri Ilyana menyambut kedatangan tetamu yang baru datang itu dengan perasaan teruja. Dia bersalaman dan melaga pipi dengan Hajah Aminah dan Zafrina Adirah.

Tan Sri Nazmi bersalaman dengan Haji Umar dan anak-anak lelakinya. "Marilah masuk!" jemput Tan Sri Nazmi.

Semua ahli keluarga Haji Umar masuk ke dalam rumah. Zafriel Adrian yang berada di belakang berjalan perlahan membuntuti keluarganya. Dalam pada itu, matanya melihat sekeliling rumah. Meskipun dalam keadaan gelap dan samar-samar, dia amat kenal rumah banglo itu. Pada mulanya dia tidak yakin dengan kata hatinya. Tetapi apabila melihatkan wajah Puan Sri Ilyana dan Tan Sri Nazmi, dia menjadi yakin. Rumah ini, rumah kawan baiknya sewaktu kecil, Iman Nadhirah dan Iman Nadzir.

Masuk sahaja ke dalam rumah, adik Zafriel Adrian, Ashraff tak berhenti melihat sekeliling bahagian dalam rumah banglo dua tingkat itu. Mungkin kerana kagum dengan kemewahan bahagian dalam rumah itu.

"Wah, besarnya rumah ni along!" puji Zafrina yang turut terpegun melihat dekorasi dalaman rumah itu.

Zafriel Adrian hanya senyum mendengar pujian adiknya. Dahulu rumah ini hanya banglo satu tingkat dan tidaklah besar mana. Kemudian, Tan Sri Nazmi mengubah suai rumahnya itu sebelum berpindah ke sini empat tahun yang lalu. Meskipun sudah empat tahun Tan Sri Nazmi sekeluarga berpindah, malam itu merupakan kali pertama Zafriel Adrian menjejakkan kaki ke rumah ini. Sebelum ini, hanya Haji Umar dan isterinya saja yang berkunjung ke rumah itu. Itupun sewaktu kedua-dua orang anak Tan Sri Nazmi tiada di rumah.

"Angah, adik, sudah-sudahlah tu. Along, pergi panggil adik-adik kamu," arah Haji Umar. Zafriel Adrian yang mengelamun tak sampai beberapa minit itu baru sedar bahawa adik-adiknya sudah jauh berjalan.

Baru sahaja lelaki itu ingin mendapatkan adik-adiknya, Puan Sri Ilyana menghalang, "Eh, biar sajalah dia orang tu! Tak lari ke mana pun. Rina, pergilah bawak adik pergi tengok TV dekat ruang tengah."

Zafriel Adrian menggaru kepala. Dia keliru sama ada mahu menyertai adik-adiknya menonton televisyen ataupun duduk bersama ibu bapanya.

"Zafriel, marilah duduk sini," ajak Tan Sri Nazmi.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now