lima puluh lima

3K 174 12
                                    

"Siap, kita balik kejap lagi." Ringkas saja arahan Zafriel Adrian. Tidak disertakan huraian tambahan, contoh mahupun kesimpulan. Eh?

Terbuntang mata wanita berusia 20-an yang bernama Iman Nadhirah itu. "Hah? Kau buat lawak ke apa? Balik-balik restoran terus ajak balik? Lagi lima hari kut, abang nak nikah. Kau gila eh? Jin mana datang merasuk kau ni? Mana suami aku ha?!" bertubi-tubi soalan ditembaknya.

Zafriel Adrian duduk di birai katil. Jelas sekali nampak dia penat. Sudahlah baru saja pulang ke rumah, sakit kepala otaknya melayan isteri seorang yang degil dan banyak tanya ni. "Kau ikut aje boleh tak? Aku mandi dan solat kejap. Lepas tu, kita balik. Aku dah bagitahu mama dengan papa. Diorang pun okay je." Dia mencapai tuala mandinya sebelum masuk ke dalam bilik air tanpa menunggu jawapan dari mulut Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Apa yang urgent sangat sampai kena balik malam ni?

Sebelum mereka pulang ke rumah kediaman, sempat mereka menyalam tangan Tan Sri Nazmi dan Puan Sri Ilyana. "Bawak kereta tu elok-elok, Zafriel!"

Pasangan suami isteri itu hanya diam sepanjang berada di dalam kereta. Muncul banyak tanda tanya dalam fikiran Iman Nadhirah. Pelik terasa apabila mama dan papanya tidak menghalang mereka pulang ke rumah malam-malam begini. Si Zafriel ni pun masalah juga, tergesa-gesa aje dia ni. Bukannya rumah tu ada kaki nak lari pun!

Iman Nadhirah menguap perlahan. Dia cuba untuk menahan matanya dari tidur. Niatnya ingin menemani Zafriel Adrian yang memandu. Tetapi matanya semakin lama semakin terpejam. Sayup-sayup kedengaran suara suaminya berkata, "Tidur ajelah, jauh lagi."

Jauh lagi? Iman Nadhirah terlena tanpa dia sendiri sedar.

Lama Zafriel Adrian memandu, dia akhirnya memberhentikan kereta di tempat letak kereta. Kepalanya menoleh ke arah isterinya yang lena tidur. Tidak sampai hati pula dia ingin mengejutkan isterinya itu. Dia melangkah keluar dari kereta, meninggalkan isterinya tidur.

Tak lama kemudian, lelaki itu kembali ke kereta dengan seorang lelaki. "Tak apa ke, tolong bawakkan beg aku ni?"

"Haisy kau ni! Untuk kau, special punya layanan aku bagi. Sampai ke kereta aku tolong angkat beg. Sebab apa? Sebab kau kawan aku! Dahlah, bukak bonet tu cepat. Macam dah nak hujan aje ni." Lelaki itu memandang ke arah langit yang gelap tanpa bintang bekerlipan (?).

Zafriel Adrian senyum. Dia membuka pintu pemandu lalu menarik sesuatu di tepi kerusi untuk membuka bonet belakang. "Beg hitam dengan biru tu aje tau?"

"Alright, boss!" gurau lelaki itu.

Zafriel Adrian pergi ke pintu sebelah pemandu pula. Perlahan-lahan dia mencempung isterinya keluar dari kereta. "Tolong tutupkan pintu, weh!"

Lelaki itu menurut kata. Dia mengekori langkah Zafriel Adrian bersama dengan beg berisi baju ke sebuah chalet. Masuk saja ke dalam chalet yang disewa itu, Zafriel Adrian meletakkan isterinya dengan penuh hati-hati di atas katil. Ditariknya selimut sehingga menutupi bahu isterinya.

Lelaki tadi sekadar menunggu di luar pintu bagi menghormati pasangan suami isteri itu sebagai pelanggannya. "Haisy kalau adik aku tau tu, seronok dia tengok kau orang berdua," ujar lelaki itu sambil tersengih.

Zafriel Adrian hanya senyum kecil. "Thanks tau, bro, tolong angkatkan beg."

"No hal, Zaff. Aku gerak dulu. Apa-apa cari je aku kat kaunter receptionist. Assalamualaikum."

Keesokan harinya, Iman Nadhirah terjaga. Dia sedar bahawa dia berada di tempat lain. Yang pasti bukan rumahnya. Cemas. Itu yang dia rasa. Lagi-lagi apabila melihat suaminya tiada. Ya Allah, apa yang dah berlaku? Zafriel jual aku ke? Dia menyelak selimutnya, lega hatinya melihat tubuhnya masih tersarung baju semalam cuma tudung saja yang sudah ditanggalkan. Dah tu, semalam memang dia sarung baju T labuh dan sweatpants saja. Dah kata balik rumah, buat apa nak pakai lawa-lawa sangat.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now