Bab 19

451 71 2
                                    

    Saif mencelikkan matanya. Silau cahaya lampu kalimantang memaksa dia menutup kembali kelopak matanya. Matanya dikebilkan beberapa kali sehingga dia berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Dia meliarkan matanya ke sekeliling.

    Saif bangun dari pembaringannya namun kepalanya berdeyut hebat. Dia memegang kepalanya yang berbalut sebelum tubuhnya kembali terhempas ke katil. Erangan perlahan terlepas dari mulutnya. Kuat juga hentakan yang diterimanya di kepalanya.

    Tiba-tiba, pandangannya bersua dengan wajah Fathul dan Furqan yang sedang nyenyak tidur di sofa yang sememangnya tersedia dalam wad itu.

    Fathul lena di bahu Furqan manakala kepala Furqan elok mendarat di atas kepala Fathul.

    Suasana yang sukar dilihat memandangkan kedua-dua pemuda itu lebih gemar bergaduh bagai anjing dan kucing hampir saban waktu.

    Sedang asyik dia memerhatikan kedua-dua pemuda itu, pintu wad dikuak dari luar. Muncul Rafael dan Tuan Rasyid yang sedang berbual mesra. Mereka belum menyedari bahawa dia telah sedar.

    Saif hanya melihat tanpa menyapa. Dia menjeling melihat jam yang tergantung pada dinding di hadapannya.

    Sudah pukul sepuluh malam.

    "Alhamdulillah! Saif sudah bangun?!"

    Suara garau Tuan Rasyid mengejutkan Furqan dan Fathul yang dibuai mimpi. Mereka bingkas bangun lalu menerpa ke arah katilnya. Rafael memandang Tuan Rasyid. Masing-masing tersenyum penuh kesyukuran.

    "Alhamdulillah, saudara sudah sedar!" Sorak Furqan penuh kegembiraan.

    "Betul. Saudara ini, lamanya tidur. Bosan saya asyik melayan si Furqan yang tak cukup umur ini," gurau Fathul seraya menepuk belakang Furqan. Sedikit perlahan dari biasa memandangkan Tuan Rasyid dan Rafael turut ada di situ.

    "Iyalah. Si Fathul ini sahaja yang matang. Saya tak..." rajuk Furqan. Mulutnya sengaja dimuncungkan.

    Pecah ketawa Fathul dan Rafael di situ. Tuan Rasyid pula hanya tersenyum. Begitu juga Saif. Dalam diam, Furqan setia memerhatikan ulah sahabatnya itu.

    "Saif..kenapa diam?" Duga Furqan. "Biasanya saudara akan menyokong kata-kata Fathul".

    Saif tersentak manakala Fathul memandang Furqan pelik.

    Kenapa nada Furqan macam nak cari gaduh?

    "Maaf, tekak saya rasa kering sedikit. Mungkin kerana saya tak minum selama seminggu ini," balas Saif.

    Fathul yang berasa kesian cuba menuang air untuk Saif namun dihalang oleh Furqan. Tajam matanya memandang Saif. Tindakannya itu mengundang rasa terkejut Tuan Rasyid dan Fathul.

    Tak pernah mereka melihat Furqan sedingin itu dengan Saif.

    "Mana saudara tahu yang saudara tak sedarkan diri selama seminggu genap?"

    Saif kelihatan terpempam mendengar soalan Furqan. Bibirnya bergerak-gerak ingin menjawab tetapi tiada suara yang keluar. Tiba-tiba Furqan ketawa kecil. "Ala, saya bergurau saja tadi".

    Fathul menepuk dahinya sementara Saif menghela nafas lega. "Memang Anggerik sejati betul lah," gumam Fathul perlahan.

    Tuan Rasyid tertawa tanpa suara mendengar kata-kata Fathul.

    Anggerik, kelas untuk penuntut yang nakal. Tetapi dia tak dapat menafikan bahawa kelas Anggerik istimewa berbanding kelas lain. Kerana kenakalan mereka itulah yang meletakkan IQ mereka berada di tahap yang tinggi.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now