tiga puluh empat

2.2K 139 9
                                    

Iman Nadzir mengetuk pintu bilik adiknya. Belum sempat dia ingin mengetuk pintu, dia terdengar suara tawa riang adiknya di dalam bilik. Telinga dirapatkan ke pintu.

"... you ni suka sangat usik I. Hahaha.."

Iman Nadzir menjauhkan telinganya. Keningnya berkerut. Dagunya digaru. Alamak, diorang berbaik balik ke? Ingatkan dah end relationship dah! Baru ingat nak buat sujud syukur. Hmm... kena buat solat hajat lagi ni.

"Nadzir buat apa depan pintu bilik Irah tu? Mari turun makan. Ajak adik kamu sekali." Suara Puan Sri Ilyana menyentakkan Iman Nadzir.

Kus semangat! Iman Nadzir mengusap dadanya perlahan. Pintu bilik adiknya diketuk. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Iman Nadhirah yang sedang mengikat rambutnya itu dipandang. Habis dah bergayut dengan mamat berlagak tu?

"Abang dengar Irah bercakap tadi. Cakap dengan siapa?" soal Iman Nadzir seolah-olah dia tidak menghendap perbualan telefon adiknya.

"Dengan Hilman." Jujur gadis itu menjawab. "Kita orang dah baik balik."

Iman Nadzir mengangguk perlahan. "Bila nak bawa jumpa mama dan papa?"

Iman Nadhirah terbungkam seketika. "Ermm... nantilah, adik ajak dia. Dia tu selalu sibuk dengan kerja dia."

"Irah, abang tak suka lelaki yang suka hati kenal-kenal dengan anak dara orang tanpa meminta izin ibu dan ayahnya dulu. Irah tu ada mama dan papa lagi. Masih lagi tanggungan mereka. Berdosa membelakangi mama dan papa," nasihat Iman Nadzir dengan tegas.

"Adik tahu abang. Tapi Hilman kata dia belum bersedia."

"Sedia atau tak, abang bagi masa sampai hujung bulan ni. Kalau Hilman tak bertindak apa-apa, abang nak Irah putuskan hubungan dengan dia. Lelaki macam tu tak serius dalam hubungan cinta. Lagi satu, jangan ingat dia dah curi hati Irah, abang boleh suka dia dengan Irah."

"Kenapa? Hilman lelaki yang baik, abang. Dia tak pernah cuba pegang Irah pun, nak menyuruh buat apa yang Irah tak suka pun tak pernah. Kenapa abang nak benci Hilman, sedangkan abang baru jumpa dia sekali?" soal Iman Nadhirah. Tidak bersetuju kerana abangnya tidak suka dengan Hilman.

Dengan suara yang dingin, Iman Nadzir menjawab, "Because I have a bad feeling about him. Turun, makan sama-sama." Dia terus pergi dari pandangan adiknya.

Iman Nadhirah mengeluh. Abangnya memang begitu. Semua lelaki yang rapat dengannya, dia tak suka. Hanya Zafriel Adrian sajalah yang abangnya suka. Kalau auka sangat, pi kahwin dengan dialah!

Kalaulah abangnya tahu apa yang berlaku tadi, pasti lelaki itu akan membenci Zafriel Adrian.






💔💔💔💔




IMAN Nadzir menyisip air milo ais yang dipesannya di kedai mamak itu. "Ada apa kau ajak aku jumpa malam-malam ni?" soalnya.

Fahmi memusing-musingkan penyedut minuman di dalam gelas itu. "Tunggu kejap. Zafriel tak sampai lagi."

Iman Nadzir mengerutkan keming. "Zafriel pun ada sama?"

Baru sahaja Fahmi ingin mengiyakan, Zafriel Adrian datang ke meja yang mereka duduki dengan wajah tak bermaya. Dia menarik kerusi di antara dua orang kawannya lalu duduk. Dia menyandarkan tubuhnya ke belakang.

"Order?"

Zafriel Adrian menggeleng.

"Kenapa mata kau nampak sembab?" soal Iman Nadzir pelik. Macam baru lepas menangis aje mamat ni?

Zafriel Adrian menggeleng entah untuk apa. "Baru bangun tidur tadi." Dia pura-pura menguap menunjukkan penipuannya benar-benar belaka.

"Kau tidur? Pukul berapa tadi? Sekarang dah pukul 9 malam." Fahmi sempat mengerling jam di tangan.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now