tiga puluh tujuh

2.5K 141 7
                                    

Hari ini Restoran Dapur Cinta Manisah ditutup buat sementara waktu atas sebab ingin membuat pengubahsuaian. Encik Bakri dan Puan Manisah sudah serahkan beberapa tugasan kepada anak-anak buahnya. Zafriel Adrian diberi kepercayaan untuk memantau kerja-kerja pembersihan yang dilakukan pekerja restoran itu.

"Bosanlah asyik mop sini, mop sana! Dahlah semua senyap macam dekat library. Seriau I! I rasa macam I duduk sorang-sorang dekat restoran ni," rungut Adam.

"Eh, kau ni Adam bising aje mulut tu! Diam sajalah! Orang suruh angkat meja tak nak. Kata tak laratlah apalah... gedik mengalahkan perempuan!" kutuk Atiqa tanpa berlapik.

"Eh, korang ni! Tak payahlah gaduh-gaduh. Aku bosan tau? Aku ni kat rumah buat kerja pun kena ada music. Baru feel!" Qaid pula bersuara.

"Kat sini ada radio?"

Semua orang di situ menggelengkan kepala menjawab pertanyaan Iman Nadhirah. Iman Nadhirah berlalu ke dapur tanpa berkata apa-apa. Semua yang di situ memandang sesama sendiri bertanya apa yang mahu dilakukan gadis itu.

Tak lama kemudian, Iman Nadhirah keluar dengan speaker bluetooth di tangan. Telefonnya dibawa keluar. Dia meletakkannya di atas kerusi yang sudah disusun bertingkat-tingkat. Iman Nadhirah memandang semua yang berada di situ yang sedang tercengang melihat perbuatannya.

Tak lama kemudian, keluar lagu bergema di dalam restoran itu.

"Ha, baru feel!" sahut Qaid.

Dan selepas itu, penyapu, mop semua dijadikan bahan untuk menari. Err.. faham-faham sajalah! Satu restoran bergema dengan suara mereka. Ada yang suara sumbang pun turut menyanyi.

Zafriel Adrian dan Irshad keluar dari dapur melihat apa yang telah berlaku di bahagian hadapan restoran.

Lantai yang licin dengan sabun itu sudah ada orang yang jadikan tempat meluncur seperti bermain skating. Kedua-dua orang lelaki itu berpandangan seketika. Irshad memberikan senyuman meleret. Zafriel Adrian membuntangkan mata. Kepalanya digeleng. Dan tangannya ditarik Irshad untuk meluncur sama.

Adam bersorak girang. Dia meluncur dari pintu dapur ke depan dan akhirnya...

Bedebuk! Jatuh seperti nangka busuk!

Disambut tawa para pekerja Restoran Dapur Cinta Manisah. Adam tidak mempedulikan kesakitannya sebaliknya dia ikut gelak. Qaid mengocak air sabun di dalam baldi sehingga menghasilkan buih. Buih sabun itu dicampak pada Atiqa.

"Woi, apa ni?!" Atiqa membalas dengan simbahan air sabun. Habis lencun baju Qaid. Nasib baik mereka tidak memakai baju uniform. Payah nak basuh!

"Hahahahaha... padan muka kenakan aku lagi!"

Iman Nadhirah meniup air buih itu terbang ke atas. Kemudian dicuitnya dengan jari telunjuk.

Plop!

Pecah buih itu, gadis itu pun tertawa.

Suasana riuh-rendah restoran itu membuatkan mereka lupa akan kerja pembersihan mereka. Sebaliknya mereka biarkan diri dalam keseronokan yang kebudak-budakan yang mungkin akan membawa padah pada salah seorang daripada mereka.


⚡⚡⚡⚡

ENCIK Bakri menekan punat lock keretanya. Dia melangkah ke pintu utama Restoran Dapur Cinta Manisah. Tetapi melihatkan air yang mencurah keluar dari restoran itu membuatkan dia rasa curiga dan pelik.

Buka sahaja pintu utama restoran, terbuntang mata Encik Bakri melihat pekerja-pekerjanya bersuka ria bermain air bersama dengan iringan lagu. "Astaghfirullahalazim.. Apa dah jadi dengan restoran ni?!"

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now