Bab 41

452 64 1
                                    

Tuan Rasyid menghampiri lelaki misteri itu yang sedang bersantai di taman hospital. Dilabuhkan punggungnya di sisi lelaki itu tanpa memandangnya. Kepalanya didongak melihat langit biru yang kosong tak berawan. Tiada bicara yang terluah. Hanya kesunyian yang menemani.

Lelaki itu hanya membiarkan. Pandangannya dilemparkan ke arah bunga mawar merah yang sedang mekar berkembang di taman hospital. Angin yang menghembus malas, menerbangkan haruman mawar menusuk hidungnya. Ibarat aromaterapi yang mendamaikan jiwa.

"Bukankah sekarang masanya?" Soal Tuan Rasyid tiba-tiba.

Lelaki itu membungkam. Faham akan maksud pengetua AIM itu. Dia mendongakkan kepalanya. Bukan melihat langit, tetapi memandang jendela wad Saif yang terbuka luas. Dari kejauhan, kelihatan Saif yang sedang termenung. Seakan mengenangkan sesuatu.

"Siapakah saudara?" Tuan Rasyid mengalihkan pandangannya. Dia memandang tepat ke wajah lelaki itu. Wajah yang sentiasa dilindungi dengan topeng kain.

Diam. Lelaki itu masih leka memandang Saif. Seketika, dia kelihatan terpaku saat melihat Saif berpaling ke dalam wadnya bagai sedang disapa seseorang. Kelihatan pemuda itu ketawa sopan. Tangan kanannya diangkat untuk menutup mulutnya yang terbuka saat sedang ketawa.

Saif... nampak sangat bahagia...

Bila wajah Saif menghilang dari jendela itu, baru lelaki itu berpaling. Matanya bertembung dengan pandangan Tuan Rasyid. "Kumpulkan Keluarga Emir dan sahabat-sahabat Saif di wad Saif malam ini sesudah isyak. Di sana, saya akan dedahkan segala yang kalian ingin tahu," balas lelaki itu lalu berdiri.

Jendela wad Saif dipandang sekali lagi sebelum dia berlalu pergi dari taman hospital itu. Sempat dia mengucapkan salam sebelum meninggalkan Tuan Rasyid di situ sendirian.

Tuan Rasyid menghela nafas perlahan. Nyata, dia perlu bersabar sedikit lagi sebelum segala persoalannya akan terbongkar. Jelas lelaki itu telah memberi jaminan bahawa dia tidak akan mengelak lagi. Malam ini akan terjawab semuanya...

-----------------------------------------------------------

"Sebenarnya, saya ialah...."

"Haidhar Emir bin Miftahul Emir, bekas Ketua Kesatuan Durrah. Benarkan ayahanda?" Sampuk Saif tiba-tiba sebelum sempat lelaki bertopeng itu menghabiskan ayatnya. Dia melirikkan anak matanya ke arah lelaki bertopeng itu.

Tuan Rasyid, Tuan Ammar dan Fathul kelihatan tergamam. Manakala yang lain kelihatan lebih tenang. Mereka sudah tahu kenyataan itu jauh lebih awal lagi. Hakikat Tuan Haidhar masih hidup itu bukan rahsia buat mereka.

"Tetapi Rafael kata..." Tuan Ammar cuba meningkah.

"Maafkan saya kerana menipu, Ammar. Belum tiba masa untuk kalian tahu pada waktu itu," ujar Rafael.

"Sebenarnya, paman Rafael juga tidak mengetahui bahawa ayahanda masih hidup," sampuk Saif sambil melirik ke arah Rafael.

Furqan mengangguk mengiakan. "Paman hanya tahu selepas dia bertemu dengan Furqan pertama kali ketika dia datang ke AIM tak lama dahulu. Kemudian, baru dia ke Ryukyu Neo untuk bertemu dengan walid dan Tuan Haidhar".

Tuan Haidhar tersenyum nipis disebalik topengnya. Sungguh, dia juga tidak menyangka bahawa Rafael, Wind dan Saif masih hidup. Semasa serangan Blackwest lima belas tahun lalu, mereka berenam terpisah. Saif diserahkan kepada Storm dan Wind, manakala dia dan River bertindak sebagai umpan agar mereka bertiga berjaya melarikan diri.

Keadaan ketika itu sungguh mengelirukan.

Dalam kepekatan malam itu, bukan mudah untuk mengenal antara kawan dan lawan.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now