Bab 38

416 61 0
                                    

Suasana AIM kembali gempar dengan kepulangan mengejut Saif. Lebih-lebih lagi dalam keadaan parah. Cerita bermula saat tabib Rayyan dilihat berlari sambil mengendong tubuh kurus Saif menuju ke hospital. Berita itu mula tersebar luas sehingga ke telinga Keluarga Emir, Fathul dan Furqan. Kini, mereka semua berkampung di hadapan wad kecemasan. Menunggu tabib Rayyan keluar bersama berita yang diharapkan.

"Rafael..." Sapa Tuan Ammar saat melihatkan kehadiran lelaki itu. Mereka berjabat tangan tanda sapaan.

"Rayyan masih belum keluar?" Soal Rafael.

Semua disitu menggeleng. Rafael menghela nafas berat seraya melabuhkan punggungnya di sisi Furqan. Mata pemuda itu kelihatan merah. Tanpa suara, Rafael mengusap kepala Furqan lembut.

"Benarkah Saif ditemui semula?" Tanya Furqan sambil menahan sendunya. Itu suaranya yang pertama kali didengari oleh Fathul selepas kejadian hari itu. Fathul memandang wajah Furqan yang kelihatan penuh pengharapan. Hatinya turut dipancing kesayuan melihat Furqan.

Rafael tersenyum nipis. Cuba menghalau galau yang bertandang di hati. Dia berhenti mengusap kepala Furqan. Tangannya direhatkan di atas paha. "Ya. Paman yakin itu benar-benar Saif. Paman telah melihatnya dengan mata kepala paman sendiri," jawab Rafael.

Semua di situ melafazkan syukur hampir serentak. Betapa bahagianya mereka mendengar perkhabaran yang satu itu. Walaupun parah, sekurang-kurangnya kini Saif berada di hadapan mata mereka.

"Siapa yang membawa Saif ke sini?" Soal Tuan Rasyid dengan nada teruja. Ingin mengucapkan terima kasih pada penyelamat anak saudaranya.

Rafael terdiam seketika sebelum kembali bersuara. "Anak buah aku. Tetapi sekarang dia telah pergi kerana ada urusan lain".

"Blackwest?"

Rafael mengangguk. "Tetapi dia juga telah memeluk Islam. Agaknya kau kenal jika aku menyebut nama Wind".

Tuan Ammar dan Tuan Rasyid mengangguk kecil. Lelaki yang sentiasa di samping Rafael dahulu. Seorang perisik elit kelas pertama. Cuma lelaki itu tak banyak melibatkan diri dalam misi. Justeru itu, ramai yang kurang mengenalinya.

Tiba-tiba pintu wad kecemasan dikuak dari dalam. Muncul tabib Rayyan yang sedang menanggalkan topeng bedahnya. Wajahnya kelihatan suram. Dia memandang mereka lama.

"Bagaimana keadaan Saif?" Tanya Tuan Rasyid mendahului mereka semua.

Tabib Rayyan menggeleng menyebabkan debaran jantung mereka semakin menggila. "Saif...dia...dia..." Tabib Rayyan kembali diam. Tak sanggup rasanya mengkhabarkan berita buruk itu kepada mereka. Bukan dia tak tahu setinggi mana harapan mereka terhadap Saif...kerana itu, dia semakin sukar untuk berterus-terang.

"Kenapa dengan Saif?" Gesa Rafael. Tak sabar untuk mendengar berita itu. Dahinya berkerut dengan kebimbangan.

"Dia selamat buat masa ini," jawapan tabib Rayyan membuatkan mereka menarik nafas lega. "Kami berjaya merawat luka dalamannya dan mengeluarkan darah beku yang ada. Tetapi berlaku masalah lain. Hatinya telah rosak akibat dipukul berkali-kali ditempat yang sama. Dia perlukan penderma dengan segera atau kita akan kehilangannya".

Penjelasan tabib Rayyan kedengaran seperti letupan bom di telinga masing-masing. Fathul tersandar lemah, Furqan mula mengalirkan air matanya manakala Rafael meraup wajahnya kasar. Sukar untuk mereka mempercayai berita itu. Tuan Rasyid dan Tuan Ammar masih kelihatan tenang walaupun perasaan mereka bergelora.

"Jangan cuba menawar kerana jika hati tuan tidak sesuai buat Tuan Haidhar, apatah lagi dengan Saif. Lagipun, kumpulan darah tuan berbeza dengan Saif. Jika dipaksa, lebih banyak komplikasi yang Saif akan hadapi bahkan dia mungkin maut," ujar tabib Rayyan saat melihat Tuan Rasyid ingin membuka mulutnya. Awal-awal lagi dia sudah mengagak soalan yang ingin diutarakan oleh pemimpin Kesatuan Durrah itu.

"Kalau saya?" Furqan menawarkan diri.

Tabib Rayyan menggeleng. Furqan baru usai menjalani pembedahan di perutnya. Terlalu berisiko terutamanya jahitan pada perut Furqan pernah terkoyak sekali.

"Saya pula?" Giliran Fathul menyoal.

