sebelas

3K 172 11
                                    

Keesokan paginya, Zafriel Adrian mencari-cari kelibat seseorang. Hari itu dia bertugas menjaga pelajar yang datang lewat. Namun hampa terasa di jiwa apabila orang yang diharapkan tidak ketemu. Jejaka itu menjungkitkan kening sebelah. Dia tak datang ke pun?

Sementara itu, Iman Nadhirah sibuk membaca buku Kun Anta. Hari itu buat pertama kali selepas Iman Nadhirah datang lewat kali pertama, mengambil keputusan untuk datang sekolah awal pada hari Zafriel Adrian bertugas menjaga murid lewat. Semuanya semata-mata kerana tidak mahu bertembung dengan lelaki itu.

Ainnur, Darmia dan Intan turut berasa pelik. "Awal pulak kau datang harini?" soal Darmia.

Iman Nadhirah tidak memberi sebarang respon. Dia terlalu khusyuk membaca. Ainnur, Intan dan Darmia berpandangan.

"Biarkan sajalah dia tu. Kalau kita asyik ganggu tak pasal-pasal dia mengamuk pula," ujar Ainnur.

Intan dan Darmia hanya mengangguk bersetuju dengan kata-kata Ainnur.

Pada waktu rehat, Zafriel Adrian pergi ke perpustakaan sekolah. Dari pintu masuk dia sudah dapat lihat Iman Nadhirah membaca buku di perpustakaan sekolah. Laju kakinya melangkah mendekati gadis itu. Kerusi di hadapan Iman Nadhirah ditarik. "Kek tu kau dah makan ke?"

Pada mulanya, Iman Nadhirah malas mahu menjawab soalan lelaki itu. Tetapi niatnya terbantut saat akal fikirannya ada satu idea. Dia menggeleng kepala. "Abang Nadzir dah habiskan semuanya." Walhal kek cawan itu semua telah dihabiskan Iman Nadhirah tanpa meninggalkan satu pun kek cawan untuk orang lain merasainya.

Zafriel Adrian berasa hampa buat kali kedua pada hari itu. Kiranya, cupcake Doraemon pun dia tak makanlah kan? Huhhhh.... Dia mengeluh panjang. Kemudian, dia bangun dari kerusi lalu berjalan keluar dari perpustakaan.

Iman Nadhirah sempat mencuri lihat wajah hampa lelaki itu. Dia tersenyum-senyum. Padan muka! Marah aku lagi. Kau carilah jalan nak pujuk aku. Baru sahaja Iman Nadhirah ingin sambung membaca, wajah berkerut memikirkan sesuatu. "Tapi, kenapa dia begitu bersungguh-sungguh nak pujuk aku?"

👻👻👻

ZAFRIEL Adrian senyap saja di dalam kelas sepanjang waktu persekolahan berjalan. Perubahan sikapnya membuatkan Fahmi, kawan yang duduk di sebelahnya tertanya-tanya. Apakah yang membuatkan si ketua pelajar itu kelihatan murung?

"Kau okey tak, Zaf? Diam je harini?" soal Fahmi dengan kening sebelah kanan terjungkit.

Zafriel Adrian mengeluh. Dia tidak menjawab sebaliknya bertanya, "Macam mana nak pujuk perempuan yang sedang marah?"

Fahmi terkejut mendengar pertanyaan yang lain daripada kebiasaan. "Kau nak pujuk siapa? Siapa yang tengah marah?"

Zafriel Adrian menggaru kepala. Ragu-ragu ingin menjawab persoalan sahabatnya itu. Takkan nak beritahu nama Nadhirah terus? Sah-sahlah mamat ni pelik. "Ermm... Adik aku?" Bantai sajalah! Pinjam nama ya, ngah?

"Ohh..." Fahmi mengangguk faham. Dia menjungkit bahu. "Entahlah, aku pun tak tahu. Kau tahu kan, aku mana ada adik-beradik perempuan. Nak cakap dengan perempuan pun segan."

Zafriel Adrian menepuk dahi. Hampir terlupa dengan hakikat yang satu itu "Ya tak ya juga. Kau ni memang malu tahap gaban kalau dengan perempuan. Macam manalah aku boleh lupa?" Dia tersengih seraya menggaru kepala yang tidak gatal.

Fahmi memang seorang yang pemalu terutamanya dengan perempuan. Setiap kali dia berjalan depan kaum perempuan, automatik dia akan menunduk. Sebab apa dia malu pun tidak tahulah. Tapi jangan fikir dia malu, dia tidak suka sesiapa. Dalam diam, dia meminati seorang pelajar tingkatan 3 tetapi tiada siapa yang tahu siapa orangnya termasuklah Zafriel Adrian.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now