dua puluh enam

2.8K 139 23
                                    

"Ahoyy!"

Apa sesat lanun pulak kat sini? Iman Nadhirah menggaru kepala mendengar suara itu. Tidak lama kemudian, muncul kanak-kanak lelaki berpakaian seperti Jack Sparrow dalam cerita lanun yang entah apa tajuknya, dia sendiri pun tidak ingat.

Iman Nadzir mengeluarkan pedang mainannya dari dalam sarung yang tergantung di tepi tubuh. "Kau takkan dapat harta karun itu. Semua harta itu milik aku seorang. Hoho!" ujarnya dalam suara garau yang dibuat-buat.

Kemudian muncul pula seorang kanak-kanak lelaki berpakaian tradisional melayu, bersama dengan tengkolok di kepala. Dia menghunus keris mainan ke arah Iman Nadzir. "Hamba tak mahukan harta. Bukan boleh bawak ke dalam kubur pun. Hamba cuma mahu..."

Iman Nadhirah yang terpinga-pinga di atas katil itu dipandang. Zafriel Adrian menyambung kata-katanya, "...menyelamatkan puteri raja yang telah tuan hamba culik bagi santapan buaya!"

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Buaya? Macam dalam cerita Peter Pan tu ke? Tapi kenapa tiba-tiba muncul Laksamana Hang Tuah pulak ni? Bertubi-tubi soalan berlegar di minda. Sungguh dia keliru dengan situasi yang dihadapinya kini.

"Hai, Laksamana Hang Tuah! Kau akan dapat dia tapi, langkah mayat aku dulu! Hiyarhh!" Dia menghunus pedang mainan ke arah Zafriel Adrian. Mereka pun berlawan pedang dengan penuh gaya. Lagak mereka seakan-akan Kapten Hook berlawan dengan Peter Pan di atas kapal.

"Hei, hei! Apa ni? Irah tak faham," luah anak kecil itu. Malangnya, tiada siapapun mendengar luahan hatinya.

"Hiyarh! Matilah kau hang tuah! Keris taming sari pun sudah hilang entah ke mana. Macam mana kau mahu menyelamatkan sang puteri?" soal Iman Nadzir. Kakinya berada di atas dada Zafriel Adrian yang rebah.

Zafriel Adrian menoleh ke kanan. Dia termengah-mengah. Dia terlihat pedang lightsaber yang terdampar di bawah katil. Tanpa melengahkan masa, dia menarik kedua-dua belah kaki Iman Nadzir.

Iman Nadzir terjatuh.

Iman Nadhirah terkejut. "Abang? Ian?" panggilnya.

Tiba-tiba keluar mereka berdua. Seorang memakai baju jubah hitam bersama dengan topeng menyerupai Darth Vader dan seorang lagi memakai baju T dan seluar yang sama warna. Hitam. Di tangan mereka terdapat pedang lightsaber berwarna merah dan hijau.

"Aku ayah kau! Kau sanggup nak bunuh aku?" tanya Iman Nadzir. Suaranya kedengaran agak lain disebabkan topeng muka yang dipakainya.

"Tak! Aku tak sanggup. Tapi demi keadilan, dan keamanan. Kerana terpaksa aku relakan tanganku mencincang tubuhmu!" jawab Zafriel Adrian dengan suara penuh drama.

Tiba-tiba...

"Nadzir, Zafriel! Apa yang kamu berdua buat? Berselerak habis bilik Irah ni," tegur Puan Sri Ilyana. Kedua-dua tangannya mencekak pinggang.

Zafriel Adrian dan Iman Nadzir yang sudah menanggalkan topengnya hanya menayangkan gigi susu yang kecil dan comel itu.

Puan Sri Ilyana menggeleng kecil. Dia kemudiannya beredar.

"Kenapa?"

Kedua-dua orang kanak-kanak lelaki itu memandang gadis kecil kesayangan mereka. "Maaf, Irah. Kita orang bersihkan bilik ni nanti. Irah kan demam? Abang saja buat drama dengan Zafriel supaya Irah ceria. Semuanya idea Zafriel," terang Iman Nadzir.

Iman Nadhirah yang terkebil-kebil memandang abangnya berpaling memandang Zafriel Adrian. Zafriel Adrian mengangguk. Kepalanya menunduk. Terasa bimbang seandainya gadis kecil itu marah dan tidak mahu berkawan dengannya lagi.

Iman Nadhirah mengulum senyuman lebar. Dia meluru ke arah Zafriel Adrian lalu dipeluknya tanpa rasa segan silu. "Terima kasih, Ian," bisiknya lembut.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now