Tabib Rayyan menarik nafas panjang. Sedikit sebanyak, dia terharu melihat betapa ramai insan yang menyayangi Saif sehingga sanggup mengorbankan diri mereka. Sungguh Saif benar-benar bertuah. "Ikut saya. Kita akan lakukan ujian terlebih dahulu," balas tabib Rayyan sambil berjalan meninggalkan mereka semua.

Fathul mengekori dari belakang. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar hatinya sesuai dengan sahabatnya itu. Dia tak sanggup kehilangan Saif, dan dia lebih tak sanggup melihat ramai yang bersedih dengan keadaan sahabatnya. Kali ini, biar dia yang berkorban jika itu yang mampu mengembalikan senyuman mereka semua.

-----------------------------------------------------------

"Bagaimana?" Soal Tuan Rasyid pada hari keputusan sudah keluar.
Nadanya kedengaran begitu mengharap.

Tabib Rayyan menggeleng. Fathul menangis kecewa. Terasa dirinya tidak berguna. Furqan memeluk bahu Fathul seraya mengusap belakang sahabatnya. Kekecewaan Fathul turut dirasainya. Di saat sahabat mereka di ambang maut, mereka tak mampu melakukan apa-apa. Siapa sahaja akan sedih.

Tabib Rayyan mengeluh perlahan. Sekuat mana pun dua sahabat itu, mereka tetap masih mentah. Senang tewas kepada emosi sendiri. Dia melutut di hadapan kedua-dua pemuda itu.

"Fathul...Furqan...dengar sini," lembut sahaja dia bersuara. "Saif akan selamat, in sha allah. Abang akan pastikan Saif mendapat penderma. Selagi ada harapan, selagi itu abang akan berusaha. Abang berjanji bahawa abang akan selamatkan Saif," pujuknya. Sengaja dia membahasakan diri sebagai abang. Sejak pertama kali bertemu dengan mereka, dia sudah menganggap mereka seperti adik-adiknya sendiri. Sama seperti Zamir.

Tangisan Fathul beransur reda manakala Furqan melemparkan senyuman nipis. "Janji?"

Tabib Rayyan mengangguk. "Janji".

"Terima kasih abang..." Ujar Furqan. Semangatnya kian pulih mendengar janji tabib Rayyan.

Tabib Rayyan senyum. Ikhlas dari hati. "Abang sudah berjanji pada Zamir yang abang akan jaga kalian sebaik mungkin. Usah berduka lagi tau...tak kacaklah adik-adik abang ini nanti," Gurau tabib Rayyan.

Fathul dan Furqan ketawa hampir serentak. Fathul mengesat sisa air matanya. Tabib Rayyan kembali berdiri. Ditepuk sedikit seluarnya bagi menghilangkan habuk yang melekat. Dia memandang Tuan Rasyid yang turut tersenyum.

"Abang kena pergi. Jaga diri baik-baik. Kalau abang dapat tahu kalian menangis lagi, siap kalian!" Ugut tabib Rayyan.

"Baiklah abang. Kami dengar dan kami taat," balas Furqan dan Fathul serentak sebelum mereka tertawa tanpa suara. Terasa kesedihan mereka menghilang secara beransur-ansur. Benar kata orang, ketawa itu penawar duka.

"Ohh ya, Tuan Rasyid," ujar Furqan sambil menoleh melihat Tuan Rasyid.

"Abang Zamir akan pulang semula," lapor Furqan.

"Dia bersendirian?" Soal Tuan Rasyid. Mengharapkan ketua Furqan turut ikut sekali. Hatinya membuak ingin mengenali ketua Furqan yang sangat misteri itu.

Furqan tersengih. Faham makna sebenar di sebalik persoalan Tuan Rasyid. Kepalanya digeleng perlahan. Sengihannya melebar melihat reaksi teruja Tuan Rasyid yang cuba disembunyikan itu.

"Abang Zamir ke mana selama ini?" Tanya Fathul yang tidak tahu apa-apa.

Furqan memandang sahabatnya. Sengihannya berubah menjadi senyuman lebar. "Mencari ketenangan..." Pendek sahaja dia membalas.

"Yeahh! Nanti saya ada geng!" jawab Fathul teruja.

Furqan mencebik. Terlupa bahawa Fathul agak rapat dengan abang Zamir. Tuan Rasyid ketawa sendirian melihat mereka. Cepat sahaja mereka bangkit dari kesedihan masing-masing. Kagum sekejap dia dengan dua pemuda itu.

"Sekejap. Mana saudara tahu?" Soal Fathul pelik. Semasa abang Zamir menghilang dahulu pun dia tak sedar.

Furqan mengosok belakang lehernya. "Err...dari paman Rafael?" Tipu Furqan. Masakan dia nak memberitahu bahawa Zamir sendiri mengkhabarkan berita itu kepadanya. Mahu cemburu Fathul nanti memandangkan pemuda itu tidak tahu cerita sebenar.

Fathul tak tahu bahawa dia datang ke AIM bukan sekadar sebagai penuntut, tetapi juga sebagai pengawal peribadi Saif.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now