Bab 55

358 57 2
                                    

Rafael dan Tuan Rasyid berdiri membelakangkan antara satu sama lain dengan rapat. Tajam mata mereka memandang ke kiri dan kanan, memerhatikan musuh yang sedang menghalakan senjata masing-masing ke arah mereka berdua.

Mereka telah terkepung!

"Tak pernah terbayang dek akal saya akan tiba satu hari dimana kita akan bekerjasama menentang musuh yang sama, wahai Rafael," ujar Tuan Rasyid. Dia menguntumkan senyuman sinis. Pedang ditangannya diputar-putar sebagai amaran kepada musuh yang ingin mendekati mereka.
Rafael berdecit sinis. "Aku juga. Maka, apa kau ingin melihat, siapa diantara kita yang lebih hebat bertarung?" cabar Rafael. Pedangnya sekadar dibiar tersarung dipinggang. Lansung tak menggelabah walaupun sedang dikepung musuh.

"Saya tidak kisah tetapi adakah seorang lelaki tua seperti kau mampu mengalahkan belia seperti saya?"

Rafael tersengih. Kata-kata yang berunsur perlian itu tidak diambil kisah. "Mari kita lihat..." ujar Rafael lalu bergerak pantas ke hadapan sambil melibaskan pedangnya mengenai dua orang tentera Blackwest serentak. Mereka rebah tanpa bergerak. Libasan Rafael telah mengelar leher mereka dengan dalam sehingga mengakibatkan nyawa mereka terpisah dari jasad.

Tentera-tentera Blackwest yang lain segera berkerumun disekitar Rafael. Cuba mencederakan lelaki itu namun nyata Rafael bukan calang-calang. Cekap dia menangkis semua serangan itu sebelum melompat tinggi menjauhi mereka sebaik sahaja melihat celahan yang terbuka.

Pedangnya sudah bermandikan darah merah.

Gengaman pedangnya diperkemaskan sambil dia memandang timbunan mayat tentera Blackwest yang dibunuhnya tadi. Dia kembali menyerang.

Terangkat kening Tuan Rasyid melihatkan kepantasan Rafael. Baru sahaja dia hendak mengagumi lelaki itu, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi angin dibelah laju menuju ke arahnya. Putaran pedangnya dihentikan lalu dibenamkan ke tanah. Dia mengilaskan tubuhnya ke belakang lalu melayangkan tendangan padu kearah penyerangnya.

"Arghhhh!!!"

Terpelanting tentera Blackwest itu sehingga menghentam pokok balak yang besarnya kira-kira tiga pemeluk manusia. Tuan Rasyid menarik nafas seketika sebelum mencabut pedangnya. Tanpa membuang masa, dia lantas menetak bahu seorang tentera Blackwest yang cuba menyerang curi. Bersimbahan darah segar sehingga mengenai pakaiannya.

"Allahuakhbar!" jerit Tuan Rasyid.

Bagai gabungan angin dan air yang menghasilkan ribut, begitulah perumpamaan gabungan antara Rafael dan Tuan Rasyid.

Sama cekap, sama hebat.

Walaupun ini kali pertama mereka bekerjasama, namun mereka cukup serasi.

Keserasian mereka membuatkan jumlah tentera Blackwest yang ramai itu semakin berkurangan secara mendadak dalam masa yang singkat. Suasana sunyi di hutan itu dipecahkan dengan jeritan dan raungan tentera Blackwest yang tewas ditangan mereka. Warna tanah juga berubah merah disimbahi darah tentera-tentera Blackwest.

Seketika kemudian, pertarungan itu terhenti.

Tuan Rasyid dan Rafael berdiri ditengah-tengah lapangan pertarungan itu. Masing-masing tidak cedera walaupun kedua-dua mereka sudah bermandikan dengan darah musuh.

Rafael mengambil peluang untuk mengatur semula pernafasannya. Dadanya turun naik dengan kencang akibat kepenatan. Tubuhnya kembali disandarkan pada belakang Tuan Rasyid.

"Penat?" ejek Tuan Rasyid. Dia hanya membiarkan tindakan Rafael itu. Dia mengambil berat akan keadaan lelaki itu walaupun nada suaranya tidak selari dengan apa yang dirasakan.

Rafael mendengus kasar. Tak mampu untuk menafikan kebenaran kata-kata Tuan Rasyid itu. Usia tuanya sedikit sebanyak mengugat tenaganya. Dia tidak lagi mampu bertahan lama dalam pertarungan seperti dahulu.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now