Bab 63

334 54 1
                                    

"Saif...kita buat apa disini?" soal Fathul pelik. Dia hanya memandang gelagat Saif yang sibuk meneliti panel kawalan di dalam kamar rahsia itu. Tempat mereka menemui Zamir yang cedera parah tempoh hari.

"Saudara tidak pelik ke dengan kewujudan bilik ini?" soal Saif pula. Soalan Fathul dibalas dengan soalan.

"Maksudnya?" balas Fathul tidak faham. Dia memandang sekeliling. Tiada apa yang pelik disitu baginya.

"Kenapa bilik ini wujud sedangkan Menara Utara lebih dari cukup untuk memantau keadaan di Kesatuan Durrah. Tambahan pula, teknologi yang ada pada bilik ini lebih maju dari Menara Utara. Pasti ada rahsia yang tersembunyi. Tak mungkin bilik ini sekadar berfungsi untuk memantau. Kemungkinan, ada fungsi lain yang perlu kita selidik," balas Furqan tanpa memandang Fathul. Dia sudah menduga apa yang bermain di fikiran Saif apabila mereka menjejakkan kaki disitu. Nyata, dialah sahabat yang paling memahami Saif tanpa perlu Saif banyak bicara.

"Ohhh, saya faham. Pasti saudara maksudkan dengan sistem pertahanan yang menjadi lagenda AIM ini bukan?" soal Fathul.

Jari-jemari Saif terhenti dari menaip sesuatu pada papan kekunci hologram itu. Laju dia berpaling memandang Fathul. "Bagaimana saudara tahu?"

Fathul mencebik. "Saya seorang putera Saif. Selama ini saya membesar dengan membaca nota-nota milik ayahanda. Lebih lengkap berbanding buku-buku yang ada di kutubkhanah. Banyak rahsia yang terpendam berkaitan dengan AIM yang tertulis. Tak hairanlah kalau saya tahu".

"Kenapa saudara tak pernah beritahu kami?" soal Furqan geram.

"Nama pun rahsia," balas Fathul selamba.

"Saudara tahu bagaimana untuk menghidupkannya?"

"Mungkin. Saya pun ingat-ingat lupa tentang perkara ini. Sebab masa saya baca itu, saya tak beri perhatian pun. Saya sangka benda itu tak penting. Sekejap, biar saya mencuba dahulu," ujar Fathul. Dia mengambil tempat di kerusi yang sememangnya tersedia di situ. Dengan ucapan basmallah, dia mula menaip sesuatu pada papan kekunci hologram itu. Sesekali, jarinya menekan butang-butang yang ada pada panel kawalan itu.

Tiba-tiba pintu bilik itu tertutup sendiri. Lampu bilik itu turut terpadam meninggalkan mereka bergelap. Ratusan skrin hologram di hadapan mereka bergerak-gerak laju membentuk seakan puting beliung. Seketika kemudian, skrin hologram itu pecah menjadi butiran bercahaya yang menghujani bilik itu. Ibarat ribuan kelip-kelip dimalam hari. Muncul satu tiang kecil yang hanya setinggi satu meter yang selama ini tersembunyi di sebalik skrin-skrin itu. Tiang itu diperbuat dari marmar putih dan diukir halus dengan tema geometri. Bahagian atas tiang itu berbentuk segi empat yang rata. Di tengahnya pula, terdapat satu bentuk bulatan yang diperbuat dari kaca jernih. Tiang itu bercahaya suram membiasi bilik itu.

"Apa yang kita perlu lakukan dengan tiang itu, Fathul?" Furqan bersuara memecahkan kesunyian yang membelenggu. Jarinya ditunjuk ke arah tiang itu.

Fathul mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Saya kurang pasti. Hanya sampai disini yang saya ingat," ujar Fathul sambil tersengih.

"Tak mengapa. Yang penting kita usaha," ujar Saif tenang. Bahu Fathul ditepuk sebelum dia melangkah menghampiri tiang itu. Tiang itu disentuh. Setiap tempat yang disentuhnya akan bercahaya lebih terang berbanding sebelumnya. Kaca bulat yang ada di bahagian atas tiang itu direnung lama. Dia memandang Memoirnya sebelum memandang kaca bulat itu semula. Bentuknya sepadan.

"Mungkin kita perlu meletakkan Memoir kita di sini," simpul Saif. Dia memandang sahabat-sahabatnya itu. Ingin mendengar pendapat mereka pula.

"Kalau begitu, biar saya cuba". Furqan menawarkan diri. Memoir ditangannya ditanggalkan. Dia meletakkan Memoir itu di kaca bulat itu. Tiada apa yang berlaku. Furqan menggeleng seraya mengambil Memoirnya semula.

