sembilan belas

2.6K 167 34
                                    

Zafriel Adrian melangkah laju menuruni anak tangga. Dia ingin pulang ke rumah. Kebiasaannya dia akan berjalan bersama dengan Fahmi, rakan baiknya tetapi jejaka itu balik lambat kerana ada latihan catur.

Sambil menuruni anak tangga, Zafriel Adrian melipat lengan baju kemeja sekolahnya ke siku. Peluh yang memercik di dahi sesekali diseka.

"Zaff!" panggil seseorang dari arah kanan.

Zafriel Adrian menoleh. Kelihatan Taufik berjalan laju menghampirinya.

"Balik dah ke?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Nadzir dengan Fahmi ada latihan kan..."

Taufik mengangguk tanda mengiyakan. Mereka kemudiannya berjalan beriringan. "Kau pandai main catur?"

"Bolehlah sikit-sikit."

Taufik menjungkitkan kening sebelah. "Dah tu, kenapa tak join? Kalau aku ni yalah, tak tau nak main macam mana. Dam haji aku terror lah!"

Zafriel Adrian senyum segaris. "Malaslah nak masuk. Cukuplah bola sepak," terangnya. Setiap pelajar yang menyertai kelab sukan dan permainan catur dan boling, dibenarkan menyertai dua kelab sukan. Ini kerana kelab catur dan boling tidak dijalankan pada hari kokurikulum.

"Kau nak tengok dia orang main tak?" soal Zafriel Adrian tiba-tiba.

Taufik mengerutkan kening. "Hah?"

Zafriel Adrian menggeleng. Blur pulak mamat ni! Sebijik macam Intan. "Dahlah jom!" Langkah kaki yang tadi menuju ke parkir motosikal bertukat arah ke dewan sekolah. Taufik yang terpinga-pinga hanya mengekor.

Tak lama kemudian, mereka terserempak dengan Iman Nadzir. "Hei, kau orang! Tak balik ke?" soalnya.

Taufik menggeleng. Zafriel Adrian menjelaskan, "Tak. Nak pergi dewan, tengok korang main chess."

Iman Nadzir menjungkitkan kening. Dia senyum penuh makna. "Aik, tengok aje? Tak nak lawan sekali ke?"

Zafriel Adrian tergelak kecil. "Taklah. Tapi kalau kau ajak, aku on je!" katanya menyahut cabaran.

Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam dewan. Taufik terkejut melihat ramai pelajar yang sedang bermain chess. Keningnya berkerut tiba-tiba melihat seseorang. Bahu Iman Nadzir dicuit. "Bro, adik kau masuk chess jugak eh?"

Iman Nadzir tersentak. Apa? "Mana?"

Zafriel Adrian turut tercari-cari kelibat Cik Troublemaker itu. Taufik memuncungkan mulut menunjuk Iman Nadhirah yang sedang bermain catur dengan Darmia.

Iman Nadzir terus menghampiri adiknya itu.

"Checkmate! Wuuu... aku menang!" sorak Iman Nadhirah sambil menjulangkan kedua-dua tangannya ke atas.

Darmia hanya menjulingkan mata ke atas. Payah betul main dengan budak terror. Dah tu, dah tau terror bukannya reti nak masuk kelab chess! Gerutu hatinya.

Sorakan Iman Nadhirah terhenti apabila melihat abangnya bercekak pinggang dengan muka bengis. Ops, maaf! Iman Nadhirah tak takut pun dengan muka bengis abangnya itu.

"Kenapa tak balik lagi? Karang abang jugak yang kena dengan papa sebab biarkan adik balik lambat," bebel Iman Nadzir pendek.

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. Tolonglah jangan panggil aku adik kat sekolah. Malu tau tak?! Hilang kemachoan! "Alaaa... relakslah! Bukannya pergi lepak mana pun, main chess kat sekolah je."

Spoil mood lah abang ni!

Iman Nadzir tetap dengan arahannya, "Sekolah tak sekolah, abang tak kira! Pergi balik! Karang balik lambat, tak ada orang. Adik tu dahlah jalan kaki."

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now