bebelan terakhir

3.1K 97 17
                                    

"Cepat-cepat duduk, author kita nak bagi ucapan."

"Weh, ni tempat akulah! Sana!"

"Aduh, kau ni bagi ruang sikit benar. Sempit tahu tak?"

"Weh popcorn mana popcorn?

Ehem!

"Maaf!"

Assalamualaikum semua! Aku tahu mungkin kau orang rasa macam terkejut, tak sangka weh Hero Troublemaker, Cik Troublemaker Pencuri Hatiku sudah sampai ke penghujungnya. Aku juga tahu ramai antara kau orang yang akan ada rasa tak puas baca cerita. Aku minta maaf, sebab tak dapat puaskan kau orang sebabnya yalah, even dunia ni pun ada penamatnya, apa tah lagi cerita kan?

Maafkan aku andai tersalah kata, terkasar bahasa sehingga mengguriskan hati kau orang. Aku insan biasa yang penuh khilaf dan dosa. Tak sempurna pun sama juga kau orang semua. Mungkin kau orang rasa tulisan cerita menarik tapi percayalah tiada siapapun di dunia ni dapat melawan cerita yang diatur oleh Allah SWT.

Segala macam idea ni datang dari Dia. Mana yang kekurangan tu datang dari aku sendiri. Tau ayat klise kan? Dah nampak aku tag cliche, klise kenalah guna jugak kan?

Okay tak ada kaitan pun.

Sejujurnya ni novel yang ketiga aku berjaya tamatkan tak campur cerita pendek. In shaa Allah aku akan terus berkarya selagi mampu, selagi ada daya untuk menulis.

Nak baca novel kedua aku tak? Kalau nak, aku akan letakkan sample dekat Wattpad ni, tapi kalau nak baca habis, bacalah dekat Novelplus. Takde app, boleh bukak dekat website. Tapi cerita tu lagi banyak kekurangannya.

Novel pertama? Membosankan. Tak payahlah. Merepek pun ada😂

Novel keempat ialah TIH : Hazim Hakimi. Boleh tengok dekat profile aku. Yang lain dalam proses, in shaa Allah.

Doakan aku terus menulis, banyak dapat idea, rasa nak menulis makin bertambah dan tak lupa kesenangan untuk menjawab 9 subjek, 19 kertas dan okay soalan banyak sangatlah pulak😅 untuk SPM 2018.

Aku ucapkan terima kasih kerana sudi menunggu updates, sudi baca, sudi letakkan buku ni dalam reading list, sudi vote, comment dan share dekat kawan (kalau ada).

Reader yang dulu atau yang sekarang, aku appreciate kau orang. Maafkan aku kalau ada terbandingkan kau orang. Aku tengah melalui kehidupan yang sukar tahun ni, so don't expect me as a great person. Macam aku cakap, aku cuma insan biasa.

Kalau jumpa, rasa macam kenal, tegurlah. Aku tahu ada yang budak sekolah aku baca. Haha! Thank you jugak kat kau orang, walaupun take time jugak nak tahu siapa aku😂. Siapa yang ada nombor, nak ajak lepak mamak, warung, kopitiam, tahun depan eh ajak? 😂 Nak DM, nak memekak dekat MB dipersilakan. Eh, aku dah cakap kan dekat awal-awal😅

Apa-apapun, jangan lupa aku...

"Jangan lupa kita orang jugak!" - Watak CTPH/HT

Eii sibuk aje! Kalau rasa nak baca balik berulang kali sampai muntah pun tak ada masalah, thank you lagi aku ucapkan.

Sorry banyak membebel. Words tak sampai 500 lagi.

I sedih sebenarnya nak habiskan cerita ni. Ish! Tu yang sampai homework pun ditinggalkan. Eh?

Yang PT3 good luck, buat betul-betul. Siapa nak jadi doktor tu, kang tak dapat science stream meraung tak sudah. Kalau dapat macam aku tapi nak tukar kelas lain tak apalah jugak en😂. Dak-dak UPSR jangan nak jadi cringy couple bagai nak rak, hang tu muda lagi. Nak couple sangat, berhenti sekolah, kahwin terus. Pahala dapat, kurang dosa. Aku dulu UPSR pikir nak masuk asrama je weh tak ingin couple-couple. Dapat RM10 (zaman aku dulu, ni kira banyak jugak) couple dengan crush pun I tak hingin okay?

Tapi ehem... Okay malas nak cerita.

Budak batch aku ni pulak, Allah yuftah alaikum, tak terkata sudah aku. Haha!

Okay dah nak masuk 600 words. So, rajin-rajinkan lah dirimu untuk mengulangkaji pelajaran termasuklah diri ini.

Jumpa lagi di buku yang lain, in shaa Allah kalau kau orang nak bacalah kan?

And, aku sebenarnya nak tanya tajuk untuk cerita Fahmi. Takpelah, kalau ada berita pasal cerita dia in shaa Allah aku bagitahu.

Sekian,
Nur Minna


Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now