"Biar saya cuba pula," ujar Fathul. Dia melakukan perkara yang sama seperti Furqan. Tiang itu bercahaya lebih terang sebelum malap semula. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku selain itu.

Saif mengambil Memoir Fathul seraya menyerahkan kepada sahabatnya itu semula. Dia menanggal Memoir miliknya pula lalu diletakkan pada kaca bulat itu. Masih mencuba walaupun sudah dua kali mereka gagal.

Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan kuat di bahagian atas mereka. Mereka bertiga saling berpandangan. Masing-masing kelihatan resah. Bunyi itu menandakan Blackwest telah sampai ditempat itu. Barangkali di Balai Besar juga. Serta merta wajah sahabat-sahabat mereka yang ditinggalkan di Balai Besar terbayang dimata.

"Mari pergi. Kita perlu lindungi Balai Besar sekarang. Abaikan dahulu hal ini. Nanti kita boleh kembali lagi. Mereka lebih perlukan kita," ujar Saif.
Furqan dan Fathul mengangguk setuju. Arahan Saif diturut tanpa banyak kata. Tanpa berlengah lagi, mereka segera meninggalkan tempat itu. Terlupa akan Memoir milik Saif yang masih terletak pada kaca bulat itu.

Memoir milik Saif mula mengeluarkan cahaya terang berwarna kebiruan. Terangnya cahaya itu sehingga menerangi keseluruhan bilik itu dengan jelas. Satu skrin hologram gergasi muncul di dinding belakang tiang itu. Memaparkan peta lakaran AIM yang dipenuhi dua jenis titik berbeza warna. Warna merah yang mewakili musuh manakala warna hijau mewakili Kesatuan Durrah. Titik yang berwarna merah berubah menjadi bentuk mangga yang berkunci. Dan tiba-tiba, bumi AIM bergegar hebat seakan gempa bumi.

-----------------------------------------------------------

Tuan Rasyid melibaskan pedangnya dengan pergerakan yang cukup cekap. Ramai Blackwest telah tumpas ditangannya. Tiba-tiba tanah tempat dia berpijak bergegar kuat. Dia sempat menendang jauh lawannya sebelum memacakkan pedangnya ke dalam tanah untuk bertahan dari terjatuh.

Suara jeritan memenuhi ruangan udara. Tak kira Blackwest mahupun Kesatuan Durrah, masing-masing terkejut dengan keadaan itu. Pertama kali pulau itu mengalami gempa bumi. Gempa bumi itu cukup kuat untuk membuatkan suasana menjadi panik. Kedua-dua pihak menjadi kucar-kacir terutama di pihak Blackwest. Mereka sibuk berlari menyelamatkan diri dan melupakan lawan masing-masing. Ahli-ahli Kesatuan Durrah pula menghadapi situasi itu dengan lebih tenang.Anehnya, bangunan-bangunan AIM tetap teguh berdiri tanpa terjejas sedikit pun.

Tiba-tiba semua tentera Blackwest terbaring diatas tanah. Mereka meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Seakan diikat sesuatu yang tidak kelihatan. Lalu, jeritan mereka bertukar menjadi kata makian dan hinaan kepada Kesatuan Durrah.

Gempa bumi berhenti. Ahli-ahli Kesatuan Durrah berpandangan sesama sendiri. Binggung dengan apa yang terjadi. Mereka tidak mengerti kenapa tubuh tentera-tentera Blackwest seakan melekat di bumi sedangkan Kesatuan Durrah mampu bergerak bebas tanpa sekatan. Apa yang terjadi sebenarnya?

"Lagenda AIM..." bisik Tuan Rasyid tidak percaya. Pipinya ditampar perlahan. Sakit. Nyata ini adalah realiti.

"Siapa sangka lagenda itu benar," balas Tuan Ammar sambil berdiri di belakang adik iparnya itu. Dia turut terpana melihat keajaiban di depan mata.

"Berkas semua Blackwest yang masih hidup. Kumpulkan di depan Balai Besar!" arah Tuan Rasyid kepada Kesatuan Durrah dengan suara yang lantang. Peluang di depan mata harus dimanfaatkan sebaiknya.

Kesatuan Durrah hanya akur walaupun masih dihambat rasa terkejut. Semua berlaku secara tiba-tiba. Bunyi tembakan dan dentingan pedang yang begitu rancak sebelum ini serta-merta sepi. Seorang demi seorang Blackwest digari kemas pada pergelangan kaki dan tangan. Apa perang ini telah tamat begitu sahaja? Persoalan yang sama bermain difikiran mereka semua.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now