Bab 48

382 58 0
                                    

"Saif," panggil Fathul. Buku tebal yang dibacanya tadi ditutup lagi diletakkan di tepi. Terasa matanya sedikit berpinar akibat menghadap buku yang bertulisan kecil itu selama berjam-jam.

"Emm..." sahut Saif tanpa mengangkat kepalanya. Tangannya juga masih mengekalkan rentak kelajuannya mencatat nota. Sengaja mereka bertiga mengambil keputusan untuk mengulang kaji pelajaran sementara menanti berita semasa mengenai peperangan yang berlaku di luar sana. Kontras sekali kelakuan mereka dibandingkan dengan suasana sebenar yang berlaku saat itu. Yang penting, masa mereka tidak terbuang begitu sahaja.

"Kenapa kita tidak dibenarkan untuk turut serta?"

Tangan Saif terhenti dari menulis manakala Furqan yang asyik menghafal fakta-fakta sains turut tergamam. Wajah Fathul yang sedang merenung pintu utama Balai Besar dipandang. Ada garis-garis kerisauan yang terlakar disitu.

"Kita belum cukup umur lagi," balas Saif.

"Kalau kita ingin turut serta pun, bagaimana caranya? Awal-awal lagi Tuan Ammar sudah mengurung semua penuntut Nilam di dalam balai ini," sampuk Furqan.

Fathul mengeluh nipis. Dia membenamkan kepalanya dicelah tangannya. Kemudian, dia memalingkan mukanya ke sebelah kanan, menghadap Furqan.

"Saudara, hiburkan saya. Bosanlah..." pinta Fathul.

Furqan membuat muka. "Apa saudara ingat saudara tuan putera, maka saya jadi dayangnya?" bidas pemuda itu dengan nada menyampah.

Fathul tersengih. Iyakan. Dia tak terfikir pula perkara itu. "Apa salahnya?"

Pecah ketawanya melihat Furqan membulatkan matanya yang sepet. Furqan merengus perlahan. Bukunya turut ditutup. Hilang minatnya untuk menghafal bila Fathul mula mengacaunya.

"Saudara ini...cubalah berzikir ke mengaji al-quran ke. Itu barulah hiburan sejati. Ini asyik kacau orang, apa faedahnya?" bidas Furqan.

Fathul tersenyum senget. Macamlah Furqan itu sopan sangat. Dua kali juga juga perangai dengan dia. "Faedahnya dapat mengeratkan ukhwah sesama sahabat". Selamba dia menuturkan jawapan itu.

Kali ini Furqan mengecilkan matanya. Tajam renungannya menikam anak mata sahabatnya itu. Fathul menutup mulutnya. Cuba menahan ketawanya dari terluah. Lucu melihat mata Furqan yang sepet itu semakin mengecil.

"Saif, cuba nasihatkan sahabat saudara ini sedikit," adu Furqan. Geram apabila riak wajah Fathul. Bukan dia tak tahu bahawa Fathul sedang menggelakkan matanya. Mentang-mentang pemuda mempunyai mata cantik berbentuk badam yang sememangnya menjadi identiti rakyat Tanah Lazuardi ini.

Saif kembali menoleh ke arah sahabat-sahabatnya itu tatkala mendengar namanya disebut. Fathul yang menyedari Saif sedang memandangnya, lantas memalingkan kepalanya ke sebelah kiri. Sengaja dia membuat wajah comel untuk menarik perhatian Saif agar berpihak kepadanya. Saif menggeleng perlahan lalu kembali memandang Furqan.

"Selamat mengeratkan ukhwah," balas Saif sambil tersengih.

Jatuh rahang Furqan mendengar balasan Saif manakala Fathul sudah terbahak ketawa. Dia lansung tidak mempedulikan mata-mata penuntut lain yang memandang mereka pelik. Hatinya bagai digeletek melihatkan reaksi Furqan.

"Saudara...." rengek Furqan.

Saif menjongketkan bahu sebelum menyambung kembali pembacaannya. Bukunya diangkat tinggi bagi menutup mukanya yang sedang tertawa tanpa suara. Furqan mendengus tidak puas hati. Dia menjeling Fathul yang masih dengan tawanya. Panjang pula ketawa pemuda itu kali ini. Lawak sangat ke?

"Merajuk ke duhai sahabat?" soal Fathul saat melihat muncung Furqan.

"Tak tetapi geram".

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now